Hani macam nak pusing pandang aku, tapi aku cepat-cepat halang, "J..jangan pusing. Kau hadap depan je. Aku warning ni..." aku bersuara tegas. Aku mula menanggalkan sweater yang aku pakai.

Fahmi jauhkan mikrofon dari mulut dia dan soal aku dengan marah, "Apsal taknak bagi dia pumping? Dia dah lambat, kan!" tapi aku buat bodo je. Aku hulur sweater pada Hani. Hani blur. "Guna sweater ni, tutup belakang" aku beritahu Hani. "Hoi,kau buat apa ni?" Fahmi separuh menjerit pada aku. Aku dekatkan diri dengan Fahmi, tangan aku masih hulur sweater pada Hani.

Aku bisik pada Fahmi. "Dia bo...." Aku agak serba-salah nak sebut. Aku tau Hani picingkan telinga,nak dengar. "Dia bocor.." Zasssss! Hani sambar sweater aku. Terus lilit kat pinggang, Hani nampak mula tak tentu arah.

"Kau stay sini." Aku beri arahan pada Hani,lalu cepat-cepat keluar dari dewan. Dua tiga saat kemudian, aku bawak masuk Mila. Mila datang, terus bawak Hani keluar. Bila Hani dah keluar dewan,aku cakap kat mikrofon.. "Tolong abaikan apa yang korang nampak tu. Dan,tolong jangan mention kat luar. Habis kat sini je. Tu aib." Harap budak-budak ni faham lah.

Apabila Hani sudah kembali dalam barisan senyap-senyap, kami teruskan dengan pembahagian group. Fasi lelaki lain pun dah cukup semua. Total semua fasi 20 orang. Kami akan dibahagikan ke dalam group. Budak-budak tu kira 1 sampai 20. Siapa yang nombor sama tu dikira satu group lah. Fasi pun nombor 1 sampai 20. Aku nombor 13. Budak-budak kena cari fasi yang sama dengan nombor group diorang. Aku tunggu je kat tepi dewan. Menunggu budak-budak datang kat aku. Buat apa aku cari diorang?

"Bang, abang nombor 4 ke?"

"Abang Affuan, fasi mana nombor 1?"

"Bang... kami tak jumpa lagi fasi nombor 9."

Aku geleng kan je bila bukan nombor aku. Kalau fasi lain, diorang main-main kan dulu bebudak ni baru lah bagitau diorang nombor berapa. Aku malas. Semua yang datang, semua takut-takut nak tanya. Maybe sebab aku duduk sorang-sorang kat sini, diorang fikir aku bossy.

"Kau 13 ke?" satu suara yang tidak bersopan-santun menyapa telinga aku.

Aku pusing dan pandang siapa yang menyapa aku. Hani. Hani nampak terkejut. Macam malu pun ada. Mungkin sebab kejadian tadi. "Haah. Kau 13 ke?" aku soal dia semula, lagak biasa saja. Padahal hati dah tak betul dah berdegup ni. Bercakap dengan crush nih. "Kami semua 13." Hani bercakap ringkas, dia panggil group dia yang tengah dipermainkan si Fahmi kat sebelah. 

Kemudian kumpulan kami duduk diam-diam di situ. Menunggu kekecohan di sekeliling tamat. Kadang-kadang aku try usha Hani senyap-senyap. Dia duduk jauh dari aku dan sembunyi sikit di belakang kawan dia. Dia malu tu. Siapa je tak malu dengan kejadian macam tadi?

Aku nampak dia tengah menulis sesuatu kat buku nota. Entah apa ditulisnya. Aku biarkan je lah. Kami semua pun duduk diam-diam je ni. Aku malas nak buat apa-apa. 

Pukul 5.30 petang barulah tamat sesi ice breaking yang tak berapa nak ice breaking. Aku just suruh ketua kumpulan tulis nama ahli. Bukannya aku kenal budak-budak tu semua kecuali Hani. Semua budak-budak dengan fasi dah balik. Aku saja lambat-lambat sikit keluar, nak tutup kipas dengan aircond. Masa  nak keluar, aku ternampak buku nota di atas kerusi luar dewan. 

Eh, bukan ni buku yang Hani dok tulis-tulis tadi ke? 

Aku taktau kenapa aku dengan shameless nya pergi selak dan baca. Aku masuk dalam dewan, nyorok sikit nak baca. Aku baca sekali imbas je. Ni macam diari tapi 'diari maki hamun'. Macam-macam benda dia tak puas hati dia tulis dalam ni. Pasal Fahmi tadi pun ada. Sampailah di entri terbaru dia.

