12

5.1K 246 40
                                    

Seminggu dah berlalu. Daneen dan Aydan membuat rutin harian masing masing. Aydan ke pejabat, Daneen pula ke kolej. Rindu betul dia dengan suasana kolej. Walaupun tak suka belajar tapi dia suka datang ke kolej. Dia suka nak mengusik teman kelasnya, lecturer mereka. Nak ponteng kelas, nak panjat tembok tinggi belakang kolej nak buat aksi. Hahahaa macam macam hal lah kalau si Daneen. Tapi walaupun nakal begini dia lah yang paling disayangi. Nakal tapi rajin menolong, pandai, selalu mengharumkan nama kolej dalam sukan.

Kringgggggggg !!!

Aydan pantas menjawab. Sambil tangannya laju membelek helaian kertas di atas meja. Telefon ditekap di telinga dengan bahunya. Dua dua tangannya sibuk dengan kertas.

" Hello, En. Aydan. ? "

" Haa ya saya. Siapa ya ? "

Jawab Aydan sopan. Mata masih meliar dengan kertas kertas kerjanya.

" Saya pengetua International High College. En Aydan penjaga kepada Daneen Aria kan ? Saya cuma nak maklumkan, Daneen terlibat dalam pergaduhan besar dan menyebabkan kecederaan. Saya nak minta En Aydan untuk datang ke kolej dengan segera boleh ? "

Bulat biji mata Aydan mendengar. Pantas tangannya memegang telefon. Pergaduhan ? Apa pulak si Daneen ni buat pergi bergaduh. Pergi sekolah belajar, bukannya bergaduh. Haduih. Aydan kusut memikir. Dengan kertas kerja yang perlu dia siapkan harini jugak.

" Okay okay boleh. Saya datang sekarang. "

Aydan pantas mencapai kot hitam miliknya. Dipakai sambil berlari keluar. Sempat dipesan dengan secretarynya untuk menelefon dia langsung jika ada hal penting. Aydan memang memecut laju keretanya. Dalam hatinya geram campur risau dengan keadaan Daneen sekarang ni.

Setibanya Aydan di kolej dia terus berlari ke pejabat pengetua. Terpampang tubuh Daneen sedang duduk di atas kerusi membelakanginya. Dia berdebar debar. Cedera dekat mana agaknya ? Di muka ke ? Daneen menoleh ke belakang apabila mendengar pintu dibuka. Dia melempar pandangan kosong ke arah Aydan. Aydan menapak mendekati dia.

" Have a sit, En Aydan. "

Ujar Pn. Rosila. Aydan melabuh punggung di kerusi sebelah.

" I'm so sorry sebab menganggu masa sibuk En Aydan tapi ini memang hal serius yang perlu dibincangkan. Hari ini Daneen terlibat dalam pergaduhan sehingga menyebabkan kecederaan. Pelajar tersebut telah dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan. "

Buntang mata Aydan mendengar. Dia pantas menoleh ke arah Daneen. Dilihat satu tubuh Daneen apa dia tercedera atau tidak. Tapi satu kecederaan pun tiada. Aydan bingung.



" Saya tahu Daneen seorang pelajar yang baik. Dia tak pernah menimbulkan sebarang masalah dengan rakan kolej yang lain tapi harini saya tak boleh lepaskan begitu saja kerana keadaan pelajar lelaki terbabit agak teruk. 4 tulang rusuknya patah, tangannya juga patah dan kepalanya mengalami hentakan. Sekarang kita tengah tunggu keputusan dari pihak sana. Pada saya kecederaan yang dialaminya teruk. Boleh membawa maut. "

Lagi buntang biji mata Aydan mendengar. Parah sial budak tu ! Desis hati kecilnya. Aydan memandang Daneen tak percaya. Isterinya yang dia kenal seorang yang manja. Sangat manja. Dia macam tak boleh nak percaya. Dia lihat Daneen cuma selamba dengan muka kosongnya.


" Saya dah cuba soal Daneen cuba bertanya apa yang sebenarnya terjadi antara Daneen dan juga pelajar terbabit tapi Daneen langsung tak memberikan kerjasama. Puas saya bertanya tapi dia cuma diam membatu. "

Aydan terpana. Dia macam tak boleh nak terima apa yang sedang terjadi sekarang ni. Macam mana bini dia yang paling manja ni boleh sampai ke tahap tu. Aydan tak mahu bertindak melulu. Dia yakin pasti terjadi sesuatu sehinggakan Daneen sanggup bertindak begitu.


Beautiful MessWhere stories live. Discover now