14

3.4K 159 11
                                    

Rutin harian Daneen berjalan seperti biasa. Cuma bezanya sekarang dia dah start study online. Mengamuk juga dia waktu mula mula dulu sebab dia dah malas nak belajar. Sibuk nak jadi suri rumah sepenuh masa kononnya. Takde maknanya si Aydan nak melayan. Macamlah dia tak tahu sebab apa Daneen tak mahu online study. Sebab nanti dia kena belajar, kena buat kerja semua. Tak dinafikan Daneen memang pandai dalam pelajaran tapi dia tak suka belajar. Faham tak ? haaha. Entah macam mana dia boleh jadi pelajar cemerlang setiap tahun pun tak tahulah. Malas belajar tapi cerdik. Bila waktu nak buat assignment tu sakit betul hati Aydan.

Waktu mula mula dulu, selalu jugak dia terima laporan dari lecturer yang mengajar Daneen. Mengadu yang Daneen tak buat langsung assignment yang diberi. selama ni Aydan ingatkan Daneen buat sebab Daneen duduk dekat meja belajar dia. Bila ditanya, sudah siap semua katanya. Aydan pula tak pernah memeriksa sebab dia percayakan si Daneen. Rupanya jahanam. Jadi sekarang memang lepas makan malam, selepas mereka solat Aydan akan menarik Daneen masuk ke dalam bilik pejabatnya. Di rumah ni Aydan memang sediakan ruang pejabat untuk dirinya menyiapkan kerja. Diheret sekali Daneen. Jadi bolehlah dia buat kerja dia sambil mengawasi Daneen. Memang cemberutlah si Daneen.

Tapi Aydan memang kena sabar habis habisan. Ada je akal budak tu nak ajak Aydan melepak. Cakap ada cerita bestlah nak terkecinglah nak terberaklah. Cerita kegemaran dia dah start nanti dia sambung balik buat assignment. Laparlah padahal baru lepas makan. Aydan malas melayan. Dia buat muka garang sikit, Daneen pantas duduk semula di tempatnya nak menyambung buat homework. Pakej dengan muncung muncung sambil mengomel. Mengutuk si Aydan agaknya. Aydan cuma tahan senyum melihat. Macam macam kerenah kalau si kecik sorang tu.

Tapi Alhamdullilah Daneen menurut jugak. Kadang kadang tu, Aydan tak banyak kerja sangat dia cuma meneman Daneen membuat assignment. Ada juga dia mengajar yang mana Daneen tak faham. Kadang tu dia biarkan ja hahaha. Dia dok main game je. Daneen kadang menempel jugak sebelah. Menyibuk nak tengok tapi diamarah Aydan. Hahaha. Assignment tak siap sibuk nak menempel. Aydan pun dah pesan pada lecture tu supaya marah je Daneen kalau Daneen buat salah.

Aydan tersentak apabila Daneen tiba tiba panjat ke atas pahanya. Tak sempat dia cakap apa apa Daneen teruk memeluk lehernya dan meletakkan kepala di bahu kananya. Kakinya tergantung. Nafas Daneen memberat. Aydan meletak pen. Diusap belakang badan dan kepala Daneen. Dicium haruman Daneen.

" Kenapa ni ? "

Lembut Aydan bertanya. Daneen cuma diam. Kedengaran nafas ja makin lama makin memberat.

" Okay tak ni sayang ? "

Aydan masih mengusap belakang badan Daneen. Tak lama lepas tu, kedengaran dengkur kecil Daneen. Aydan cuma tersenyum nipis. Mesti letih. Ya hidup Daneen memang meletihkan.

Pagi pagi dia dah bangun pukul 5 pagi. Siap siap jemaah bersama dia terus ke dapur buat sarapan. Aydan jelah melelapkan mata sekejap sementara menunggu untuk bersiap ke kerja. Dah siap buat sarapan, Daneen akan mengemas seluruh rumah. Dia kesian. Nak upah maid tapi Daneen berkeras nak buat semua sendiri. Bosan katanya. Aydan cuma menurut. Selesai mengemas, sambung study pulak. Pukul 1 petang dia stop study. Sambung memasak untuk makan tengah hari.

