Berdiri di hadapanku kini adalah Raez. Lelaki yang aku suka sejak bertahun lama. Yang sentiasa meriuhkan paluan jantung aku setiap kali bertemu. Yang aku tidak pernah menghampirinya sedekat ini. Dia berpusing pantas apabila menyedari kehadiranku.

Pakaiannya sudah bersalin. Dia kini hanya mengenakan seluar khakis berwarna dark grey dengan padanan T-shirt berkolar berwarna putih.

Lama kami membisu hingga aku terasa tidak selesa apabila mata cantiknya itu tidak lepas dari merenung aku.

"Kenapa setuju?" Soalannya pendek, simple dan padat. Tapi aku tak mampu nak jawab. Bukan kerana aku tak ada jawapan. Tapi sebab aku tak ada kekuatan nak berikan jawapan itu.

Sudahnya aku hanya menggeleng dan membuang pandang ke arah sisi dalam erti kata lain, cuba untuk menenangkan perasaan yang berkocak hebat.

Dia akhirnya berjalan meninggalkan aku di situ yang sedang termanggu. Entah betul entah tidak keputusanku ini. Aku sendiri pun tak pasti.

Semuanya serba pantas. Petang itu juga aku diheret oleh Mak Long dan ibu ke butik perkahwinan sahabat baik Mak Long. Di situ, aku terus ke fitting room. Mencuba baju yang siap sedia tanpa perlu di alter kerana kesuntukkan masa.

Kata ibu, aku akan dinikahkan selepas isyak nanti. Pulang dari butik pengantin, nenek minta aku makan malam terlebih dahulu supaya nanti tak kalut apabila mak andam nak siapkan aku.

Aku meminta diri mahu naik ke atas sekejap untuk meletakkan pakaian pengantin di bilik ibu. Nenek, walaupun nenek saudara aku tapi keakraban kami seperti nenek dan cucu. Rumah nenek bersebelahan dengan rumah Tok Ma. Jadi apabila aku pulang ke kampung, aku sudah terbiasa keluar masuk ke rumah nenek. Kadang kala aku akan bermalam di rumah nenek.

Selepas menggantungkan baju, aku berjalan keluar dari bilik. Baru menutup pintu, tiba-tiba lenganku ditarik oleh Raiq dan dia terus menuju ke ruang balkoni tempat aku berbual dengan Raez mula-mula tadi. Sebenarnya bukanlah berbual kerana Raez hanya tanya aku satu soalan dan kemudian dia terus meninggalkan aku.

"Raiq.." Hanya itu yang keluar dari bibir aku setelah kami berdiri di situ. Sudah terbiasa memanggilnya dengan gelaran nama sahaja walaupun dia lebih tua dari aku. Mukanya kelihatan sangat marah. Tapi kenapa?

"Dira dah gila ya?!" Raiq terus menyerang aku.

"Kenapa cakap macam tu?" Aku tiba-tiba rasa ingin menangis apabila dimarahi begitu. Dia tak pernah marah aku macam tu.

"Kenapa setuju dengan cadangan Hannah? Dira, tu hanya cadangan. Tak ada siapa pun paksa Dira. Dira berhak buat keputusan Dira! Ni soal hidup Dira!" Raiq terus-terusan menekan aku. Kenapa lelaki ini bertindak sebegini pada hari ini? Aku seperti tidak mengenali dirinya yang sekarang.

"Raiq.. Apa jua keputusan ayah, itulah keputusan Dira." Aku berusaha menenangkan Raiq.

"Dira! Fikir betul-betul.. ini bukan soal ayah Dira terima, ni soal Dira yang nak hidup. Faham tak?!" Bila Raiq sudah menapak dan mengenggam erat kedua tanganku, aku jadi takut. Sungguh aku tak faham dengan kelakuannya ketika ini.

"Lepaskan Dira.. Dira nak masuk." Aku merentap kuat tanganku tapi pegangannya sungguh kuat.

"Kenapa ni?" Tiba-tiba muncul satu suara di sebalik langsir tebal dan aku pantas menoleh. Raez berjalan tenang menghampiri kami.

"Jangan nak buat-buat tanya lah bang! Ni masalah kau dan kau biarkan orang lain terheret sekali masuk dalam masalah kau!" Sinis sekali kedengaran ayat Raiq.

"So? Kenapa kau nak marah?" Pertanyaan Raez mengundang silau tajam dihujung mata Raiq.

Masing-masing dengan wajah tegang hingga Raez merentap kuat tangan aku dari pegangan Raiq dan aku diheret hingga ke meja makan.

RASMI MILIKKUWhere stories live. Discover now