U.Marriage | 06

949 118 73
                                    

Unexpected Marriage
Chapter 06
______________
_______

" Jadi Setakat ini sahaja ceramah kita pada malam ini ," Sarah yang mendengar terus sahaja menggigit bibir .

Encik Othman yang dari tadi mendengar itu dipandang dengan tangan yang dilambai-lambaikan ingin menarik perhatian .

Bibirnya digigit sebelum dia menyelak sedikit langsir yang menghalangi wajahnya sebelum dia membutangkan mata .

Terus sahaja dia bertembung mata dengan Taehyung yang berada dihadapan langsir .

Taehyung yang memandang mengerutkan kening sebelum berdehem kecil .

Sarah terus menggemam bibirnya sebelum melambai lagi , cuba untuk mengambil perhatian Encik Othman yang berborak kosong bersama ustaz .

Dengusan dilepaskan sebelum dia memandang Taehyung yang sedari asyik memerhati tindak tanduknya dari tadi .

" Boleh tolong panggilkan ayah t-tak ?" Soal Sarah bersama senyuman kecil , Taehyung mengangguk sebelum mengangkat punggung dan menghampiri Encik Othman .

Bahu Encik Othman dicuitnya perlahan menggunakan jari telunjuk sebelum dia mendongak dan bertembung mata dengannya .

" Ada apa ?" Soal Encik Othman , Taehyung berdehem sebelum bercakap .

" S-Sarah panggil ." Balas Taehyung sedikit pelat , Encik Othman mengangguk sebelum berjalan mendekati Sarah yang menjengulkan kepalanya pada Langsir .

" Kamu ni bukan Kim Taehyung ?" Soal Ustaz adam tersebut membuatkan Taehyung mengincutkan bahunya terkejut .

" U-ustaz kenal saya ?" Soal Taehyung gagap , Ustaz adam tergelak kecil sambil mengangguk .

" Siapa saja yang tak kenal kumpulan kamu Taehyung ?" Taehyung sekadar tergelak kekok .

" Tak sangka kamu berniat nak masuk islam , besar sungguh kuasa Allah sebab berikan kamu hidayah ." Taehyung sekadar membalas dengan senyuman mendengar puji dari Ustaz Adam .

" Hah dah alang-alang kita nak solat isyak , Apa kata kamu sahaja yang jadi imam ?" Ajak ustaz adam , Taehyung membulatkan matanya sebelum menggeleng laju .

" T-Tapi saya baru belajar—"

" Encik Othman bagitahu saya , kamu dah lebih daripada layak untuk jadi imam ." Potong ustaz adam sebelum tersenyum manis .

Taehyung mengeluh sebelum mengangguk perlahan , Ustaz adam tergelak kecil sebelum menepuk bahunya .

" Malamni , tunjukkan yang Allah dah benar-benar berikan hidayah kepada kamu ya Taehyung ?"

Skip•••

" Sedap betul suara imam tadikan ? Ish orang muda zaman sekarang , memang lain !" Sarah sekadar memerhati makcik-makcik yang sibuk membawang .

Keluhan dilepaskan sebelum dia berlalu keluar dari situ dan menuju keluar Masjid .

Sarah terus tersenyum melihat Jungkook yang keseorangan dihadapan pagar .

Terus sahaja dia berlari anak menghampirinya membuatkan Jungkook tertunduk memandangnya bersama senyuman .

" Yang perlu kahwin dengan saya , Taehyung sorang . Tapi kenapa awak pun masuk sekali ?" Soal Sarah mengejek , Jungkook terus menjelingnya manja .

" Kiteorang pun nak masuk Syurga jugak , Ingat Taehyung sorang jeke ? Lagipun nanti , kalau Taehyung dah blah saya boleh gantikan dia untuk awak hehe—Ark !"

Jungkook terus mengadu sakit apabila kepalanya ditampar kuat oleh seseorang , Sarah terus memandang empunya tangan sebelum menggemamkan bibirnya .

Jarak Taehyung yang bersebelahan dengan dia membuatkan Sarah menginjak tiga tapak ketepi sebelum tersengih kembali .

" Banyaklah kau ganti , otak tu cuba jangan nak fikir cara untuk rampas—"

" Taehyung ," Taehyung terus terdiam sebelum menoleh memandang Sarah yang menggelengkan kepala .

" Tak baik buat kawan awak macamtu ," Sambung sarah sebelum berlalu pergi . Taehyung terus mendengus sebaik sahaja dia menangkap hidung jungkook yang sudah terkembang-kempis .

Skip•••

" Sarah , Sinilah try baju kurung kamu ni ." Sarah terus mengeluh berat sebelum  menghentak kakinya malas .

" Ibu , Orang baru baliklah ." Rengek Sarah sebelum melemparkan dirinya keatas sofa kulit itu .

Puan ilya sekadar menggeleng dan menghampiri Sarah yang tampak murung .

" Kenapa ? Ada apa-apa yang terjadi ke dekat sekolah tadi ?" Soal Puan ilya lembut , Sarah terus mengangguk perlahan .

" Bagitahu ibu sekarang !" Tegas Puan ilya , Sarah terus mengeluh .

" Anis tu lah , dia cakap yang bukan-bukan dekat Sarah . Dia cakap Sarah ni pelacur—"

" Siapa cakap kamu pelacur ?!" Sarah terus menghincutkan bahunya sebelum menoleh memandang Encik othman yang berada dipintu begitu juga dengan Taehyung dibelakangnya .

Sarah dan puan ilya membulatkan mata sebelum keduanya menyorok dibelakang sofa sambil meletakkan tangan diatas kepala .

Taehyung yang baru sahaja masuk itu terus mengerutkan dahi memandang sekeliling yang tampak kosong .

" Ayah cakap dengan—"

" Keluar kejap ! Sarah masih bukan mahram kamu !" Badan Taehyung ditolak keluar sebelum pintu ditutupnya rapat .

Taehyung mengebil-ngebilkan matanya tidak percaya sebelum berdehem dan memperbetulkan rambutnya .

" WEYH AKU TAK SABAR ! ESOK KONSERT BTSSS !!" Taehyung terus membutangkan matanya apabila mendengar jeritan nyaring gadis-gadis diluar .

Terus sahaja dia berlari dan menyorok dibelakang pasu sambil menekup wajahnya dan tertunduk .

Beberapa belas minit dalam keadaan yang sama , akhirnya bahunya ditepuk kuat oleh seseorang .

" Buat apa dekat sini ?"

Unexpexted Marriage
To Be Continue
_________________
___________

[C] Unexpected Marriage | [S1/S2]Where stories live. Discover now