Bab 12

1.7K 107 15
                                    

"Kenapa tiba-tiba sangat ni, Han? Boleh terangkan?" Dia menyoal aku. Wajah dia penuh dengan kekeliruan dan kebingungan. Aku tarik nafas. Cuba atur skrip dalam fikiran.

"Aku rasa semua ni mengarut. Lamaran kau tu macam... tak betul." Aku bersuara.

"Saya pun rasa lamaran tu tak betul, sebab itu cara orang Barat. Ni sebab kita nak bincang pasal tarikh pertunangan. Kita jalin ikatan ikut adat kita."

"Tak. Tak....Bukan tu, Affuan.." Aku geleng. "Aku rasa cepat sangat lah."

"Benda baik elok dipercepatkan."

"Hish... kenapa kau nak cepat-cepat ni? Aku rasa tak selesa tau tak? Kau macam paksa-paksa aku."

"Oh... maafkan saya sebab saya macam ni. Saya... saya tak tau pulak awak tak suka saya macam ni. Saya cuma nak kita segera bersatu. Senang saya jaga awak..awak jaga saya..."

"Apa yang kau nampak kat aku sebenarnya?"

"Permata yang belum digilap."

"Hahh?"

"Saya dah perhati awak lama Han. Awak sangat cuba menjaga diri awak. Awak jaga aurat awak. Awak jaga batas pergaulan awak. Awak jaga agama awak. Awak ni memang seketul pertama yang sangat bernilai dan saya nak miliki awak Han. Saya mampu gilapkan awak dan jaga supaya awak sentiasa berkilau."

"Kalau aku cantik, aku takkan jadi macam sekarang."

"Maksud awak?"

"Aku tak cantik. Kau sendiri nampak dengan mata kau sendiri. Aku tak macam perempuan lain yang putih melepak.. pakai mekap lawa-lawa... pakai kasut tinggi... pakai baju bergaya... aku tak cantik macam perempuan lain.."

"Kenapa perlu jadi cantik macam perempuan lain? Awak cantik. You are the prettiest when you are you."

Aku terdiam sekejap. Nak sambung penjelasan tapi kata-kata dia tadi buat aku tergamam sekejap. Dia puji aku ke sekadar bagi motivasi tadi tu? Haih... Aku  tak boleh betul bila dia mula bagi ungkapan bak sutradara. Boleh cair wooo.

"Ehem... aku sambung balik. Disebabkan aku tak cantik, aku tak berharap yang aku akan disukai oleh mana-mana lelaki. Kalau aku cantik, dah lama aku pakai lawa-lawa. Bergaul dengan lelaki sana sini. Bercinta sana bercinta sini. Pegang sana pegang sini. Pakai baju ketat.. pakai tudung pendek. Tu semua aku tak buat hanya sebab aku tak cantik je, Affuan. Kalau aku cantik, kau takkan nampak Hani yang pakai baju longgar ni. Kau takkan kenal Hani yang pakai tudung labuh dan tak pernah couple ni. Kau takkan dapat."

"Then, apa masalahnya? Awak kata awak tak buat semua tu so case close. Awak jaga diri semua, kan? Tak kisah lah pasal awak cantik ke tak. Saya tengok hati awak, Han."

"Bohong."

Affuan terdiam. Dia yang tersenyum manis sepanjang berkata-kata tadi, terus termati senyum mendengar sepatah jawapan daripada aku. Dia pandang aku dalam-dalam. Air mata mula bergenang di pelupuk mata aku. Aku tak reti berhujah. Tu sebab aku tak masuk debat atau bahas masa sekolah dulu. Aku senang koyak. Tak macam Affuan atau Naemah, laju je mulut nak berhujah.

"Kau tau apa benda yang aku paling benci? Bila orang kata diorang suka aku bukan sebab rupa tapi sebab hati. Aku sangat-sangat tak percaya dengan statement tu dan aku amat benci benda tu. Bila aku mengadu kat kawan aku yang tak ada lelaki nak suka aku, diorang akan kata, "satu hari nanti akan ada lelaki yang tak pandang rupa kau. Lelaki tu akan tengok hati kau.". Pujukan dia langsung tak bermakna untuk aku sebab bagi aku lelaki tu tak wujud."

"Tapi saya betul-betul maksudkannya Han. Saya memang tengok hati budi awak Han. Saya tak bohong, sumpah!" Affuan angkat tapak tangannya dan menggayakan seperti berikrar. Aku geleng. Air mata yang seketul mengalir tapi aku cepat-cepat kesat. Cengeng betul aku ni. Affuan perlahan-lahan turunkan ikrarnya.

"Aku ada trust issues Affuan. Bila kau cakap yang kau suka aku sebab tengok hati aku, aku rasa sangat was-was dan ada something wrong. I mean... apa yang kau nampak baik sangat pada aku ni? Apa yang istimewa sangat aku ni kalau sekadar jaga diri jaga maruah jaga aurat semua? Banyak lagi yang lagi hebat daripada aku. Berpurdah lagi!"

