"Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un" Dia mengucap di dalam hati. Tanpa membuang masa di terus meneroka laman profil milik arwah. Mengikut perhatiannya dia tahu arwah kurang aktif di Facebook.

Selepas beberapa saat, Zarin berhenti pada satu gambar yang telah dimuat naik pada 5 tahun yang lalu oleh arwah. Zarin sekali lagi tergamam. Untuk seketika dia berasa bumi yang dipijak seakan berhenti berputar. Begitu juga nafasnya yang seakan tersekat di kerongkong. Well, life is always full of surprises.

"Rin? Bila masa kau balik?" Zhafran yang baru sahaja menyedari keberadaan kakaknya menyapa di muka pintu. Untuk beberapa saat tanpa jawapan, Zhafran mendekati Zarin yang masih asyik melihat gambar tadi di telefon.

"Zarin?" Tegur Zhafran lagi. Risau melihat kelakuan kakaknya itu.

"Aku dah jumpa pemilik nombor yang Firas suruh aku cari tu." Jawab Zarin sambil menunduk merenung skrin telefon ditangan.

"Ooh, nice!"

"Nama dia Mikhael. One of the Shutterbugz Club members." Zarin mendongak kepala, ingin melihat reaksi adiknya. Seperti dia sebentar tadi, Zhafran seakan tergamam seketika. Dia cuba menghadam kata-kata yang keluar dari mulut Zarin.

"Ma-macam mana kau tahu?"

Tanpa membuang masa, Zarin terus menghulur telefon di tangan lalu Zhafran menyambut. Pada paparan skrin telefon itu terpapar gambar sekumpulan manusia sedang tersenyum manis memandang kamera, dengan berlatarbelakangkan pantai. Salah seorang daripada mereka sedang memegang banner yang tertulis

SHUTTERBUGZ CLUB IN KEMBOJA ISLAND!

Zhafran menilik setiap raut wajah di dalam gambar itu. Dia berhenti pada sosok yang dirindui selama ini. Wajah abang sulongnya tersenyum manis menatap kamera. Zhafran mengetap bibir, entah kenapa terasa sebak.

"Yang mana dia?" Soal Zhafran.

"Sebelah kanan Abang Ariff." Zhafran terus mencari sosok yang dimaksudkan. Dari raut wajah lelaki yang bernama Mikhael ini, Zhafran mengagak lelaki ini mungkin sebaya dengan abangya.

"It's all connected"

"Connected? To what?" Berkerut dahi Zhafran sambil tangan menghulur kembali telefon kepada Zarin.

"Pembunuhan tu la"

"Tak kan, lah. Kebetulan je kot."

Zarin mendengus kasar sambil menatal skrin telefon. Kemudian dia menghulur kembali pada adiknya. Terpampang satu artikel yang baru dibaca tadi.

"Mikhael Abbas, mangsa kes rentung beberapa minggu yang lepas. Obviously, modus operandi yang sama. Ni masih satu kebetulan lagi ke, Zhaf?" Adiknya itu terdiam. Ada betulnya apa yang Zarin ungkapkan. Zarin pantas mencari nombor telefon Akid. Dia perlu berjumpa Firas!

••••••••••••••••••••

Satu minggu kemudian...

Mercedes Benz AMG C63 milik Dhani terletak elok di sebuah parking lot berdekatan Hospital Haji Ismail. Keluar sahaja dari kereta dia terus menapak masuk ke pintu utama. Langkahnya terhenti apabila ada satu suara lelaki memanggilnya. Dia menoleh ke arah punca suara. Terdapat seorang lelaki awal 40-an sedang berjalan ke arahnya. Lelaki tersebut hanya mengenakan baju T-shirt biasa bersama seluar jean lusuh kelihatan cukup santai. Melihat wajah itu, Dhani tersenyum mesra.

"Awal abang sampai." Ucap Dhani ketika mereka berjabat tangan.

"Macam kau tak kenal aku pula." Dhani tersengih mendengar jawapan lelaki itu. Bukan dia tidak kenal dengan rakan sekerjanya itu. Inspektor Musa, seorang yang sangat menepati masa dan sangat tegas. Sebab itu Dhani datang lebih awal dari yang dijanjikan kali ini, tidak mahu mendengar bebelan seniornya itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 19, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KATARSISWhere stories live. Discover now