Haider tergelak.

"Taste Haider orang melayu." Balas Haider dengan loghat cinanya. Lama betul tidak berkomunikasi dengan bahasa kaumnya itu.

Puan Haina berbalas senyum dengan yeye.

"Haider, tak boleh lupa kan anak ibu ke?" berhati-hati Puan Haina menyoal Haider. Nyatanya , soalan yang meluncur dari ulas bibir wanita itu membuatkan Haider tersentak sedetik sebelum melepaskan tawa palsu.

"Ish tak ada lah ibu." Haider senyum nipis sebelum dia berdehem sekali.

"Err .. pasal kes dulu tu. Haider minta maaf ya , ibu?" Perlahan Haider memohon maaf. Puan Haina ketawa kecil.

"Eh tak apa lah. Dah banyak kali Haider minta maaf. Ya , ibu dah maafkan. Benda pun dah jadi kan.." Balas Puan Haina sambil tersenyum nipis.

Meskipun Haider sudah berkali-kali maaf dipohonnya , Haider masih dihurung rasa bersalah bila mendengar cerita yang disampaikan Izuan lima tahun lalu tentang peristiwa gelap itu. Sampai ke hari ini , Haider masih tertanya-tanya siapa dalang dibalik peristiwa itu. Sungguh , menebal rasa bersalah di benak Haider bila mendengar berita yang Sofia menerima kecaman teruk di sekolah. Bukan niat untuk lepas tangan setelah membuat onar , namun ketika itu keadaan memaksa. Tak mungkin dia pulang semula ke Malaysia.





***

TELEFON bimbit yang sedari berdering diangkat malas. Punggung dilabuhkan pada sofa di ruang tamu. Nama Tuan Farhan tertera di dada telefon. Lembut , Haider sandarkan tubuhnya penuh pada sofa.

"Yes , Shushu?" sesudah menjawab salam soalan itu terus dilontar Haider.

"Bila nak masuk office?" lurus Tuan Farhan bertanya pada anak saudaranya itu. Haider simpan senyum sebelum rambutnya diraup sekali.

"Bila you nak I masuk?" Soalan dibalas soalan.

"Bila kau rasa nak masuk." Mudah balasannya.

"Okay , kalau rasa taknak masuk sampai bila bila pula macam mana?"

"Kau main main dengan aku , lion? Aku serius ni." Tegang suara garau itu menunjah koklea Haider. Haider lepas tawa kecil.

"Okay lah. How about next week?"

"Okay."

"And one more thing lion."

"Tadi Rui call aku."

Diam.

Haider pejam mata kejap.

"Tanya pasal kau dengan An."

Haider mengeluh. Pelipisnya diurut perlahan.

"Shushu , I dont even love her. Macam mana nak teruskan? Tak boleh ke batalkan je?" Soal Haider lurus. Serabut dengan perancangan yang diatur oleh keluarganya itu.

Beberapa bulan lalu , Puan Aubrey merangkap ibu kepada Anastasia telah berjumpa Tuan Farhan untuk meminta Haider bertanggungjawab tentang apa yang telah berlaku dulu. Puan Aubrey telah meminta Tuan Farhan untuk memaksa Haider untuk berkahwin dengan anak gadisnya. Meskipun Haider enggan menerima rancangan yang telah diatur oleh Puan Aubrey itu namun Tuan Farhan berkeras mahu Haider bertanggungjawab ke atas Anastasia.

"Lion , be a gentleman. You have to take responsibility for her. Aku bukan nak paksa kau lion. Tapi aku nak kau bertanggungjawab lepas apa yang kau dah buat. Aku taknak kau jadi lelaki yang tak ada tanggungjawab." Terang Tuan Farhan lurus. Sejak dulu , dia akan bertegas dengan Haider.

The King of Dévil ✔️Where stories live. Discover now