A N G G U N A D H I Y A 0 4 💛

4.6K 226 4
                                    

2 bulan sudah berlalu, segalanya berjalan seperti biasa. Anggun tak berjumpa Affan, Affan tak berjumpa Anggun.

"mana?? "soal Amisya kepada Anggun yang sedang melangkah turun dari tangga.

"macam biasa la. Rumah mama aku. "kata Anggun

Amisya mengangguk.

"ikut tak?? "soal Anggun

Amisya menggeleng

"aku nak duk rumah. Lepas maghrib nanti aku nak jumpa Azil. "kata Amisya

"eleh, macam dia sorang je ada boyfriend. "kata Anggun

"suka hati aku la. Boyfriend aku. "

"okay la. Gerak dulu. "kata Anggun

Amisya mengangguk.

💛💛💛💛💛💛💛💛💛💛

Kereta di pandu masuk ke dalam garaj kereta.

Anggun terus melangkah keluar dari kereta. Pintu utama rumah mamanya dituju.

Masuk sahaja, kelihatan Indah sedang mengemas meja kopi yang berada di ruang tamu.

"siap datang?? "soal Anggun

Matanya terarah pada beberapa cawan yang ada di dalam dulang yang di pegang Indah.

"manusia. "kata Indah

Anggun menjeling adiknya. Indah terus melangkah ke dapur.

Beberapa ketika kemudian, Puan Wahida muncul di ruang tamu.

"siapa datang ma?? "soal Anggun

Puan Wahida tersenyum.

"jom, duduk sana. "ajak Puan Wahida. Dia terus menuju ke arah swimming pool. Punggung dilabuhkan di kerusi yang berada di tepi kolam.

Anggun hanya menurut.

"ma, kenapa?? "soal Anggun

"Anggun kata, Anggun akan buat apa saja permintaan arwah papa kecuali masuk kerja dekat syarikat papa kan?? "soal Puan Wahida

Anggun mengangguk.

Puan Wahida menghulurkan sesuatu yang dipegangnya dari tadi.

Kotak kecil itu diletakkan di atas meja yang di apit kerusi yang diduduki Puan Wahida dan Anggun.

"cincin?? "

"haik, macam mana tahu?? "

"dah kotak merah bentuk love macam ni sah sah cincin. Kenapa mama bagi cincin dekat Anggun pulak ni?? "soal Anggun sambil mencapai kotak itu.

Kotak dibuka dan terlihatlah sebentuk cincin yang cantik.

"cantik. "puji Anggun

"cantikkan. Itu bukan mama yang kasi. Tapi kak Rayn. "

"hah!?! Kenapa kak Rayn pulak yang kasi?? "

"sebagai tanda Anggun jadi adik ipar dia. "

"hah!?!? "terbuntang mata Anggun dibuatnya.

"ye, adik ipar dia. "kata Puan Wahida selamba

Anggun mengerutkan dahi.

"kejap-kejap. Nazhan macam mana?? Anggun kan dah bertunang dengan dia. "kata Anggun

Puan Wahida terdiam.

"macam mana ma?? "soal Anggun

"ikut Anggun la. Pilihan kat tangan Anggun. Kalau betul Nazhan tu lelaki yang baik. Go on. "kata Puan Wahida.

ANGGUN ADHIYA ✔️Where stories live. Discover now