PROMPT_FIKSYENSAINS : 'Angkara_Wabak'

50 7 5
                                    

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.


Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.


#DUDUKRUMAH BERSAMA WATTPAD

25 APRIL 2020, 1101pm


TELEFON dicampak ke hujung katil, kedua tangan naik mencengkam kepala. Argghhh! Aku stress! Stress membaca berita terkini. Tentang covid-19 yang makin bertambah jumlah mangsa disahkan positif. Tapi berbangga dengan perjuangan frontliner-frontliner yang sanggup berkorban demi menjadi benteng depan mempertahankan negara dari wabak berbahaya.

Tapi bersambung stress atau paling stress membaca cemuhan, kata-kata hinaan yang jelas menggunakan 'lidah' tak bertulang. Memperkatakan golongan-golongan terbabit dengan bahasa cacian umpama diri tak pernah berbuat dosa! Seolah-olah manusia lain tak punya jiwa!

Argghhh! Stress!

Mata berkelip-kelip pandang siling. Kemudian dipejamkan sambil nafas dihela tenang. Aku perlu bertenang atau tak pasal sawan!

"Bella! Bella! Hey!"

"Bella!" Sayup-sayup suara itu kedengaran.

Jiran belah mana pulak yang baru pindah? Bella? Urgh! Bertambah stress.

"Hey Bell..." Serentak bahuku terasa digoncang.

Aku buka mata dengan rasa menyampah. Kemudian membesar dengan kadar segera. Kerana di depan mataku...

"Kenapa Bell? Okey tak?"

Aku kelu tak mampu berkata-kata. Kerana di depan mataku adalah... Edward Cullen?

Apakah?

"Bell, saya minta maaf. Penawar terbaru kita tak berkesan. Angie sudah mati."

"Apa... kah?" Aku tak mengerti sebelum memandang tapak tangan sendiri. Kemudian naik ke wajah diraba-raba.

Siapa aku sebenarnya?

"Kenapa dengan awak, Bell? Oh. Saya risau. Mari kita buat pemeriksaan..."

#DUDUKRUMAH BERSAMA WATTPADOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz