A N G G U N A D H I Y A 1 9 💛

4.9K 226 10
                                    

"akak nak korang berdua pergi honeymoon. "kata Rayn

Serentak itu, Anggun dan Affan memandang Rayn.

"dah kenapa pandang macam tu?? "soal Rayn.

"kitorang... "

Baru sahaja Affan hendak membantah, Rayn sudah memotong

"tak ada bantahan. Akak dah beli tiket flight ke Sabah. So, pergi. Tak ada alasan. Tarikh flight 3 hari lagi. "kata Rayn.

Affan dan Anggun terpaksa akur.

Dalam perjalanan balik, keduanya senyap. Tiada siapa membuka mulut, tiada siapa bersuara.

Sampai sahaja di rumah, Anggun terus menuju ke tangga namun langkahnya terhenti bila Affan menahan.

"apa?? "soal Anggun.

"kau okay ke nak pergi sana?? "

"saya okay je. "kata Anggun

Seketika, dia melihat Affan yang turut memandang ke arahnya.

Lalu dia berpaling hendak naik ke atas namun sekali lagi langkahnya terhenti bila Affan mengungkapkan satu ayat.

"aku minta maaf. "kata Affan

Anggun berpaling. Memandang Affan yang berada 5 anak tangga jauh darinya.

"awak tak buat salah dekat saya. Kenapa nak minta maaf. "kata Anggun dan terus menuju ke dalam biliknya.

Affan masih lagi ditangga.

💛💛💛💛💛💛💛💛💛💛

Hari yang dinanti tiba, tak ada la dinantikan sangat.

Affan dan Anggun berjalan seiringan masuk ke kawasan airport.

Affan menolak troli yang menempatkan beg mereka. Beg Affan satu je, Anggun sampai 3. Satu bagasi, satu beg jinjit saiz besar dan satu lagi bersaiz kecil.

Memang PEREMPUAN.

Anggun berjalan di sebelah Affan.

Secara tiba-tiba, seseorang menyapa Affan dari belakang.

"woi, terkejut aku. "kata Affan.

Raiz tersengih.

"fly mana?? "soal Affan bila terlihat Raiz mengenakan pakaian lengkap juruterbang.

"nak balik dah bro. Baru lepas fly NY. "kata Raiz

"uuu, NY. "

"yang kau? Baju biasa je, honeymoon?? "kata Raiz

Anggun dilihat. Anggun hanya tersenyum sedikit.

Affan diam.

"honeymoon la tu. Mana?? "

"Semporna. "

"good luck. Aku gerak dulu. Balik nanti lepak jom. Lama tak lepak dengan suami orang ni. "kata Raiz

"aku okay je, kau tu banyak alasan. "kata Affan

Raiz tersengih.

"okay bro, gerak dulu. "kata Raiz lalu bersalaman dengan Affan.

Pergi sahaja Raiz, mereka terus bergerak ke balai pelepasan.

Di dalam kabin,

Mereka hanya mendiamkan diri. Memang jarang mereka bercakap.

"nanti sampai sana... "Affan mula membuka bicara.

Anggun memandang Affan.

"sampai sana?? "

ANGGUN ADHIYA ✔️Where stories live. Discover now