Jared tanpa menghiraukan hujan yang lebat turun itu terus berlari ke arah Sera lalu dipeluk tubuh Sera erat.

"Mana kau pergi? Kau tahu tak aku risau?" Jared mengetatkan pelukannya pada tubuh Sera namun Sera hanya diam malah langsung tiada tandanya untuk membalas pelukan jejaka tersebut.

"Kenapa, Sei? Kenapa?"

Sera mengemam bibirnya bagi mengelakkan dirinya menangis lagi. Dia sudah penat menitiskan air mata dengan banyak usai ditinggalkan oleh Noah sebentar tadi.

"Hey, kenapa ni? Kau tak suka ke aku turun ke bumi? Aku boleh jaga kau, Medusa."

Jared meleraikan pelukannya pada tubuh Sera lalu dia mengelus lembut wajah milik Sera itu. Sera mengangkat wajahnya memandang Jared.

Dia rasa bersalah terhadap lelaki di hadapannya itu. Lelaki ini baik sangat namun, dia hanya tahu hancurkan hati lelaki itu.

Sera menepis perlahan tangan Jared yang mengelus wajahnya itu lalu menundukkan kembali kepalanya memandang tanah.

"Maaf, Sei. Saya terbawa emosi pula dengan awak. Saya minta diri dulu. Saya penat."

Sera tanpa memandang ke arah Jared semula terus sahaja melangkah meninggalkan Jared di tengah hujan itu. Jared memandang Sera dengan wajah yang sayu.

Dia tidak tahu apakah yang membuatkan wanita itu bersedih namun dia dapat rasa wanita itu memang penat. Suara wanita itu bagaikan penuh dengan perasaan ingin berputus asa.

Tiba-tiba, seseorang memunculkan diri di belakang Jared, melihat Jared lalu dialihkan pula pandangannya ke arah Sera yang sedang berjalan masuk ke dalam rumah agam itu. Pandangan kembali dilekapkan pada Jared.

"Kau memang tak pernah berputus asa kan, Sei?"

Terus sahaja wajah Jared dialihkan ke arah gerangan yang sedang bercakap dengannya itu. Terbuntang matanya melihat gerangan tersebut, tidak percaya.

"Athena? Apa kau buat dekat sini?" Soal Jared terhadap wanita di hadapannya itu iaitu Athena ataupun namanya di bumi, Mia Kate Lee.

"Kau rasa apa? Aku nak selamatkan kau dari patah hati, Sei. Sampai bila kau nak kejar cinta dia yang mustahil nak dijadikan milik kau?"

Mia berkata sambil menatap lama wajah Jared. Matanya penuh dengan kekecewaan akan kelakuan lelaki itu yang tampak sia-sia baginya.

"Bukan urusan kau, Athena. Tolong jangan masuk campur urusan aku dengan Medusa." Jared mengalihkan pandangannya daripada terus memandang ke arah Mia.

Mia tersenyum nipis apabila jangkaan akan balasan daripada Jared itu memang betul-betul seperti jangkaannya. Dia kemidian bersuara kembali.

"Tolonglah, Sei. It's already been nearly 500 years, Sei. Dia takkan pernah pandang kau. Dia cintakan seseorang dan yang pasti, orang itu bukan kau."

Jared mengangkat terus wajahnya memandang ke arah Mia, tidak percaya. Tak mungkinlah.

"A-apa kau merepek ni? Tak mungkinlah Medusa ada sukakan seseorang. Dia tak nampak macam tu pun."

Hujung bibir milik Mia terangkat sebelah, sinis sebelum dia menjawab kembali terhadap balasan daripada Jared.

"Macam mana kau tahu? Kau tak pernah pelik ke kenapa dia masih tidak menerima kau setelah apa yang kau korbankan buat dia selana hampir 500 tahun kau mengejar dia?"

Jared terdiam. Athena betul-betul ada point tentang perkara itu. Namun, Jared tak pernah berfikiran negatif. Dia selalu memberi semangat kepada dirinya bahawa Medusa masih tidak mampu membuka hatinya buat sesiapa lagi. Dia tahu masanya akan tiba. Ya, dia yakin.

"Sudahlah. Ada baiknya aku masuk daripada melayan kau yang asyik bercakap benda-benda mengarut."

Mia hanya memandang ke arah Jared yang sudah berjalan meninggalkan dia dan kemudiannya hilang di sebalik pintu utama rumah agam tersebut.

"Kau akan menyesal jika kau tahu siapakah gerangan yang bertakhta di hati Medusa, Poseidon. Dan, aku akan pastikan aku berjaya tarik perhatian kau dan memiliki cinta kau sebelum kau rasa macam mana perasaan patah hati sepertimana aku rasa apabila melihat kau bersama Medusa."

•••

Amacam geng? Setakat ni ff ni masih menarik ke dekat mata korang? Idae rasa hambar tapi Idae sambung je😂

-

Questions of the day ;

1) Medusa suka siapa sebenarnya?

2) Hades sebenarnya masih ada perasaan dekat Poseidon lagi ataupun tidak?

3) Rasanya Athena ni baik ke jahat?

-

Jawablah. Idae nak tengok macam mana korang faham cerita ni. Hehe. Sayang korang. Muah💜

|√| The Satan's Promises - KTHWhere stories live. Discover now