"Han, tolonglah percaya yang saya memang suka awak secara overall. Luar dalam saya terima awak. Saya perlukan awak untuk percayakan saya. Atau paling tak pun... beri saya masa untuk buktikan yang saya ni bukan main-main. Saya serius. I only have my eyes on you."

I wasn't moved by your saying, bisik hatiku.

"Aku takut banyak benda pasal perkahwinan, Affuan. Komitmen, tanggungjawab, anak, masa, kewangan.... terlalu banyak. Aku tak bersedia untuk semua tu. Malah antara kita berdua pun saya sangat-sangat risau apa yang bakal berlaku di masa hadapan. Mungkin satu masa aku kemalangan dan lumpuh... kau akan tinggalkan aku? Atau lepas aku beranak, aku bertambah-tambah gemuk... lebih gemuk daripada sekarang ni? Kau boleh tinggalkan aku bila-bila masa sahaja Affuan. Atau paling teruk kau akan cari pengganti aku. Kau akan madukan aku.... Aku tak nak semua tu."

"Saya takkan pernah tinggalkan mahupun duakan awak,Han. I'll never do that. Oh, by the way. awak tak gemuk pun lah. Ideal apa."

"You can never say never. Human's feeling change according time. And what do you mean aku tak gemuk? Don't you see this double chin?"

Affuan tergelak. Hei aku tengah serius ni. Tengah bincang masa depan ni dia fikir kelakar ke apa.

"Sorry sorry. You look cute that way. Jangan serius sangat Han. Apa-apa yang berlaku semuanya Allah dah tentukan. Pasal saya nak tinggalkan atau menduakan awak tu... saya bukan jenis tu. Saya jenis stick to one thing. Too much to handle kalau banyak sangat dalam satu masa. Please Han. Awak bagi kepercayaan awak pada saya dan saya takkan hampakannya. You give your heart to me, and I'll keep it safely and gently..."

Mata kuyu dia memandang aku penuh pengharapan. Aku mengeluh. Aku pesan kat korang siap-siap, jangan cari lelaki yang pandai berhujah macam budak debat ke peguam ke... haa inilah jadinya. Dia pakai ayat yang buat aku terdiam.

"Nak tau apa lagi yang aku benci? Sweet talker."

Affuan tersenyum, "That wasn't just mere sweet talking, Han. Tu tulus ikhlas dari hati lah."

Astaghfirullah alzim... dia ni sungguh lah pandai buat hati riang gembira. Payah perempuan mudah cair macam aku ni dengar ayat-ayat macam ni dituju khas pada aku. Artis hensem nyanyi lagu jiwang pun aku rasa tuju kat aku, apatah kalau Affuan ni haaa. Fuh hati aku ni tak boleh bertenang ni.

"Okey..here Affuan. Now, the problem is not you. Masalahnya berada di pihak aku. Aku yang berprasangka buruk dan berfikiran negatif. Aku minta maaf."

"Okey so kira setel kan? Jom bincang tarikh pertunangan."

"Ya, memang dah setel. Tapi aku masih belum bersedia nak kawin,Affuan. Kita set apart for a while boleh tak? Bagi aku masa fikir masak-masak dulu. Bagi aku masa untuk stabilkan segala benda dulu, terutama emosi aku. Boleh?" Aku pandang dia. Dia tunduk sebentar dan kelihatan dia mengambil nafas dalam. Wuishh ambik ketenangan betul tu.

"Okey. Kalau itu yang awak nak. Saya ikut sahaja. Yang penting, kepercayaan sesama kita. Saya percayakan awak, dan awak percayakan saya. Kita jauhkan diri buat sementara waktu. But not for too long okay?"

"Iye... jangan risau lah. Aku pun suka kau so takkan aku lepaskan kau. Lek lek sudah." Ehhhhhhhhh??? Aku luah perasaan ke tu?

Aku tengok Affuan, Affuan tengok aku. Aku tengok kasut. Aku dongak balik. Affuan masih tengok aku. Aku pandang meja. Aku dongak balik tengok Affuan. Aku boleh nampak dia tersengih. YA ALLAH MULUT NI KANNNNN!

"Uhhh... aku balik dulu lah. Apa-apa wasap lah haha..." Aku bangun. Dia turut bangun. "Cincin ni awak simpan je. Sebagai tanda awak berjanji kita berjauhan sekejap ni untuk awak fikir masak-masak. Kalau cincin ni kat saya maksudnya kita putus. So, nah ambik balik."

Aku sambut kotak kecil baldu merah tu dan masukkan dalam beg tangan. Aku tunduk tanda pamit diri dan beredar. Sesekali aku jeling ke belakang dan ternampak Affuan menghantar aku pergi dengan pandangan mata. Tangannya dimasukkan ke dalam poket dan kaki disilangkan. Dia bersandar di dinding kafe kami berbincang tadi. 

Aku pandang ke hadapan. Menarik nafas kemudian menghembus nafas. Kasar. Dan berat sekali bunyinya. Kasihan Affuan sebab meminati perempuan komplikated macam aku ni.



My Secret Diary: With HimNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