" Hmm , korang dah dapat maklumat tu ? " soal Farhan Adham dingin . Menanti jawapan dari si anak .

" Dah papa . Tapi kami tak confirm lagi betul atau tak . Last , telefon kakak berkelip dekat kawasan situ . Selepas 10 minit terus hilang . Kami tak sempat jejak dah . Telefon dimatikan ... " terang Darwin .

Menunjuk koordinat terakhir yang sempat mereka tanda semasa mengodam telefon milik Helina . Itu pun atas arahan Farhan Adham . Tab milik Darwin diteliti betul-betul .

Satu perkampungan yang jauh . Di kawasan pendalaman . Farhan Adham mengangguk dan menyerahkan kembali tab milik Darwin .

" Cari lagi . Situ kawasan hutan . Papa dapat rasakan orang tu sengaja matikan telefon kakak " ujar Farhan Adham tegas .

Darwin angguk . Mengerti arahan dari papa dia .

" Selain tu ada apa-apa maklumat tambahan ? " .

Hanz terdiam seketika . " Tak ada papa . Tu je kami dapat buat masa sekarang ni ... " Hanz menjawab .

Farhan Adham angguk . Dua memberi isyarat supaya dua anak bujang dia beredar . Medina masih tidak puas hati . Baru ingin dia membuka mulut , bibir dia terlebih dahulu dikucup singkat oleh Farhan Adham .

Mengecil mata dia memandang si suami .

" Shh ... abang tahu macam mana nak cari Ara . Awak jangan risaulah " pujuknya lembut . Memeluk tubuh Medina erat .

" Abang yakin Ara boleh jaga diri " .

Melina mengangguk saja . Dia percaya suami dan dua anak bujangnya itu . Kehilangan Helina masih tiada titik noktah lagi . Semua digiat mencari punca kehilangan gadis itu secara tiba-tiba .

♤♤♤

Seperti biasa , Helina terjaga apabila dikejutkan secara kasar oleh pengawal yang berjaga di luar biliknya . Helina mendengus tidak puas hati . Sudah lah dia kedinginan malam semalam . Tidur di atas lantai . Badan dia memang sakit dan sengal .

" Makan ! " arah lelaki itu kasar . Menolak dengan kaki dulang berisi makanan untuk gadis tahanan bos mereka itu . Helina mencebik bibir .

Ada bungkusan nasi dan satu plastik teh o ais . Lelaki itu mencangkung di hadapan Helina . Membuka ikatan di tangan dan kaki gadis itu . Helina mengusap pergelangan tangan dia . Merah dan melecet .

" Kejap lagi bos datang . Baik kau cepat ... " arah lelaki itu dingin . Dia duduk bersandar di dinding sambil memerhati Helina .

" Terima kasih " ucap Helina pada lelaki itu .

Lelaki itu tidak membalas . Sebaliknya dia mempamerkan riak dingin dan serius . Penuh lahap Helina makan nasi goreng kampung itu . Perut lapar dari semalam lagi . Bau aroma nasi goreng itu cukup membuatkan perut dia bergelodak meminta isi .

" Erk ! Alhamdulillah ... " sedawa Helina kuat . Tanpa rasa malu atau segan pada lelaki itu .

Dia memberi bekas yang telah kosong pada lelaki itu . Helina bersandar sambil mengosok perutnya . Kekenyangan . Rasa nak tidur pula .

" Woi cepat ! Bos dalam perjalanan ... " tegur rakan dia diluar . Mengawal jika ada mata-mata memandang tindakan mereka .

Kerana Qays melarang sesiapa pun untuk tidak memberi makan pada Helina . Tetapi Helina yakin , Mattias yang memberi arahan pada dua lelaki di luar yang ditugaskan menjaga sel kurungan dia .

ZARA HELINA | C | ARS •8•Where stories live. Discover now