PROMPT_ROMANTIKA_2 : 'Bungkusan_Mengejut'

44 7 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


#DUDUKRUMAH BERSAMA WATTPAD

05 Mei 2020, 0933am


"Apa maksud semua ni?"

Wajah yang seketika tadi cukup ceria berubah cemberut. Sakit hati! Itu kali ketiga riben pengikat dileraikan namun sekali lagi aku bertemu kotak bungkusan. Ish! Main-main betul. Nasib baik kotak tu cantik. Kalau tak dah lama aku koyak-koyak rakus!

Sabar... sabar... Siapalah yang sengal main-mainkan aku? Tapi takpe. Husnuzon walaupun dalam keadaan negara yang bergolak. Huhu...

Kotak keempat dibuka dan kali itu baru bertemu isinya. Pergh! Benar-benar menguji kesabaran. Dan aku tergamam.

Tergamam melihat sampul-sampul surat yang cukup dikenali. Mana mungkin tak kenal kerana semuanya direka sendiri? Samentelah dengan tulisan yang melakarkan alamat seseorang. Seseorang yang telah membawa aku ke dunia khayalan walau tanpa kami bertemu dan berbicara.

Kidari Ajhussi.

Daddy Long Legs.

Enam bulan setelah mengalami kekecewaan kerana putus cinta, sementelah diri dihina kerana dianggap tak tahu malu ada hati nak bercinta dengan hot stuff kolej, aku alami kemurungan yang agak teruk. Boleh dikatakan hilang minat belajar sehingga nyaris diamuk Fikri.

Tapi kemunculan sekeping surat pada satu hari yang suram lalu diri bagai diserap aura kebangkitan. Bait-bait perkataan yang dikarang dengan tulisan tangan yang cukup kemas seperti memberi semangat baru untuk aku tidak terus jatuh. Lantas aku membalasnya dan ia terus muncul di dalam setiap situasi.

Kerana itu aku menggelar pengirimnya Daddy Long Legs. Seseorang yang sering memerhatikan kita dari jauh demi melindungi. Tapi kalau dalam bahasa kasarnya dipanggil 'stalker' terulung!

Okey. Dah! Cukup untuk intro. Soalnya sekarang kenapa surat-surat aku dikembalikan? DLL aku... yang tak diketahui sesiapa... dah tak sudi nak berutusan surat demi memberi kata-kata semangat?

Berutusan surat?

Perkara itu memang dah kuno, tapi bagi aku ia cukup menarik. Tapi... tapi... kenapa dipulangkan? Bahkan hadiah-hadiah yang aku pernah hantarkan ada sama.

ALLAH! Apa maksud semua ni? Kenapa aku merasakan kesakitan yang maha hebat mencucuk relung hati. Kenapa... DLL...

Tubuh aku jatuh terlentang ke katil sebelum mengereng ke kanan. Sakitnya hati tak mampu diluahkan.

Kenapa aku dapat rasakan yang aku akan kehilangan dia? Dan dalam tak sedar air mata merembes membasahi pipi.

Telefon yang berbunyi tak mampu mengalihkan perhatian sehingga nadanya mati. Ketika ia kembali berbunyi buat kali kedua, barulah menggagau aku mencari dari sebalik lambakan kotak pembungkus dan surat-surat lama. Namun mataku membesar spontan sebelum bangkit mengadap kotak tadi.

Telefon kembali mati nada panggilan. Entah siapa tak sempat aku nak tengok. Kerana tumpuan teralih pada satu kotak kayu yang cukup cantik. Seingat aku, tak pernah aku beri DLL benda tu.

Aku mencapainya dengan soalan di minda. Dan telefon berbunyi lagi.

'Mr. RYZ. xXx'

xXx sebab aku dah reject dia. Dengan kemunculan yang mengejutkan. Mujur aku tak pengsan. Tapi jemari seperti biasa tak pernah dapat ditegah melorek butang hijau.

"Just choose? KFC or pizza?"

Langsung tak ada mukhaddimah. Gelojoh!

"Tak nak!" jawab aku pendek sambil kotak tadi dibuka. Rupanya sebuah music box dengan irama yang mengasyikkan.

"Fariha, sila pilih? Saya atau DLL?"

"Awak?" Aku tersentak.

"You have promised me. Kalau tak DLL awak tu saya akan... tamatkan riwayat."

"Riyaz!"

"I miss you too, my sweet sugar plum."

Sweet sugar plum. Itu password kami.

Apakah?



#DudukRumah

RomantikaMY


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


*VOTE & COMMENT ARE VERY APPRECIATED*

_F R O M_M E_W I T H_L O V E_

_F R O M_M E_W I T H_L O V E_

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
#DUDUKRUMAH BERSAMA WATTPADWhere stories live. Discover now