"Jangan tunggu. Sebab aku pernah buat orang tunggu aku, benda ni tak seindah yang kau sangka. Aku harap kau faham, Joo." Taehyung perlahan lahan melepaskan lengannya.

"Kau baik. Tapi bukan untuk aku. Kita cuma kawan kerja. Eoh?"

Tangan lelaki itu naik mengelus lembut pipi Joo yang sudah dibanjiri air mata dek kerana cintanya yang terpendam lama ditolak mentah mentah oleh lelaki yang disukainya. Dia tersengguk sengguk menahan tangis.

"Mian. Aku pergi dulu."

************

Hari pertama penggambaran berjalan dengan lancar. Semuanya atas usaha dan kerjasama semua pihak yang terlibat termasuk para barisan pelakon, walaupun ada cerita sebenar di balik mereka. Jungkook dari jauh tidak jemu menilik wajah Yunhee yang sedng didandan seraya membaca skrip di tangannya dengan raut wajah tekun. Bibir lelaki itu menguntum senyuman kecil, dia rasa memang betul masa berubah seiring dengan sikap manusia. Tak dapat nak kembalikan masa lalu.

Apa pun dia gembira selagi dia dapat tengok wajah gadis yang merupakan cinta pertamanya tu. Tak berkesempatan nak luahkan perasaan, sampailah makan tahun lamanya.

"Slate in!" jerit Kim Taehyung yang sedang duduk di hadapan monitor.

"3, 2, 1. Action!"

Yunhee tertawa riang seraya berjalan masuk ke dalam perkarangan sekolah. Dia terpusing pusing dalam bulatan kecil dengan gaya tangan yang didepang luas. Akhirnya dia terlaga pada tubuh seseorang, iaitu lelaki dingin yang sangat menyebalkan di dalam sekolah. Iaitu Jungkook.

Jantung Yunhee menggeledak sendirian. Tak tahu samada ini perasaan sebenar atau cuma drama.

"Huh?"

"M..Mian."

"Tak nampak orang ke?"

Yunhee menggeleng perlahan, matanya bergetar saat dipandang tajam oleh Jungkook, "Geumanhae.."

"Cut! NG!" jerit Taehyung serta merta apabila dia sedar yang dialog Yunhee bukan seperti apa yang dia patut sebut.

Yunhee memejam mata seraya menjatuhkan pandangannya ke bawah. Dahi dipicit. Jungkook menerpa tubuh gadis itu dek kerana terlalu bimbang.

"Yah deo gwaenchana?"

"Pikyeo." Yunhee merentap tangannya dingin kemudian berjalan keluar dari set. Jungkook menyeluk tangan ke dalam poket seluar, keluhan ringan dihela. Masih sama, budak perempuan yang ego.

"Macam mana dia boleh famous dekat China? Benda macam ni pun lambat sangat nak settle. Ugh." kutuk beberapa orang pekerja set penggambaran dek kerana sebal dengan sikap angkuh Yunhee.

Jungkook membongkok tubuhnya sedikit, meminta maaf bagi pihak gadis itu agar tidak dibenci ramai. "Joseonghamnida. Seohwa penat sikit."

"Hm Jungkook dah lah handsome, baik pulak tu."

************

Serabut.

Aku bangun dari tidur, masih dengan mata yang bengkak disebabkan kes malam tadi yang mengganggu otak aku. Langsung tak tenang, hampir tak dapat tidur. Risau ada, gundah ada. Kalau aku kejar Taehyung semalam, aku bagi masalah dekat Jimin. Tapi, entahlah.

The Starry Sky + kthWhere stories live. Discover now