PROMPT_FANTASI_3 : 'Lamaran_Cinta'

25 4 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


#DUDUKRUMAH BERSAMA WATTPAD

09 MEI 2020, 1248pm


ALANGKAH... bosannya hidup ini. Walaupun aku memang sekolah setakat SPM. Kemudian menjadi pembantu tok yang berjualan kuih, tapi hidup dalam keadaan sekarang, tidur, bangun, makan memang terasa membosankan.

Mata memang malas mahu dibuka. Satu makhluk tiba-tiba muncul pada pandangan. Aku kelipkan mata berkali untuk menghadam sebelum tersentak. Spontan tubuhku terbangkit dari baringan sebelum aku terjun dari katil dan bersembunyi.

Makhluk apakah itu? Sejak bila ada di sini? Kepalaku berpaling ke muka pintu bilik mahu memanggil kakak. Tapi satu suara yang tiba-tiba kedengaran menambah kejutan.


Gnome : Beauty. Jangan takut. Ini aku.

Aku : Aku? Siapa? Eh! Macam mana kau boleh bercakap?

Gnome : Ini aku Beauty. Xander.

Aku : Xander?


Gnome batuan itu tersenyum sebelum mengangguk. Aku teragak menghampirinya dengan selimut yang membalut diri.


Aku : Apa awak buat kat sini? Eh! Tak. Macam mana awak boleh jadi makhluk... batuan ni? Awak kena sumpah lagi?


Gnome kedengaran tertawa. Lebih tepat, suara garau Xander yang kedengaran.

Oh! Husky!


Aku : Awak buat apa kat sini? Macam mana awak boleh datang sini?

Gnome : Dengan bantuan White Witch.

Aku : Pulak? (Biji mataku naik ke atas.)

Gnome : Beauty, kenapa kau tinggalkan aku?

#DUDUKRUMAH BERSAMA WATTPADWhere stories live. Discover now