19

2.5K 127 16
                                    


Dia taknak melayan Aydan. Tengok muka Aydan pun dia sudah sakit hati. Kalau boleh nak duduk dalam bilik sampai bila bila. Even makanan tak sedap pun lantaklah. Yang penting dia boleh jauhkan diri dari Aydan.

Sejak dari balik hospital, Aydan memang jadi diri dia yang dulu. Always balik rumah. Makan tengah hari, makan malam dengan dia. Daneen pulak langsung tak pandang wajah suami dia. Sakit di hati masih terasa. Aydan tak putus putus telefon tanya keadaan dia. Tapi bukan dia la yang menjawab. Kak Ros yang akan jawab.

Dia tahu berdosa perlakukan suami macam tu. Tapi dia cuma orang biasa. Manusia biasa. Iman dalam diri pun tak sebanyak mana. Dia masih jahil. Dia rindu suami dia. Terlampau rindu. Rindu pelukan Aydan, belaian Aydan, sikap Aydan yang selalu memanjakan dirinya tapi bila teringat apa yang Aydan dah buat hatinya terasa dicucuk hingga berdarah. Buatkan dia jadi sedih sangat.

Aydan melihat Daneen dari luar. Sakit hatinya melihat Daneen teresak esak sendirian di atas katil. Ikutkan hatinya dia nak masuk ke dalam bilik dan memeluk isterinya. Dia terseksa tengok isterinya begini. Air matanya turut bergenang. Ini semua salah dia. Kau bodoh Aydan. Aydan tersentak apabila bahunya di sentuh.

" kamu pergila bersihkan diri dulu. nanti datang sini makan tengah hari sama sama dengan Daneen. Kak Ros dah bawakkan makanan kamu ni. "

Ujar Kak Ros perlahan. Pada mulanya dia tak tahu apa masalah suami isteri ni. Lama kelamaan dia dapat mengagak sendiri. Daneen pula memang takde bercerita apa tentang pergaduhan suami dan dia.

" Okay kak. Tolong pujuk Daneen ya. "

Balas Aydan perlahan. Kak Ros sahaja yang boleh dia mintak tolong. Dia nak pergi memujuk tapi dengan kehadiran dia, dia tahu Daneen akan lebih sedih. Kak Ros mengangguk.


" Daneen. "

Panggil Kak Ros. Daneen tersentak. Dia cepat cepat mengesat air matanya. Kak Ros meletakkan dulang makanan di meja sisi. Dia tersenyum memandang Daneen. Muda sangat Daneen ni tapi sangat matang.

" Daneen jangan terus macam ni. Kesian dekat Aydan. Kesian jugak dekat Daneen. Jodoh, ajal dan maut semua di tangan Tuhan. Tuhan sebaik baik perancang. In shaa Allah lepasni semua yang baik baik aja. Berhenti bersedih ya nak. "

Lembut pertuturan Kak Ros. Menitis lagi air mata Daneen mendengar. Kak Ros memeluk tubuh kecil Daneen. Daneen teresak esak di pangkuan Kak Ros.

" Sabar ya. Semuanya akan baik baik aja. Banyakkan rehat, berdoa pada Allah ya. "

Pesan Kak Ros. Daneen mengangguk. Dia melepaskan pelukan. Dikesat air matanya. Dia tersenyum kecil. Semuanya dah ditakdirkan. Daneen kena terima dengan hati yang terbuka.

" Kak Ros keluar dulu ya. Kalau ada apa apa panggil akak ya. Akak ada ja dekat bawah tu. "

Ujar Kak Ros lembut. Daneen tersenyum.

" Baik kak. "










Aydan melangkah masuk ke dalam bilik Daneen. Dilihat Daneen sudah mula makan tengah hari. Tengok makanan Daneen pun dia tak berselera. Makanan orang sakit. Perlahan dia duduk di hadapan Daneen. Daneen langsung tak memandang wajahnya. Rindunya dengan Daneen. Haih. Aydan perlahan memegang tangan Daneen. Daneen masih tak memandang wajahnya. Diambil sudu dari tangan Daneen.

" Biar aku suapkan baby. "

Lembut Aydan berkata. Daneen masih diam membatu. Daneen cuma senyap aja.

Aydan mula menyuap. Dapat jugak dia tengok wajah Daneen. Kalau tidak Daneen cuma menunduk di depannya. Bergenang air mata dia. Makin lama dia makin sebak. Terlepas sudu dari tangannya. Daneen tersentak lalu memandang Aydan. Muka Aydan sudah basah dengan air mata.

Beautiful MessWhere stories live. Discover now