Pasal aku. Aku?

Walaupun Fahmi tu cam anjing tapi bukan semua lelaki lahanat macam dia. Ada je yang baik. Contohnya macam si Affuan tu. Entah betul ke tak nama tu. Masa ice breaking tadi macam nak tak nak je dia perkenalkan diri. Tapi sumpah dowh baik gila dia tadi. Dia bagi sweater kat aku beb. Sebab aku bocor. MACAM MANA AKU BOLEH BOCOR BODO?! 

Damn seriously thank you Affuan. Dia lah penyelamat aku. Kan bagus kalau semua lelaki baik macam dia. Dah la hensem. Gentleman pulak tu. Hihihi.Masa aku tulis ni, aku jeling dia sikit. Harap sampai lah telepati aku berterima kasih kat dia ni. OMAIGOD DIA PANDANG! AKU KENA STOP MENULIS!

Aku tergelak. Patutlah tadi dia kelam-kabut simpan buku nota dia tiba-tiba tadi masa aku terpandang dia tadi. Aku sengih-sengih kemudian keluar dewan, nak letak balik buku tu kat kerusi luar dewan. Aku bertembung dengan Hani. Kami ter-eye contact. Aku terkaku. Hani cepat-cepat larikan pandangan. 

Hani tertangkap buku nota kat tangan aku.

"Oh..hai..ermm...nama kau Hani kan?" aku bagi soalan bodoh sebab dah cuak kantoi pegang diari dia. Ya Allah dah sah-sah la tu nama dia! "Haah..nama aku tu." Han nampak gugup, mesti sebab bercakap dengan lelaki one-on-one macam ni. "Aku nak pulangkan buku kau ni." Aku cepat-cepat hulurkan diari dia tu. 

Hani punya gap dengan aku sampai 2 meter. Aku hulur buku ni macam hulur pada angin. Hani merengus, dia melangkah sikit menghampiri aku dan ambil diari dia, kemudian dia cepat-cepat nak berlalu pergi. Aku teringat entri diari dia yang berterima kasih pada aku. Aku kena balas.

"Sama-sama"

Hani terhenti mengorak langkah. "What for?" soal Hani. "Erm...kan kau berterima kasih pada aku dalam tu? Aku balas lah." aku jawab dengan senyuman tak lekang dari muka. Harap boleh hilangkan gugup sendiri ni. Dada punya lah berdebar dari tadi. Aduhai..

Hani nampak terkejut sangat-sangat bila dia dapat tau aku dah baca isi diari dia. Muka dia memang terpana habis. Macam tak boleh terima reliti. Dia terus berlari menjauhi aku. Dia berlari tak pandang depan. "Hani! Hati-hati!" aku tak sempat nak bagi amaran yang ada van elok terparkir kat situ. 

"AHH!!" Dia langgar van kemudian rebah. Aku menghampiri Hani. Eh, pengsan ke? Dia fikir dia kena langgar van ke apa? Aku garu kepala. Alamak, apa aku nak buat?

--------

Pedihnya bila memori dengan  orang yang kita sayang menerjah minda bila dia dah tak ada. Ya Allah, aku rindu sungguh dengan senyum manis Han. Aku nak tengok dia gembira. Aku nak peluk dia bila dia sedih. Aku nak makan masakan dia yang sedap walaupun dia selalu kata "Masin terlebih sikit", "Tawar sikit lah ni"

Aku nak dengar suara dia lagi. Aku nak bermanja dengan dia lagi. Aku nak luang masa lagi dengan isteri aku itu. Aku menyesal terlalu sibuk dengan kerja sehinggakan sakit isteri sendiri tak diendah. Aku menyesal tak bagi perhatian yang lebih pada Han. Han merupakan satu-satunya permata hati aku. Dan kini dia sudah tak ada? Ya Allah, walaupun berita ini baru 5 minit aku terima, terasa sudah lama dia pergi. Kerinduan aku sarat sungguh.

Ya Allah, tolong katakan ini semua mimpi. Tolong lah... aku nak tatap wajah Hani Nur Adhiya lagi. Aku nak peluk cium Hani Nur Adhiya yang aku cintai sepenuh jiwa. Aku berjanji takkan lukakan dia langsung kalau diberi peluang kedua Ya Allah....

Air mata jantan aku tak mampu aku tahan lagi. Terhinggut-hinggut bahu aku. Kaki aku terasa lemah mahu melangkah mengikut doktor ini untuk urusan sijil kematian.

Siapa kat sini rindu Han? 😭😭😭

My Secret Diary: With HimWhere stories live. Discover now