A N G G U N A D H I Y A 2 9 💛

6K 238 44
                                    

Anggun, Indah dan Yusuf melangkah masuk ke dalam mall.

"Yusuf nak aiskrim tak?? "soal Indah

Yusuf mengangguk.

Langkah terus diatur ke arah kedai aiskrim yang terdapat disitu.

Anggun mengambil tempat di sebuah kerusi yang terdapat di kedai itu sementara Yusuf dan Indah sedang memilih aiskrim.

Sedang leka Anggun scroll instagram, dia terasa seperti diperhatikan.

Wajah di angkat dan mata memandang sekeliling.

Tak ada siapa pun yang memerhatikan dia. Semua buat hal sendiri. Tapi, dia rasa ada orang perhatikan dia. Dia memang rasa benda tu.

Tidak mahu mengambil peduli, Anggun terus fokus pada phonenya.

Beberapa minit kemudian, Yusuf datang bersama Indah dengan 3 cup aiskrim.

"ibu nye. "kata Yusus sambil menolak 1 cup aiskrim kepada Anggun.

"thank you sayang. "kata Anggun.

Aiskrim mula disuap ke dalam mulut.

"lepas ni nak pergi mana?? "soal Indah.

"mamam. "kata Yusuf.

"mamam je kerja. Gemok nanti baru tahu. Before keluar tadi, sepinggan nasi goreng nanny Yusuf dah melatak. Nak makan lagi?? "kata Anggun.

Yusuf membuat muka sedih.

"eleh, ingat comel la tu?? "soal Anggun.

Yusuf memandang Anggun dengan pandangan berharap agar dia boleh makan lagi sekali.

"ye la, kita makan. "kata Anggun.

"yeayyy! "sorak Yusuf dengan senyuman di wajahnya.

Anggun hanya menggeleng.

"mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi kan?? "kata Indah

"means?? "

"tengok la Yusuf. Suka makan. Macam mak dia la. Suka makan. Gemuk. "kata Indah

Anggun menjeling adiknya.

"kau cakap sekali lagi, aku tinggal kau kat sini. "

"hek eleh, aku bukan budak kecik bawah umur yang kau boleh tinggal-tinggal. "

Anggun hanya mengiyakan kata-kata Indah.

💛💛💛💛💛💛💛💛💛💛

Affan melangkah masuk ke dalam kafe tempat yang dikatakan Melina untuk berjumpa.

Masa dia nak keluar pergi rumah Puan Wahida, Melina call dia. Katanya nak jumpa.

Dapat sahaja menangkap kelibat Melina, Affan terus mengambil tempat di hadapan wanita itu.

"assalamualaikum. "kata Affan.

"waalaikummussalam. Sampai pun, ingat tak nak jumpa saya dah. "kata Melina.

"eh, apa pulak macam tu. Kenapa awak nak jumpa saya?? "

"awak ada masalah dengan Anggun ye?? "soal Melina.

"macam mana awak tahu?? "

"betullah apa yang saya fikirkan. Dari semalam saya call awak tak jawab. "

"ouh, awak call saya ke?? Saya tak perasan. Saya off phone semalam. "

Melina mengangguk.

"tell me, dia merajuk lagi ke?? "

ANGGUN ADHIYA ✔️Where stories live. Discover now