U.Marriage | 24

771 105 2
                                    

Unexpected Marriage
Chapter 24
__________________
_______

" Errr—"

" Cerita dia macamni ," Seokjin terus membuka mulut , kepalanya digaru .

" Okay Cerita dia—"

" Cerita dia sekarangni saya pergi buatkan air kejap ." Potong sarah sebelum berlalu pergi masuk kedapur .

" Kiteorang rindu kau , kami ingatkan kau terkena depression sampai taknak keluar rumah so kiteorang datanglah sini ."

" Tapi Namjoon ni ha tetiba lapar astu dia selongkar satu rumah sebab nak cari makanan ." Namjoon tersengih memandang Taehyung .

" have a nice day ," Ujarnya perlahan bersama sengihan , Taehyung sekadar menggeleng .

" by the way kau pergi mana ? Gemuk semacam je ," Soal Seokjin , pelik memandang Taehyung yang tampak berisi .

" Syurga buat aku ,"

Skip•••

" Taehyung ! Panggil yang lain datang makan !" Jerit Sarah dari dapur , Taehyung menyahut .

Sebelum sempat dia ingin masuk kedapur , kedua-dua belah bahunya dirempuh kasar oleh Seokjin dan Namjoon .

Hampir sahaja dia termelutut disitu , Taehyung menjeling mereka tajam sebelum menggulingkan biji matanya keatas .

" Dah makan popcorn , tapi perut tu masih tak kenyang ke ." Bebelnya sendiri . Matanya terus bersinar sebaik sahaja dia bertembung dengan ayam goreng diatas meja .

Bibirnya dibasahkan sebelum dia memandang Sarah yang sedang sibuk membasuh pinggan .

Punggungnya dilabuhkan keatas kerusi sebelum dia menongkat dagu memandang hidangan yang tampak meriah .

" Makanan melayu lagi beb , aku dahlama mengidam sejak aku makan nasi lemak haritu !" Ujar Namjoon sambil tak habis-habis menggosok kedua belah tangannya berselera .

" Iya , saya belajar dari nenek saya nak buat sayur bayam tu ." Taehyung tersenyum kecil memandang Sarah yang sudah tersenyum suka melihat rakannya yang menjamu dengan selera .

" Awak tak makan ke Taehyung ?" Taehyung tersedar sebelum tersengih , pinggannya diambil lalu nasi dicedok .

" Ayam tu boleh makan terima kasih dekat Yoongi sebab tolong sembelihkan ." Yoongi terus tersedak nasi apabila belakang badannya ditepuk oleh Jungkook kuat .

" Yeoksik Hyunggie-da !"

Selesai sahaja makan , rakannya terus mengambil keputusan untuk berambus apabila mendapat arahan dari Taehyung .

Seokjin berdecit sebelum menjeling manja lelakinya itu .

" Tak puas-puas lagi nak bermanja dengan Sarah , eee mentang-mentang dah kahwin !"

Taehyung menjelirkan lidahnya membuatkan Seokjin menggulingkan biji matanya keatas .

" Hyung jomlah !" Panggil Hoseok melihat Seokjin yang masih termelekat dihadapan pintu .

" Dah byebye !" Pintu lekas ditutup oleh Taehyung dan dikuncinya rapi , Senyuman diukir sebelum dia berlari mendapatkan sarah yang menonton tv .

Kakinya mulai melompat naik dan menindih badan Sarah membuatkan dia menjerit terkejut .

Taehyung tergelak suka sebelum membaringkan badannya dibelakang Sarah , Pinggangnya ditarik masuk kedalam pelukan sebelum dia memejamkan mata .

" Awak penat ke ?" Soal Sarah perlahan sambil mengelus lembut pipi licin lelakinya , Taehyung mengangguk dengan bibir yang termuncung .

" Awak nak tidur dulu atau solat maghrib dulu ?" Taehyung terus membuka mata sebelum bangun dari pembaringannya .

" Solat dulu , Atuk pesan dekat aku kita kena solat dulu ." Sengih Taehyung dihujung ayat . Sarah mengangguk setuju sebelum bangun sambil membuka tudungnya .

Skip•••

7.26 a.m

Taehyung terus menggosok matanya sebelum menoleh memandang sebelahnya yang kosong .

Automatik matanya menjadi segar sebelum dia bangun dengan laju sambil memandang sekeliling .

Selimut ditolak kasar sebelum dia bangun , kakinya melangkah laju keluar dari bilik dan masuk kedapur untuk mencari isterinya .

Makanan pagi yang sudah terhidang membuatkan dia menggigit bibirnya resah , laju sahaja dia berlari masuk kedalam bilik baju .

Baju-baju sarah yang elok tergantung dipandang resah sebelum dia berlari semula masuk kedalam bilik .

Pintu dibuka kasar , matanya terus jatuh pada sarah yang sudah siap bertelekung .

Keluhan lega dilepaskan sebelum dia menghampiri , Bibir mereka dilekapkan beberapa saat hanya untuk ditolak kasar olehnya .

" Taehyung !! Saya ada air sembahyanglah !!" Jerit Sarah geram sebelum mengetap giginya , Tetapi terdiam sebaik sahaja matanya menangkap mata Taehyung yang bergetar dan berkaca .

Automatik dia datang menghampiri sebelum hidung lelaki itu dicuitnya .

" Awak okay ? Maaf tolak awak , Ah sini sini !" Sarah memuncungkan kembali bibirnya sambil menunjuk-nunjuk .

Taehyung terus membasahkan bibirnya sebelum dia menarik sarah masuk kedalam pelukan .

Tangisannya mulai kedengaran , Sarah sudah terdiam dengan bibir yang masih termuncung .

" Taehyung , kenapa ni ?" Soalnya perlahan sambil menepuk-nepuk belakang badannya .

" Sayang p-please , Jangan tinggalkan aku lagi ."

terkedu .

Unexpected Marriage
to be continue
____________________
___________

Yikes .

[C] Unexpected Marriage | [S1/S2]Where stories live. Discover now