Meskipun sekarang hanya pandangan, ia mampu membunuh Yunjae. Tak sengaja gadis itu tersedu.

"Kalau kau nak lagi, kau terpaksa lah tunggu lagi lima tahun." usik suara husky itu berselitkan sengihan jahat di hujung ayat.

"Y..Yah jugullae?!"

************

Hari ini merupakan makan malam terbesar keluarga Kim. Mahu tak bahagia selepas mendengar jawapan daripada bakal anak tiri perempuannya yang gadis itu bersetuju menerima mereka berdua menjadi sebuah keluarga besar. Taehyung yang barusan balik mengalih perhatian semua orang ke arahnya. Lelaki itu merengus keluhan kesal. Dia dah letih dan tak larat nak hadap semua benda ni.

"Eoh Taehyung-ah! Duduk sini. Appa ada benda nak bagitahu kamu."

Taehyung cuma berjalan malas, "Gwaenchana. Dah tahu. Teruskan, Tae nak berehat." kata katanya membuatkan senyuman bakal emak tiri memudar. Asumi cuma menjengil tidak kisah, dia pun dah mula kenal sifat lelaki dingin tu macam mana.

"Kim Taehyung."

"Bwo?"

Kim cuba mengawal dirinya dari merosakkan suasana yang baik, "Tak boleh ke sekali kamu terima appa? Kita akan ada keluarga baru, kamu tak nak buang kisah silam?"

Taehyung berdecit, "Dah lama buang kisah silam. Kalau abeoji nak tahu, kisah silam Tae ada abeoji, eomma dengan zaman korang berdua masih bersama."

"Apa pun pilihan kamu, kita tetap akan ke Jepun. Appa dah selesaikan urusan pertukaran tempat kerja ke Jepun, hal sekolah kamu pula kita akan pindah selepas kamu habis paper terakhir nanti."

Lelaki dingin itu tidak membalas, dia langsung masuk ke dalam biliknya seraya sengaja mengeluarkan bunyi hempasan yang kuat. Tersentak mereka yang diluar, sesekali keluhan berat dihela lelaki separa abad itu. Untung dipujuk bakal isterinya.

Manakala Asumi, menikmati makanan tanpa menghiraukan apa apa.

*************

"Daebak daebak! Kim Tae kita kena try naik benda ni!" Yunjae menarik pergelangan tangan lelaki yang sudah ingin muntah itu ke sana ke mari. Mencuba pelbagai jenis permainan memandangkan Taehyung mengajak gadis polos itu ke taman hiburan. Tapi dia dah mula kenal erti penyesalan setelah hampir meluangkan masa beberapa jam di sini.

"Yah. Awak dah pening ke? Chill lah! Banyak lagi ni kita belum try! Membazir je duit tiket kalau kita tak cuba semua!"

Tak sempat Taehyung nak bukak mulut Yunjae dah tolak tubuh lelaki tinggi lampai itu masuk ke dalam lorong roller-coaster. Kepalanya menggeleng laju cuba meraih tangan Yunjae yang terlalu hyper.

"Shireo."

Bibirnya dimuncung kesal, "Ala! Tak syok ah dia ni."

"Ini bukan yang aku harap." ujar Taehyung separa dengar. Apa yang dia harapkan, dia dapat berjalan berduaan dengan tenang. Meluangkan masa seiringan seraya makan, bercerita, buat perkara perkara yang jarang mereka buat bersama. Terlihat romantik.

Tapi lain pula yang jadi.

"Eoh! Eoh! Senapang tin!" jerit Yunjae yang masih hyper, dia langsung tak cuba untuk faham apa yang Taehyung ingin sampaikan.

"Yah!" Taehyung tak dihirau. Lelaki itu menguak rambutnya, kesal. Tapi dia masih mengekori gadis bingai itu dari belakang. Tangannya bercekak pinggang cuma memerhati apa yang cuba dilakukan.

"Eoh Kim Tae, kalau saya gagal. Awak tolong tau. Saya nak keychain tu." bibirnya dimuncung ke arah keychain yang tergantung.

