U.Marriage | 20

829 100 16
                                    

Unexpected Marriage
Chapter 20
__________________
_______


"

Sarah , Ambil ni pergi hantar dekat rumah makcik minah . Opah nak hantarkan balik bekal yang dia bagi semalam ," Sarah terus mengambil telefonnya dan menyarungkan tudung .

Bekal yang terisi makanan diambil sebelum dia berlalu keluar dan basikal yang berada ....

Basikalnya dikayuh perlahan bersama senyuman , matanya dipejam menghirup oksigen semula jadi .

" ASSALAMMUALAIKUM !! MAKCIK MINAHH OHH MAKCIK MINAAHHH !!" Jerit Sarah kuat sebelum turun dan menongkat basikalnya .

Bekal yang berada didalam raga diambil sebelum dia berjalan menghampiri pintu rumah tersebut .

" Waalaikummusalam , Eh iya sarah ada apa ?" Soal Makcik minah bersama senyuman , Sarah tersengih sebelum menghulurkan bekal tersebut .

" Opah bagi , katanya nak pulangkan balik bekal makcik . Okaylah saya balik dulu , nanti atuk risau ! Hehe , Assalammualaikum !"

Sarah terus berlari anak menghampiri basikal tua tersebut sebelum dikayuh laju untuk pulang kerumah .

" i could make it better , i could hold you tighter , Geu meon gil wieseo , Oh you're the light ."


Sarah mencebik dengan wajah yang kembali muram , basikalnya dikayuh melepasi rumahnya dan dibawa kesungai yang tidak jauh dari situ .

Dagunya ditongkat memandang Sungai yang menenangkan , Fikirannya mulai dipenuhi dengan segala memorinya bersama Taehyung .

" Awak macam mana ? Saya rindukan awak , Kim Taehyung ."

Skip•••

" Assalamualaikum warrahmatullah , Assalammualaikum Warrahmatullah ." Usai sahaja memberi salam , Taehyung terus menadahkan tangannya dan berdoa dengan mata yang terpejam rapat .

" Ya Allah , Kau ampunilah segala dosaku , Dosa ibu bapaku Ya Allah , Kau permudahkanlah segala urusan mereka , Kau lembutkanlah hati mereka supaya menerimaku Ya Allah , Kau berikanlah mereka Taufik Dan Hidayah Ya Allah , Kau berikanlah aku kesedaran Ya Allah , Kau berikanlah aku petunjuk untuk memperbetulkan semula hubungan aku dan Sarah Ya Allah , Kau lindungilah dia daripada sebarang bala Ya Allah , Amin-amin ya rabbal allamin ."

Taehyung mengeluh berat sebelum bangun dan mengangkat sejadahnya untuk disidai .

Baju tidur hello kitty milik sarah yang disimpannya diambil sebelum dipeluk erat dan dibawa keatas katil .

Matanya mulai berkaca , Wajah sarah yang takut dengannya tidak habis-habis terngiang didalam kepala .

Taehyung memejamkan matanya rapat sambil menekup mukanya dengan baju tidur tersebut .

" Tskk—" Tangisannya mulai kuat kedengaran didalam bilik , perutnya yang berbunyi dibiarkan .

" B-Bogoshipda—"


Skip•••

" Opah , Kalau Sarah dah berbaik dengan Suami sarah , Opah sukakan dia tak ?" Soal Sarah sambil memicit betis opahnya .

" Mestilah Opah suka , Lagipun oppa-oppa Korea hensem ." Sarah terus tersenyum lebar , Matanya menjeling manja opahnya .

" Jangan macam-macam , nanti atuk jeles !" Sarah tertawa dihujung ayat membuatkan opahnya turut tergelak .

" Tapikan Opah , Suami sarah dah tak ada nenek . Jadi mesti dia sedih bila dia berjumpa dengan Opah ." Opahnya terus mengeluh sakit sebelum menjawab .

" Buat apa nak sedih , Semua opah sama je . Nanti kamu bawak je Suami kamu datang sini , Opah bela dia sampai jadi macam atuk kamu , kembung aje perutnya ."

Sarah terus meletuskan tawanya dengan kuat sampai terbaring diatas lantai , Opahnya yang memerhati sekadar menggelengkan kepala bersama senyuman .

" Apa pun , Kamu tak nak sekolah dekat sini ?" Soal Opahnya ragu , Sarah terus terhenti gelak sebelum menggeleng dengan mulut yang muncung .

" Tak pe kot Opah , Suami sarah dah cukup kaya untuk sara kami berdua heheh ."

" Eleh sukanya dia , haih kamu cakap macamni buat opah rasa tak sabar nak jumpa dia ." Sarah sekadar tersenyum .

" Kamu tak mengandung lagi ke ? Opah teringin juga nak ada cicit , Kamu sorang je cucu perumpuan yang opah ada ." Sarah terus tersentak sebelum pipinya mulai membahang merah .

" I-ish opah ni kesitu pulak , Suami sarah tu baik . Dia kata Sarah masih muda untuk jadi mummy orang ." Balas sarah dengan bibir yang termuncung .

" Allah , Budiman betul suami kamu . Baguslah ." Sarah mengangguk sebelum tangannya berhenti mengurut dan bibirnya mengucup dahi opahnya .

" Sarah nak mandi kejap , lepastu kita masak untuk makan malamni ye opah ?"

To Be Continue
_______________________
________

[C] Unexpected Marriage | [S1/S2]Where stories live. Discover now