U.Marriage | 31 [ RAYA EDITION ]

Start from the beginning
                                    

" Waalaikumsalam ,"

" Sarah nak mintak ampun , mintak maaf , Halalkan makan dan minum sarah , Terima kasih sebab sokong sarah selama 16 tahun sarah hidup , Restukan perkahwinan unexpected Sarah dengan Taehyung ." Encik Othman sekadar mengangguk bersama senyuman .

Sejurus itu , Sarah terus menyalam tangan Puan Ilya pula .

" Ibu , Sarah nak mintak ampun , mintak maaf jugak , halalkan makan dan minum sarah , terima kasih sebab lahirkan sarah , terima kasih sebab selalu ada dengan sarah . Terima kasih sebab jadi ibu yang terbaik ." Sarah menggigit bibir bawahnya yang bergetar .

Air matanya yang sudah laju mengalir itu dikesat sebelum tangan Puan ilya dikucupnya .

Sarah menghampiri Taehyung , tangannya dihulurkan lalu disambut oleh Taehyung .

" Awak , S-Saya nak mintak maaf , Kalau sebelumni saya ada sakitkan hati awak , saya jadi derhaka dengan awak , atau apa-apa je . Terima kasih sebab tetap ada dengan saya walaupun banyak tentangan yang awak dapat , Saya sayangkan awak , Maafkan saya ." Tangan Taehyung dikucupnya .

Taehyung tersenyum manis , Pipinya yang sudah basah dikesat sebelum dia membuka mulut .

" Saya pun nak mintak maaf sebab pernah berkasar dengan awak , tuduh awak yang bukan-bukan , Lepastu saya nak cakap terima kasih sebab selalu masakkan saya makan sedap-sedap , Saya mintak maaf ya ?" Sarah mengangguk , Leher Taehyung dipeluknya sebelum dia kembali melabuhkan punggung pada kerusi .

" Hiks , Yoongi-ah aku emotional ." Seokjin terus mengesat air matanya sebelum disental elok pada baju raya berwarna hitam milik Yoongi .

Lelaki itu berkerut dengan wajah Jijik .

" Dah ! Yang lain taknak beraya ? Duit raya penuh lagi ni !"

" NAKK !!"

Skip•••

" Assalammualaikum ! Kami datang nak berjumpa oppa-oppa kacaks didalam !" Sarah tergelak kecil sebelum membuka pintu .

Senyuman dihadiahkan pada rakan-rakan sekolahnya yang turut hadir walaupun tidak penah bersapa .

" Sarah ! Selamat hari raya maaf zahir batin !" Sarah mengangguk sebelum menjemput mereka-mereka itu masuk .

Masing-masing melopongkan mulut memandang tujuh jejaka yang sudah siap beratur bersama senyuman dan sampul yang terisi duit dipoket dada .

" AHHH JUNGKOOK OPPA !" Jerit gadis dihadapan histeria , Sarah terus mengetap giginya .

" Selamat hari raya ,"

" Selamat hari raya ,"

" Selamat hari raya ,"

" Selamat hari raya ,"

" Selamat hari raya ,"

" Selamat hari raya !"

" Selamat hari raya ,"

" Okay bye !" Gadis-gadis itu terus berlalu keluar sebaik sahaja mendapat duit dari oppa-oppa tersebut .

Sarah tersenyum menutup pintu .

[C] Unexpected Marriage | [S1/S2]Where stories live. Discover now