Lelaki itu menyentuh keychain tersebut, ada wajah lelaki asing yang tak dikenalinya.

"Huh sape ni."

"Jeon Jungkook. Bias saya, dia handsome tau! Dah lah suara merdu! Comel pulak tu! Saya dah lama kumpul keychain dia, saya nak!" Yunjae mengangkat senapang mainan miliknya. Anak mata fokus pada tin tin yang tersusun di atas rak.

Taehyung mencemuh jengkel, "Aku lagi handsome."

"Ala.. tak jatuh. Satu lagi!"

Dengan gaya cool Taehyung mengganti tempat, dia menolak gadis itu menggunakan satu jari sambil bertukar tangan. Kini senapang menjadi senjata rasmi. Lagaknya yang tenang berjaya menjatuhkan satu per satu tin tanpa terlepas atau tersisa satu pun. Terbuntang mata Yunjae melihat aksi luar biasa daripada lelaki dingin tu.

"Daebak!"

"Tahniah, kamu boleh ambil dua mainan ya." kata si penjaga gerai mainan tersebut.

Gelojoh Yunjae terus ambil dua keychain Jungkook. Dia menghulur satu kepada Taehyung yang tak berminat.

"Tak nak."

"Ish simpan je lah. Mana tahu nanti awak jumpa dia dekat real life? Awak jangan ingat benda benda macam tu tak berlaku tau!" kata Yunjae tak semegah.

"Kalau jumpa pun, nak suruh aku kasi benda ni? Eo eo Jungkook oppa~ Jungkook oppa~ macam tu?" mimik Taehyung membuatkan Yunjae rasa nak tendang dia.

"Ish! Banyak cakap." keychain itu dia seluk ke dalam poket seluar Taehyung, "By the way, Jungkook tu lagi muda dari kita okay! Ish tak adanya saya nak ber-oppa oppa. Dah jom! Kita naik benda tu pulak!"

"Y..Yah Yundo!"

************

Langit kian berubah gelap. Walaupun angan angan Kim Taehyung menginginkan temu janji yang lebih romantis gagal, dia tetap gembira dapat luangkan masa dengan gadis itu. Tepat jam 9 mereka menunggu pertunjukan bunga api yang akan dipasang pada setiap hari dan waktu yang sama.

Semua orang mula melihat ke langit yang kini ditemani warna warni bunga api. Bintang tidak kesepian lagi.

"Cantiknya!" Yunjae sibuk mengambil gambar, dia tak lupa juga untuk ambil gambar mereka berdua bersama.

Tanda kenangan.

Taehyung menguntum senyuman mekar dalam diam, dia berdehem membetulkan pita suara. Tangannya meraih tapak tangan Yunjae kemudian diseluk bersama ke dalam coat miliknya. Berdebar debar tak keruan. Dia cuba mengawal senyumnya sendiri. Malu.

"Gomawo. Saya happy sangat hari ni. Walaupun saya still tak boleh terima awak akan pergi tak lama lagi. Tapi saya tak nak fikir benda tu sekarang." ujar Yunjae seraya mendongak memandang lelaki itu.

Taehyung masih dengan lagak tenangnya, "Aku pun. Nanti kalau aku tak ada, kau jaga diri. Jangan cuai, jangan cepat putus asa, jangan bertindak melulu. Arraseo?"

"Janganlah cakap macam tu.. saya nak nangis.." hidung sudah mula kembang kempis.

Lelaki itu menghadap Yunjae sepenuhnya, berhadapan seraya menyatukan tangan mereka berdua. Erat. Dia tak ingin lepaskan peluang yang indah sebegini atau mungkin dia akan terlepas selamanya. Nafas ditarik sedalamnya sebelum dihela.

"Aku nak tanya sesuatu."

Yunjae mengangguk laju, "Eung, apa?"

"Narang sagwillae?"

________________________

means: will you go out with me? (be my girl)

__

The Starry Sky + kthWhere stories live. Discover now