Hari ni cadangnya nak mulakan operasi mengganggu hidup si lelaki dingin.

"Yunjae, kamu nak ke mana? Kan cuti?" tanya si emak yang sibuk bermain dengan permainan video. Amboi maklum lah makcik makcik zaman modern ni memang tak kenal dek usia.

"Ada mission. Nanti Yunjae roger roger eomma okay. Annyeong!"

Pantas dia berlari keluar melepasi pintu rumah. Tubuh disandar pada dinding sambil berpeluk tubuh menanti sehingga lelaki tu keluar. Lama jugak dia tunggu, hampir setengah jam. Sebelum tu sempat dia buat tour ke instagram, youtube dengan weverse.

Kedengaran bunyi pintu dikuak, akhirnya muncul susuk tubuh figura yang dinanti nanti.

Yunjae mengukir senyuman lebar.

"Annyeonghaseyo Encik Kim Taehyung. Heee, macam mana hari awak? Menenangkan? Kusam? Sendu?" dia mula mengekori lelaki itu tanpa disuruh. Taehyung macam biasa lah palau dia, apalagi dia boleh buat. Memang itu yang dia cadang kalau dia terpaksa bertembung dengan gadis polos tu.

Yunjae tersenyum palsu sambil memegang dada, sabarlah wahai diri ini semua dugaan. Bisiknya dalam hati.

"Nak dengar cerita tak? Semalam lepas balik jumpa awak tu saya terjatuh longkang. Peh sumpah sakit ilorr. Tapi okay je, mungkin sebab broken sangat awak tak layan saya." ayat dia seperti biasa masih di palau walaupun mereka dah keluar lif.

Taehyung menuju ke kereta agam hitamnya, punat kunci ditekan berbunyi. Gadis itu dalam diam mengekori seraya terbongkok bongkok tanpa deruan tapak kaki. Tak nak bagi dia perasan punya pasal. Pintu kereta bahagian tempat duduk penumpang dibuka, dengan kelajuan maksima Yunjae menerjah masuk ke dalam kereta tersebut.

"Yah!" jerit Taehyung yang terkejut dengan kehadiran Yunjae yang dah macam penjenayah tu.

"Hehee, eleh kasi ah tumpang. Awak ni kedekut ek?"

Mata dia terkebil kebil jengkel, "Keluar. Jigeum."

"Shireo." gadis itu menarik tali pinggang kemudian dikunci sendiri sesambil berpeluk tubuh. "Saya takkan keluar selagi awak tak nak tumpangkan saya."

"Michin yeoja." cemuh lelaki itu perlahan. Dia tak ada pilihan selain hidupkan enjin kereta, tak cukup masa kalau dah tambah dengan melayan karenah budak perempuan tu.

"Hehe macam tulah ciri ciri jiran yang baik. Okay awak ikut je tau jalan yang saya suruh awak belok. Ha nanti kita sampai dekat tempat tu. Awak bawak jangan laju laju tau. Biar lambat asal selamat. Agituh." tak henti henti mulutnya bercakap.

Taehyung menghela keluhan perlahan. Sepatutnya dia tak ada urusan dengan minah ni tapi nak buat macam mana sekali sekala kena lah juga ikutkan.

"Huh?" Taehyung mendekatkan tubuhnya pada stereng kereta hanya untuk menjengah tempat yang mereka sudah tiba, "Dah sampai. Turun."

"Yey!" Yunjae membuka tali pinggang miliknya, namun dengan pantas dia turut menekan butang tali pinggang Taehyung supaya terbuka tanpa lelaki itu sedar. Cepat cepat dia berlari keluar dari perut kereta untuk buka pintu kereta Taehyung.

"Tak terima kasih pulak tu." omelnya perlahan. Sebaik sahaja dia ingin menarik gear, gerakannya terbantut.

"BAA! Hah! Alang alang dah sampai sini jom ah turun!" Yunjae menerpa lelaki itu sehingga badannya turut tersentak kuat. Kedua tangan lelaki itu ditarik sepenuh hati walaupun dia enggan.

The Starry Sky + kthWhere stories live. Discover now