"Dee, Nah..." Aku mengalihkan pandangan aku kearah Ian semula. Satu sudu besar yang berisi bubur itu menyapa pandanganku. Dahiku kembali berkerut.

"Erkk... Aku boleh makan sendiri la, Ian." Aku cuba untuk mencapai sudu yang berada di dalam genggaman Ian. Namun, dihalang olehnya sendiri.

"No, no, no. Kau tu sakit, biar aku yang suapkan." Aku memandangnya dengan pandangan tidak percaya. Ya Allah, memang lah aku sakit tapi tangan aku still boleh guna lagi kan. Haih...

"Ya Allah... Aku senggugut je, Ian! Tangan aku still boleh guna ish." Aku cuba untuk merampas sudu itu buat kali kedua, namun tetap dihalang oleh Ian.

"I don't care. Nah, makan cepat. Aaaaa~" Aku berdecit perlahan. Memang sekarang ni, aku hanya mampu mengalah. Lantas, aku membuka mulut aku untuk menerima suapannya.

"Good girl. Kan bagus macam ni, dengar cakap aku. Nah, makan lagi..." Dia memberi suapan kedua. Aku hanya membuka mulut dan menerima suapannya lagi. Isi bubur itu dikunyah perlahan-lahan sebelum ditelan.

Dia hanya meneruskan suapan. Keadaan di dalam bilik sunyi sepi. Tiada langsung diantara kami berdua yang hendak memulakan perbualan. Hanya bunyi kipas angin yang menemani kami berdua.

Aku merenung wajah putih bersih Ian dengan senyap. Macam mana aku nak hidup lepas ni? Macam mana masa hadapan aku akan jadi kalau Ian jadi milik orang lain? Gila kan aku ni...

Tak mungkin aku akan bagitau dia perkara yang sebenar. Aku takut. Aku takut dia tak boleh terima dan persahabatan kitorang akan terputus macam tu je.

"Dah... Bagus ehh kau makan sampai habis. Aku nak pergi letak dekat bawah jap. Nanti aku naik balik ehh." Aku hanya mengangguk. Langsung tak perasan yang aku sudah berjaya menghabiskan bubur itu. Langkah Ian hanya dipandang sayu oleh aku.

Segaris senyuman sayu terbentuk di bibirku. Cuba menahan sakit di hati. Sakit kerana memendam semua ini seorang diri.

♡♡♡

Suis aircond dipasang dan aku menukarkan suhunya kepada 16C. Meja yang berada di antara sofa dan tv itu ditolak ketepi. Nasib baik ringan je meja ni. Senang sikit aku nak tolak seorang diri.

Carpet berbulu yang sepatutnya berada di dalam bilik aku itu dihamparkan di atas lantai bersebelahan sofa. Dua selimut tebal yang lembut di letakkan di atasnya dan aku mencapai pelbagai jenis plushie dan bantal lalu dicampak ke atasnya.

Langsir di ruang tamu tingkat tiga itu ditarik hingga tiada lagi cahaya yang boleh memasuki ruang itu. Aku menuju ke arah Hanna yang sedang berbaring di atas tempat yang kami sudah sediakan bersama dua buah mangkuk besar yang penuh dengan popcorn.

"Hanna pun tak pernah tengok lagi ke cerita Conjuring dengan Annabelle?" Soal aku. Aku memang tak pernah sentuh lagi cerita tu sebab aku tak suka tengok sorang-sorang. Nanti aku akan rasa macam ada benda lain yang teman aku.

Kalau ada peneman takpe. After habis pt3 aku pernah ajak Ian buat marathon dengan aku, tapi dia dah tengok semuanya. So, aku tak jadilah nak tengok. Kalau tak mesti aku dah khatam cerita ni.

And aku baru tau semalam yang Hanna tak pernah tengok cerita-cerita ni. Jadi, aku ajak dia sleepover kat rumah aku. Lagipun sekarang weekend and Hanna kata Isnin dengan Selasa sekolah dia cuti. So, why not?

Ian? Huh, dia pergi dating dengan si Hanis tu.

For the second time.

Secara jujurnya aku tak pernah expect yang dia akan keluar dengan Hanis lagi. Tapi aku tahu, diorang tu tak akan lama. Aku kenal sangat perangai dia.

