"Sebelum ni dia sekolah dekat Jepun, tapi kamu jangan risau orang tua dia memang orang sini jadi dia tak ada masalah dalam komunikasi. Minta kamu esok tolong bantu dia ya? So, saem kena pergi ni ada meeting. Saem tinggalkan kamu berdua ya?" pantas wanita muda itu melangkah semula ke dalam pejabat.

Yunjae terus janggal, dia terkebil kebil kemudian mengukir senyuman kelat.

"Panggawayo. Sebenarnya saya nak ke toilet. Em em.. BYE!"

***********

Takut takut Yunjae mengambil nafas dalam dalam, dia berjalan tenang beberapa langkah kemudian berpaling semula ke belakang yang di mana Sowon dan Min Jung menyokong. Namun dia masih terlompat lompat gerun.

"Yah, kalau dia renyuk kertas ni lepas tu kata. Aku malas. Hah macam mana?!" ujar gadis polos itu.

"Tak adanya. Kau tanya jelah. Ala aku confirm dia nak punya, kau percayalah cakap aku. Ini peluang kau untuk terus maju! Kalau dia direbut orang lain, pisang lah kau!" sokong Min Jung.

Flyers bersaiz sederhana itu dilihat semula. Ada tulisan Cherry Blossom Festival yang akan diadakan tiga hari lagi. Cadangnya dia nak ajak Kim Tae pergi, tapi entah kenapa dia takut. Padahal sebelum ni kalau ajak si Ketaem tu pergi mana mana, biasa je. Sekarang over pulak.

"Yunjae hwaiting!"

Gadis itu mengangguk dengan mata yang penuh azam. Dia kembali masuk ke kelas dengan lagak riang ria kemudian melabuhkan punggung di sebelah Kim Taehyung yang sibuk membaca. Yunjae mengosongkan fikiran sejenak sebelum meletakkan kertas itu di atas mejanya.

Taehyung mengalih bacaannya, "Bwo?"

"P..P.. Pukul 9.." tergagap gagap dia nak ajak. Yunjae menyusun semula ayatnya dalam kepala kemudian ingin mencubanya sekali lagi memandangkan Taehyung masih melihatnya.

"Baiklah kelas, harini saem nak perkenalkan pelajar baru." tepat masa, Mina saem masuk lalu memintas percakapan Yunjae.

Asumi Kei, gadis yang dia jumpa semalam menarik perhatian para jejaka di dalam kelas. Bukan sahaja di dalam kelas, bersidai pelajar pelajar lelaki dekat luar kelas mereka semata mata nak tengok Asumi. Maklumlah, mereka terpegun dengan wajahnya yang sedikit berbeza dan terlihat sangat indah dipandang. Malahan pelajar pelajar perempuan juga turut iri hati.

Taehyung? Langsung tak kisah.

Gadis itu menunduk sedikit, "Asumi Kei."

Hanya dengan dua patah perkataan yang kedengaran mendatar itu, riuh satu bangunan dengan jeritan.

Mina saem dan Kyun Hee sedang sibuk menghalau pelajar pelajar dari kelas lain supaya berambus dari situ. Sementara Asumi matanya meliar mencari tempat kosong kemudian terus berjalan ke arahnya, gadis itu melabuhkan punggung di kerusi belakang barisan Taehyung. Semua orang mula berbisik bisik bercakap tentang dia. Tetapi gadis itu masih tenang tidak terganggu.

Yunjae makin sendu, perempuan cantik macam tu boleh petik mana mana pun yang dia suka tanpa risau apa yang akan berlaku.

"Hm." dia menghentak kepala di atas meja, lemah.

Taehyung menyentuh bahu Yunjae menggunakan satu jari sebanyak dua kali. Gadis itu menelengkan kepalanya, dagu terangkat sedikit menandakan 'apa'.

The Starry Sky + kthWhere stories live. Discover now