PROMPT_SERAM_3 : 'Siapa_Yang_Tegur?'

27 4 2
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


#DUDUKRUMAH BERSAMA WATTPAD

12 MEI 2020, 10.32pm


KEPALA menjenguk ke dalam. Mata memandang sambil hati tertanya-tanya, kenapa aku tak pernah tahu kewujudan tempat itu. Sedangkan aku bekerja di bangunan ini sudah memasuki tempoh 3 tahun.

Hati melarang namun kaki tetap melangkah seakan ada daya penarik. Saat tombol pintu yang dipegang terlepas, satu bunyi yang cukup kuat kedengaran.

Aku hampir melompat.

Kus semangat. Pintu itu tertutup dengan sendiri. Kacau!

Seketika aku kembali menumpukan perhatian pada ruang itu. Namun tiba-tiba roma terasa merinding seakan ada satu makhluk melintas.

Tapi takkanlah? Sekarang kan bulan Ramadhan. Syaitan dan hantu semua kena ikat. Kan? Namun rasa di hati kian menjadi sehingga aku membatalkan niat.


Aku : Takde apa tu.

Dia : Apa yang takde apa?

Aku : Mak!


Aku hampir melompat buat kali kedua. Saat berpaling, seorang perempuan sedang merenungku tajam dari sudut ruang.


Aku : Astagfirullah hal azim. Mak cik buat apa kat sini? Eh! Mak cik ni siapa?

Dia : Kau tu yang siapa? Kenapa masuk ke sini?

Aku : Kenapa? Ini bilik apa saya tak pernah tahu pun? Apa jawatan mak cik? Kenapa saya...


Ayatku tak ketemu noktah kerana mak cik tua tadi tiba-tiba mendekat di depan muka. Dan aku kembali merasakan sesuatu.

Seram giler!

#DUDUKRUMAH BERSAMA WATTPADWhere stories live. Discover now