Tapi macam mana kalau dia betul-betul serious dengan Hanis? Hanis Atieya tu sudah lah cantik. Baik pulak tu! Lain la kalau ex girlfriends dia yang sebelum ni. Perangai entah apa-apa je. Nak kata manusia, perangai tu macam tak je hmm.

'Tapi tu la kan. Macam mana kalau dia betul-betul serious dengan Hanis kalini?' Aku menyoal dalam hati. Kepala aku automatik menggeleng. Tak mungkin! Tak mungkin dia akan serious dengan Hanis. Husnuzon Aireen, Husnuzon...

"Kak Reen okay tak? Kenapa Kak Reen tergeleng-geleng ni?" Soal Hanna yang sedang mencari cerita di tv itu. Aku memandangnya sekilas dan memberi sebuah gelengan.

"Tak ada apa-apa pun. Kak Reen terfikir something tadi." Hanna hanya mengangguk sambil mencari movie yang bakal kami tengok. Cerita The Conjuring dipilih olehnya.

Ye, aku sedar yang kitorang dah ketinggalan zaman. Tapi best ape kalau buat marathon. Feel dia lain macam tau!

"Terfikirkan abang Ian lah tu." Kata Hanna lalu dia tergelak kecil. Sebuah senyuman kecil terpamir di bibirku. Nak setuju ke tak? Hmm...

Memang terfikir kat Abang awak tu pun.

♡♡♡

Jam di dinding dipandang. Dah hampir 9 jam kami berada di situ melihat kesemua cerita The Conjuring dan Annabelle. Dari pukul 10 pagi tadi! Jam sudah menunjukkan jam 7 petang. Nasib baik lah kami berdua sedang diberi cuti untuk solat. Hanya tinggal lagi 30 minit lebih untuk cerita Annabelle Comes Home ni tamat.

"Boo!" Bahuku sedikit terhinjut. Lain daripada reaksi Hanna yang terus sahaja menjerit. Aku tergelak kecil melihat reaksi Hanna itu. Pandanganku dikalih menghadap Ian yang sedang bercangkung di belakang kami.

"Dah nak maghrib baru reti nak balik?" Soal aku beserta sedikit sindiran. Dia bangun dan melabuhkan punggungnya di atas sofa belakang kami.

"Tengok ni Hanna. Dah macam Isteri abang kan Kak Reen ni?" Aku menjeling sekilas apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Ian. Aku tanya lain, dia jawab lain. Haih...

"Hmm... Kahwin je la terus kan senang. Tak payah nak 'macam isteri' sangat. Bagi je terus jadi isteri." Kata Hanna dengan malas. Pandangannya langsung tidak terkalih dari tv itu sambil mengunyah popcorn yang hanya berbaki suku daripadanya. Memang harini badan kitorang terisi popcorn je.

"Kau kenapa datang sini? Dah tak ada rumah dah ke?" Aku memandang Ian lagi. Kening Ian terangkat sebelah setelah mendengar soalan aku.

"Aik... Dah tak suka aku datang sini ke macam mana?" Aku mengabaikan soalannya dan sambung menonton cerita Annabelle itu. Malas nak layan si Ian ni. Orang tanya tu bukan nak jawab betul-betul pun.

"Aunty ada bagitau aku suruh datang sini untuk dinner sekali. Mama dengan Papa nanti akan dinner kat sini jugak katanya." Jawapan dari Ian itu membuatkan dahiku berkerut. Dinner sekali dengan family Aunty Izzati? Kenapa Ibu tak ada bagitau apa-apa pun kat aku?

"Aikkk... Mama tak ada bagitau apa-apa pun dekat Hanna." Hanna turut memandang Ian dengan kerutan di dahinya. Ian hanya mengjungkitkan kedua belah bahunya tanda tidak tahu.

"Entah... Mama pun baru je bagitau time abang on the way balik tadi." Aku kembali memandang ke arah TV itu lalu aku hanya merenung tv itu. Jarang Ibu ajak family Aunty Izzati dinner dengan kitorang. Selalunya kalau ada hal yang nak dibincangkan satu family baru dinner sekali.

Mata aku automatik membesar apabila terfikir sesuatu. Tak mungkin!

Macam mana kalau diorang nak suruh aku kahwin dengan Ian?!

_______________________________

:: Ni kalau vote lebih 150 baru author post next chap. Haha gurau je 😂♥️

17.4

4

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
The Truth Untold Where stories live. Discover now