"Oi Raf nak pergi mana?" Rafael hanya mengendahkan soalan Faris. Kaki dihala ke meja yang menempatkan dua orang gadis.

"Hi." Suara garau itu menghentikan perbualan dua orang gadis itu. Gadis berambut sedikit perang itu tersenyum lebar melihat wajah Rafael.

"Hi Raf!" Sapaan Rafael di balas mesra. Berbeza pula dengan gadis yang bernama Sofia itu. Dia hanya kembali bermain dengan telefon bimbitnya. Melihat Sofia yang tidak endah dengan kehadirannya buat Rafael mula rasa tercabar. Jangan cakap tegur , toleh pun tidak!

Tanpa sebarang amaran kerusi di sebelah gadis itu ditarik selamba sebelum punggung dilabuhkan di situ. Serentak itu juga Sofia memusingkan kepala memandang Rafael.

Sebelah tangan Rafael pula naik pada belakang kerusi Sofia. Jarak muka mereka pula sengaja dihapuskan. Tunak matanya memandang sepasang mata milik Sofia. Senyuman manis terlakar pada ulas bibir itu.

Dalam diam Rafael memuji kecantikan gadis bernama Halena Sofia itu. Sangat jelas , bila jarak di antara mereka cukup dekat.

Sofia kaku , serentak itu dia berundur sedikit ke belakang. Pandangan mata juga dilarikan. Telefon bimbitnya kembali dibuka. Cuba mengabaikan kehadiran lelaki yang tanpa izin mengambil tempat di sisinya. Sangkanya , lelaki itu kenalan rakan semejanya , Medina.

"Why not you introduce yourself to me , sweet girl?" Suara husky itu kembali menyedarkan Sofia. Toleh saja ke sisi , lelaki itu menyambut pandangannya lembut. Bibir masih setia mengukir senyum manis. Semanis gula.

Sofia hanya memandang sekilas.

Senyuman itu manis namun sedikit pun tidak dapat menggetarkan hatinya yang sudah lama membeku.

"Halena Sofia." Pendek dan ringkas. Rafael angkat kening. Halena .. kebetulan nama saudara jauhnya. Sofia pula nama bekas.. oh bukan.. kenalannya dulu.

"Kenanya maksud nama awak dengan awak." Senyuman sedari tadi tidak lekang dari bibir Rafael. Bicara Rafael berjaya menarik peminat gadis itu.

"Sofia meaning wisdom in Greek. Halena pula gift of God. So.."

"I consider you as a gift from God to me?" senyuman Rafael mula melebar bila menuturkan bicara manis itu.

Bicara itu...

"Halena maksudnya pemberian dari tuhan. So I consider you're the special gift from God to me. How lucky I am?"

Sofia terdiam. Otak mula melayang jauh pada lelaki yang pernah mengambil tempat di hatinya dulu. Meskipun kejadian itu sudah hampir lima tahun berlalu. Sofia harus akui yang dia masih belum sepenuhnya melupakan lelaki itu. Entah kenapa..

Lelaki itu pula sudah bertahun tahun tidak pulang. Sofia sendiri malas mahu bertanya khabar tentang lelaki itu. Tidak mungkin dia mahu bertanya khabar lelaki itu pada ahli keluarganya yang lain.

Ahli keluarganya yang lain pula seolah olah mengerti. Mereka langsung tidak membangkitkan topik berkaitan lelaki itu di hadapan Sofia. Mungkin faham situasi mereka? Sofia sendiri tidak pasti.

"Angel , are you listening?" Tangan Rafael sudah melambai lambai di hadapan Sofia. Sofia tersedar dari lamunannya. Tanpa sedar bibirnya mengoyak senyuman nipis.

"Err sorry , Dina aku balik dulu lah." Beberapa buah buku miliknya meja dicapai sebelum beg disangkut pada bahu. Baru saja dia mahu melangkah pergi tangannya diraih Rafael lembut. Membulat mata Sofia dibuatnya , spontan tangan ditarik dari pegangan lelaki itu.

Terkejut juga Sofia dibuatnya. Baru beberapa minit mereka berkenalan lelaki asing itu sudah berani menyentuhnya? Sungguh , selepas kejadian dulu Sofia trauma bila bersentuhan dengan lelaki asing. Ianya seolah olah memutar kembali peristiwa lima tahun lalu , di mana dia telah membuat kesilapan terbesar dalam hidupnya kerana membiarkan lelaki asing sewenang wenangnya menyentuhnya dulu.

Ya. Mungkin peristiwa itu berlaku ketika dia masih lagi naif , mentah dan bodoh. Saat itu dia terlalu percayakan lelaki , terlalu yakin yang lelaki itu serius dengan hubungan mereka. Walhal lelaki itu hanya mempermainkan perasaannya saja.

Dan kerana kesilapannya itu lah dia dicemuh orang sekeliling. Sofia akui , dia sendiri kesal dengan kesilapannya itu. Menyesal? Ya!

Mengesan raut kurang senang pada wajah itu , laju bibir Rafael melemparkan permohonan maaf.

"Sorry angel , saya tak sengaja." Perlahan suara Rafael memohon maaf. Dalam hati Rafael sudah geli hati dengan sikapnya sendiri. Dia? Maaf? Rafael Haikal Dato Idris memohon maaf kerana tersentuh kulit perempuan?

Funny.

Melihat wajah Rafael yang seolah olah kesal dengan perbuatannya buat Sofia menggelang kecil sambil mengoyak senyum manis.

"Sokay. Saya minta diri dulu."  Langkah diatur untuk berlalu dari kafeteria. Tanpa sedar senyuman manis yang dilempar tadi cukup buat seseorang pegun di tempatnya.

God! She's something!

Laju kepalanya menoleh ke arah Medina.

"Medina Laura kan? Can I get her number?"





***





DAUN pintu dikuak sebelum kaki melangkah masuk ke dalam rumah agam yang sudah lama tidak berpeghuni itu. Selepas salam diberi mata mula meliar memandang keadaan sekeliling rumah itu.

Sunyi.

Bagasi ditarik naik ke bilik utama. Bersih tanpa sebarang habuk. Mungkin shushu sudah mengupah cleaner untuk mengemas rumah agam ini.

Jam dan bracelet miliknya dibuka sebelum dia berura ura menapak ke bilik mandi. Namun baru beberapa langkah , deringan telefon yang menandakan ada panggilan masuk mematikan langkahnya.

"Welcome back , Rayyan Haider." Ceria suara di hujung talian menyapa gegendang telinganya.

"Thanks. Nak apa?" soal Haider malas. Naufal tergelak halus mendengar balasan Haider.

"Kau kalau tak ada benda penting , tak payah menyemak nak call." Garang suara Haider memberi amaran. Sudah lah badannya masih terasa lenguh. Hampir 18 jam perjalanan pulang ke Malaysia. Gila tak penat?

Naufal sengih.

"Aku cuma nak bagitahu esok yang lain ajak lunch sekali."

The King of Dévil ✔️Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu