Bab 59

1.2K 97 19
                                    

Affuan's POV

"Yang kau nak cepat-cepat ni kenapa Wan? Kita fasi lah, bukan budak-budak. Datang lambat pun tak apa." Fahmi mencebik. "Sebab kita fasi lah kena datang awal. Nak ke budak-budak tu maki kita dalam hati sebab datang lewat? Tak ke menyampah kalau fasi datang lambat tak apa, tapi kalau budak datang lambat, kena denda?" Aku menggeleng.

"Ya lah ya lah. Ni malas berdebat ngan kau. Membebel panjang." Fahmi berjalan sambil letak tangan belakang kepala. Kami sedang berjalan bersama menuju ke dewan di mana permulaan kepada kem 3 hari 2 malam dengan batch form 3. Ni first time batch form 4 yang conduct kem untuk form 3, selalunya form 5. Tapi disebabkan kem tahun ni lambat sikit diadakan, form 5 tak dibenarkan conduct kem ni, cikgu kata diorang kena fokus SPM.

Apabila kami sampai di dewan, secara kasarnya aku rasa semua dah sampai dah. Biasalah kem. Mesti semua nak sampai awal. Kalau tak, mesti kena denda. Masuk je dewan, kami pasang 'muka senior', baru lah budak-budak respect. Ceh, poyo lah.

"Korang je yang sampai? Mana laki lain?" Mila terus soal kami apabila kami menyertai bulatan fasi di atas pentas. Mila tayang muka garang, bercekak pinggang. "Mana lah tau. Nampak diorang ada ke dengan kitorang?" Fahmi tayang muka selamba, memang suka cari gaduh dengan Mila. "Kitorang nak prepare game kat luar dewan, korang handle budak-budak." Mila terus bagi arahan dan mengajak geng-geng fasi perempuan untuk keluar dewan.

Fahmi terus amik mikrofon dan acah-acah berkuasa. Malas aku nak join. Aku duduk kat atas pentas, kaki tergantung di udara sebab pentas ni tinggi. Aku perhati je lah si Fahmi ni conduct, aku taknak terlibat. Aku perasan Naemah baru masuk barisan, tercungap-cungap dia masuk barisan. Ngam-ngam je dia sampai. Si budak debat tu memang aku kenal sangat.

"Semua dah ada ke? Ada yang belum sampai?" Fahmi soal budak yang duduk depan sekali. Budak tu cuak, karang silap cakap kena maki dengan Fahmi. Fahmi ni dah la memang suka bantai budak. Budak tu terus bangun dan kira kawan-kawan batch dia. Dia bagi signal pada mana-mana budak perempuan untuk kira bilangan budak perempuan. Kemudian mereka berdua sahaja yang berdiri untuk mengira.

"Ada sorang lagi belum sampai. Hani Nur Adhiya." budak laki tu bagi laporan pada Fahmi.

Hani? Hani tak sampai lagi? Aku terjenguk-jenguk ke bahagian barisan budak perempuan. Haah la dia tak ada. Dia lah sebab utama aku rajinkan jugak diri untuk join conduct kem ni. Shhh jangan bagitau dia.

Tak berapa lama kemudian barulah muncul Hani. Dia jalan cepat-cepat dan masuk barisan kemudian duduk dalam barisan. Fahmi perasan akan kehadiran Hani, dia jerit di mikrofon, "Hani Nur Adhiya!" 

Muka Hani cemberut bila Fahmi panggil dia. 

"Datang depan, now!" hamboi Fahmi nak jugak ber-speaking. English pun C. Oops.

Han kelihatan mengeluh dan tak berpuas hati. Dia bangun dan berjalan ke arah pentas. Aku perasan muka budak perempuan semua macam nak beritahu Hani sesuatu dan menunjuk-nunjuk sesama sendiri. Yang lelaki pun dok jeling-jeling Hani bila Hani berjalan melepasi diorang. Apahal ni? 

Bila Hani dah sampai di depan, berdiri di sebelah Fahmi dan membelakangi aku, baru aku nampak apa yang diorang semua nampak. Hani... bocor. Aku terkejut. Aku nak buat apa ni? Mata aku dah tak boleh duduk diam. Rasa bersalah pulak duduk belakang dia ni.

"Kenapa lambat?" Fahmi soal Hani menggunakan mikrofon. Hani diam. "Jawab!" Fahmi menggertak. Hani mengalah dan menjawab, "Tidur tadi..."

"Pumping 30 kali sekarang! Depan semua orang!" aku boleh nampak senyum sinis Fahmi dari sisi. Apa ke gila Fahmi ni? Ish aku tak boleh biarkan. Fahmi ni bila datang bebal dia memang tak menyimpan-nyimpan. Aku turun pentas bila melihat Hani macam dah bersedia nak pumping, "Tak payah pumping." aku beritahu Hani.

My Secret Diary: With HimWhere stories live. Discover now