U.Marriage | 01

2.1K 161 50
                                    

Unexpected Marriage
Chapter 01
__________________
__________

International Highschool .

" Baiklah , Pelajar . Sila beratur mengikut kelas masing-masing , kecuali ketua dan juga penolong sila tampil kehadapan ." Arahan daripada Guru bertugas itu membuatkan kesemua pelajar terpusu-pusu untuk berbaris didalam barisan masing-masing .

" Eh orang tinggi duduk belakang !" Tubuh kecil Sarah terus ditolak dengan kasar sehinggakan dia terundur teruk kebelakang .

Sarah terus mendengus sebelum memeluk tubuhnya , Tudung shawlnya diperbetulkan sebelum dia menggigit bibir tidak selesa .

Iyelah , Dari tadi dia menjadi santapan ramai pelajar lelaki . Siapa yang selesa ?

" Okay class , kita akan beransur pergi sekarang , jadi Pelajar diminta masuk kedalam bas dengan teratur ."

Sarah mula mengemamkan bibirnya sebelum dengan perlahan dia melangkah naik untuk masuk kedalam bas .

Matanya meliar untuk mencari tempat kosong . Keluhan lega dilepaskan sebelum terus dia berjalan untuk ketempat duduknya .

" Daniel , Ada orang tak ?" Soal Sarah , Daniel terus mendongak sebelum tersenyum kecil dan menggeleng .

" Takde , Duduklah ." Daniel terus menepuk tempat duduk sebelahnya beberapa kali , Sarah menggigit bibir .

" Takpe ke ? Cikgu bagi ?" Soal Sarah sebelum memandang kehadapan . Daniel tergelak kecil .

" Kitakan sepupu ," Daniel terus menjungkitkan keningnya beberapa kali sebelum tergelak kecil .

Sarah menarik nafasnya dalam sebelum melabuhkan punggung disebelahnya .

" Ermm , Kau tahu tak kenapa tiba-tiba cikgu adakan dinner dekat hotel 5 bintang tu ?" Soal Sarah dengan kening yang dikerutkan .

Daniel menjungkitkan bahu .

" Mungkin , Cikgu nak kita tenangkan diri . Yelah , Ini bulan terakhir kita nak bermain . Tahun depan kita dah SPM ."

Skip ••

Sebaik sahaja mereka tiba di hotel tersebut , masing-masing mula berlari masuk sehingga tiba didewan dimana majlis mereka diadakan .

Sarah sekadar memeluk tubuhnya yang terasa sejuk sambil memandang sekeliling .

Sebaik sahaja dia tiba didewan tersebut , Bibirnya mengukirkan senyuman kecil melihat dewan yang sudah terhias cantik .

Langkah kakinya terhenti apabila lengannya dicengkam kuat oleh dua orang gadis disisinya .

Terus dia menoleh dengan mata yang membulat sebelum matanya mengikut langkah ketua kumpulan yang menghentikan langkah dihadapannya .

Sarah memandang dalam anak mata perumpuan itu tanpa perasaan .

" Well well , lonely huh ?" Soalnya sebelum tergelak mengejek diikuti dengan rakannya . Sarah mendengus sebelum meronta .

" Apa kau nak , Anis ?" Soalnya tidak puas hati , Anis sekadar tersenyum sinis sebelum menyebak rambut tebalnya kebelakang .

" Destroy your lifes ," Senyum Anis dihujung ayat sebelum dia mengetap gigi dan menumbuk pipi Sarah kuat .

Automatik gadis itu memejamkan matanya akibat pinaran dikepalanya yang kuat .

Hujung bibirnya yang berdarah akibat terkena cincin besar Anis itu dipandang olehnya .

" Bawak dia masuk bilik tu sekarang ."

Skip ••

" Campak dia atas katil ," Kedua orang rakannya yang memapah Sarah itu sekadar akur dan mencampak Sarah sehingga terbaring diatas katil .

Ketiga-tiga mereka mula menepuk tangan sebelum berlalu keluar . Sempat memandang Sarah yang terbaring separuh sedar diatas katil itu .

Sebaik sahaja mereka menutup pintu tersebut , Kedengaran pintu bilik air pulak yang terkuak .

Kening tebal milik jejaka itu berkerut melihat Sarah yang terbaring separuh sedar diatas katil .

" Siapa pulak—" Lelaki itu terus menghampiri katilnya sebelum punggungnya dilabuhkan disebelah Sarah yang terbaring tidak sedarkan diri .

Wajah Gadis itu ditilik buat beberapa saat sebelum dia mengeluh dan menyebak rambut basahnya kebelakang .

Lelaki itu tergelak kecil sebelum mengambil telefonnya dan nombor seseorang didail .

Unexpected Marriage
To Be Continue  .
_____________________
_____________

Read Thiseu !
Malay
⚫English
Korea

☝ Contoh perkataan diatas adalah untuk ayat-ayat yang bakal disebut oleh si watak .

Still tak faham ? Let's permudahkan .

Kiranya kalau orang tu bercakap dalam bahasa melayu , Author akan guna tulisan biasa .

Kalau bahasa inggeris , Author akan guna tulisan ni .

And untuk korea , Author akan guna tulisan yanh author tengah guna sekarang ni , Faham ?

Tulisan yang author tengah guna ni adalah untuk bahasa korea ataupun *flashback* sahaja .

Jadi untuk next Chapter , Watak Taekook akan keluar dan author buat diorang cakap guna bahasa korea .

Since author malas nak gi translate , So author gunakan tulisan tebal ni untuk perbualan diorang dalam bahasa korea .

Kalau siapa yang still tak faham takpe , Next chapter korang mesti faham !

[C] Unexpected Marriage | [S1/S2]Where stories live. Discover now