PROMPT_FANFIKSYEN : 'Penghantar_Makanan'

65 9 5
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


#DUDUKRUMAH BERSAMA WATTPAD

22 APRIL 2020, 1055am


"KAKAK tak naklah. Umi tunggu jelah."

"Sekejap aje, kakak. Umi turun beli telur dekat kedai hujung tu aje. Lepas tu terus balik."

"Kakak tak naklah jumpa orang. Umi suruh dia letak dekat luar, eh? Sekarang covid memang khidmat dia macam tu. Tak perlu nak..."

"Kakak. Dah! Umi pergi kedai jap. Ni duit... umi letak kat sini." Sambil umi meletakkan jumlah secukupnya untuk membayar harga makanan nanti.

Aku yang beriya nak makan pizza. Bila dah order, umi suruh tunggu delivery boy datang tapi tak nak pulak. Perangai memang entah apa!

Sebab aku malu nak jumpa orang. Aku... pengidap kanser usus sejak empat bulan yang lalu. Masih menerima rawatan kemoterapi untuk membunuh sel-sel barah. Jadi faham-faham sajalah macam mana rupa aku.

Rambut? 24/7 aku bertudung walau di rumah sendiri.

Bukan itu saja. Kanser telah merebak ke hati dan paru-paru. Bulan depan aku akan menjalani pembedahan entah untuk kali ke berapa demi menghapuskan segala 'parasit' yang menghuni diri.

Ya ALLAH! Aku manusia biasa yang takutkan mati. Ampunkan diri ini...

Pintu rumah kedengaran diketuk dari luar lantas terhamburlah lamunan. Dah sampai! Jemariku menyapu cecair jernih pada hujung mata sebelum aku bangun dari kerusi menuju ke depan. Duit yang umi tinggalkan aku ambil sebelum pintu dibuka.

"Pizza is here." Delivery boy dengan helmet & visor kuning berdiri di depan muka pintu. Aku menghela nafas dalam sebelum membuka grill yang masih terkunci.

"Here you are." Dia menghulur. Aku menyambut berbalas duit bayaran tadi.

"Hey... could you please smile?"

Tiba-tiba. Aku angkat muka memandangnya dengan wajah cemberut. Ikut suka akulah nak senyum ke tak?

"Ha... dah sampai," suara umi menegur dari belakang. Dan abi ada sekali. Abang dengan adik aku juga.

Tiba-tiba kuasa dua!

"Boleh... saya... masuk." Delivery boy tadi bertanya dengan patah-patah perkataan yang kedengaran pelat pada hujung lidah. Sambil visor helmet dibuka.

Aku buntang biji mata. Ternganga. Dan air mata meluncur jatuh ke pipi.

Ottokei? Hyun Bin oppa!

Aniya! Igeos-eun modu kkum-ida. Kkum. Dream. Mimpi!


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"AINA. Mean punya mata yang cantik."

Huwaa... tangisan aku makin menjadi. Kerana oppa tahu maksud nama aku. Kedua kerana mata aku dah tak cantik. Kuning kes jaundis.

"Himneaseyo. Cheer up. Hwaiting and fighting for youself. For you life. Live. Jangan... putus... asa. I'm here. Na wasseoyo." Hyun Bin oppa terus memberikan kata-kata semangat. Dan senyuman yang tak lekang dari bibirnya membuatkan rasa di hati ini makin tak menentu.

Aku jatuh cinta!

Oppa... macam mana boleh datang sini?



"Umi, kalau boleh sebelum kakak mati..."

"Aina! Kenapa cakap macam tu?"

"... kakak nak jumpa Hyun Bin oppa." Tak endahkan kemarahan umi, aku menyambung. Kerana itu yang ada di dalam hati.

Dan umi menangis tersedu mendakap diriku yang baru tersedar selepas habis kesan .

"Umi... abi... terima kasih..." Aku mendakap umi erat sambil tangan dipanjangkan menarik abi sama.

"Umi dan abi dah tunaikan impian kakak. So sekarang giliran kakak tunaikan impian kita orang. Jangan lupa 'balik sini' lepas dah siap semua." Abang mencelah.

Aku meraung.

"Oppa... marry me, please..."

"Aina!" Ahli keluarga menjerit serentak. Terkejut.

"Kalau... ada... jodoh... kita." Hyun Bin tersenyum manis.



#DudukRumah

FanFiksyenMY


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


*VOTE & COMMENT ARE VERY APPRECIATED*

_F R O M_M E_W I T H_L O V E_

_F R O M_M E_W I T H_L O V E_

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
#DUDUKRUMAH BERSAMA WATTPADWhere stories live. Discover now