Kalau Aydan tak sempat balik, Daneen yang akan ke pejabat hantar makanan. Memang itulah rutinnya tak pernah berubah. Kerap Daneen ke pejabat hantar makanan. Dah siap bahagian tu sambung cuci mengemas dapur semua. Barulah dia duduk berehat. Kalau dia rajin, dia buat assignment. Kalau dia nak bermalasan memang malamlah dia buat sekali dengan Aydan. Kadang kadang dia tidur sebab kepenatan.

Petang dia sambung memasak sebelum maghrib tu. Pukul 6 selalunya Aydan dan pulang ke rumah. Pukul 6 tu jugak selalunya Daneen sudah siap memasak untuk makan malam. Sebelum masuk maghrib tu memang Daneen bermanja dengan Aydan sampailah ke isyaa. Selepas isyaa, baru mereka masuk ke pejabat Aydan membuat kerja masing masing.

Penat sebenarnya Daneen. Aydan tahu. Sebab tu dia tak mendesak Daneen apa apa. Kadang kadang ada ja Daneen culas dari buat assignment. Aydan biarkan sebab Aydan faham Daneen penat. Tapi jaranglah sebab dia taknak masa depan Daneen tergadai pulak sebab kecuaian dia.

Aydan mendukung Daneen perlahan. Dia keluar dari pejabatnya dan menapak ke bilik tidur mereka. Jam sekarang baru pukul 10 malam. Tapi Daneen dah tumbang. Tu mesti ada assignment yang dia tak siapkan. Tapi tak apalah. Dia nak Daneen berehat. Perlahan dia meletakkan Daneen di atas katil. Daneen merengek apabila Aydan melepaskan dirinya sendirian di atas katil. Dia tarik tarik Aydan supaya memeluk dirinya. Aydan ikutkan jelah si bini kecik dia ni. Daneen kembali tenang. Dia sempat menelefon Brent. Meminta Brent maklumkan pihak kolej Daneen bercuti selama seminggu. Dia mahu kasi Daneen berehat.

Sambil baring meneman Daneen tidur, Aydan terfikir nak bawak Daneen pergi bercuti. Dah berapa bulan terperap ja di rumah. Berjalan pun cuma keluar ke shopping mall itu saja. Aydan nak bagi Daneen berehat betul kalini. Tenangkan dirinya. Reward untuk Daneen jugak sebab banyak peningkatan dalam pelajaran dan juga dirinya. Aydan mengusap lembut kepala Daneen. Itu buatkan Daneen lagi lena.

Satu benda yang Aydan perasan sepanjang perkahwinan mereka. Daneen sebiji macam seorang budak. Budak kecik. Tapi Aydan tak kisah. Aydan lagi suka nak melayan. Isteri dia jugak bukan orang lain. Daneen sangat manja, sangat bergantung dengan dirinya. Daneen jugak sejenis yang, kalau dia nak makan dengan Aydan, walaupun kena tunggu Aydan sampai malam, dia sanggup. Dia memang takkan makan. Kadang tu Aydan menyirap jugak. Tapi kisah pulak si Daneen tu. Dalam memikirkan kemana dia nak membawa Daneen, Aydan terlelap di sisi Daneen. 









_____________________





Hai ganggggg !!!!! Hahahahaha ada yang rindu aku tak tu !!?????

Hahahahaha !!!

Sorry for the late update !!! Aku sibuk dengan life aku sekarang ni !!! Busy busy busy. Takde masa nak memikirkan idea.

Aku ada ja bukak wattpad tapi tulah. Idea nak menulis takde !!!! Aku just bukak untuk membaca sahaja !!!

Sorry yang mana dah bosan menunggu tu and thank you pada yang stay menunggu aku update !!!

Much love 😘

Beautiful MessWhere stories live. Discover now