"Budak tu dah ready?" Soal Musa ketika mereka berjalan beriringan memasuki ruang hospital. Bau ubat hospital terus menusuk ke dalam rongga hidung.

"Dah la kot. Dia yang minta nak jumpa abang."

"Bagus lah tu, aku pun dah jammed fikir pasal kes ni." Mereka memasuki ruang lift lalu Dhani menekan butang nombor lima.

"Abang sure memang takda satu barang berharga pun yang hilang?" Persoalan Dhani membuatkan Musa melemparkan jelingan tajam padanya. Melihat jelingan itu Dhani tersengih. "Bukan nak mempertikaikan usaha abang tapi mana lah tahu abang terlepas pandang."

"Dhani, dah lama la aku handle kes pecah rumah ni. Tak pernah lagi aku terlepas pandang. Tapi kes kali ni aku rasa something's wrong somewhere." Kata Musa sambil mereka keluar dari perut lift dan terus berjalan ke satu koridor yang panjang.

"Memang secara kasar kita tengok rumah tu macam kena pecah masuk. Barang berselerak sana-sini, tapi yang peliknya barang-barang kemas Puan Farizah tak kena curi. Suspek macam tak endahkan pun. Why? Kalau bukan sebab barang kemas itu, suspek nak apa?" Persoalan Musa itu membuat Dhani turut berfikir.

"Barang-barang rumah bersepah? Suspek tengah cari something selain duit." Dhani menggumam perlahan tapi cukup didengari oleh Musa.

"Ya, itu apa yang aku fikir. Something yang lebih penting dari duit. Tapi bagi penyangak macam itu, mana ada benda kat dunia ni yang lebih penting dari duit." Ucap Musa. Suasana jeda seketika. Masing-masing seakan sedang berfikir.

"I have a feeling something worse happened that night. Ini bukan kes biasa, Dhani." Ujar Musa yakin. Mereka kini telah tiba di depan satu pintu bilik yang tertulis 12A. Melalui cermin pintu tersebut, jelas terlihat Firas sedang duduk termenung di atas katil. Matanya merenung jauh ke luar tingkap hospital dan wajahnya pula kelihatan sugul, tidak bermaya. Lebam ungu di mukanya masih jelas kelihatan. Sudah satu minggu Firas dalam keadaan begitu.

"Kalau betul tekaan abang, no wonder la budak ni nampak trauma." Mereka berdua berdiri seketika di situ. Mengenang nasib Firas.

"Dhani?" Tegur satu suara wanita dari arah belakang, terus mereka menoleh. Terlihat Farizah sedang berdiri sambil memegang satu bungkusan makanan. Melihat Musa yang turut berdiri di sebelah, Farizah ramah menyapa.

"Dah lama ke sampai? Kenapa tak masuk?" Soal Farizah sambil memasuki bilik wad yang menempatkan Firas.

"Baru je sampai, Cik Izah" Dhani dan Musa turut mengekori di belakang. Firas mengalih pandangan melihat mereka bertiga, mematikan lamunannya tadi.

"Assalamualaikum Firas" Musa menyapa ramah dan Firas hanya menjawab perlahan. Baru sahaja Farizah ingin mengeluarkan bungkusan makanan, Firas menahan. "Kejap lagi la, ibu."

"Eh, makan la dulu."

"Fi takde selera la, ibu." Farizah tetap memujuk tapi tidak lama itu dia akur. Dia faham keadaan anaknya sekarang. Lagipun dia tahu Firas tetap akan makan juga nanti. Suasana jadi jeda seketika. Musa tahu telah tiba masanya untuk memulakan sesinya, sesi untuk membongkar kebenaran. Dia mengambil tempat di sebelah katil Firas.

"Firas, awak dah ready?" Soal Musa. Firas merenung kejap wajah Musa sebelum mengerling ibunya yang sedang berdiri di hujung katil. Seperti dapat mengagak apa yang difikir Firas, Dhani mengajak Farizah untuk keluar sebentar, ada sesuatu yang ingin dibicara olehnya.

Kini, tinggal Musa dan Firas sahaja disitu. "Awak tak nak mak awak tahu apa yang terjadi malam tu?"

Firas mengangguk kepala. "Jangan beritahu mak saya tentang apa yang saya akan ceritakan ni."

"Baiklah, saya takkan bagitahu." Musa memerhati wajah sugul Firas. Wajahnya bengkak di bahagian pipi dan bibirnya juga terdapat darah kering disitu. Musa tahu itu semua kesan dipukul oleh seseorang. Matanya beralih pula pada balutan di kepala Firas. Berdasarkan apa yang dikata oleh doktor, kecedaran di kepalanya adalah akibat daripada dipukul dengan objek yang keras.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 19, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KATARSISWhere stories live. Discover now