〖 ⊹⊱ 00 ⊰⊹ 〗

62 12 60
                                    

PULAM࿐•.¸¸.
       ー⋅⋅✦ Nama bagi sebuah keluarga yang sangat bahagia walaupun mereka hanya dibesarkan oleh seorang ibu. Mereka mempunyai pelbagai ragam tersendiri dan sangat bersifat kasih sayang.

PELAM࿐•.¸¸.
       ー⋅⋅✦ Dunia dimana menjadi tempat tinggal bagi karakter kisah dongeng yang pernah kita dengar sewaktu kecil. Dunianya aman damai, dan penduduknya sangat ramah.

Namun, mereka mula berubah setelah sekian lama. Mereka menjadi ganas, membunuh sesama sendiri, dan berperang antara puak. Tiada lagi pari-pari indah, tiada lagi nyanyian merdu yang mengasyikkan. Yang tinggal hanyalah keperitan dan percikan darah dimerata tempat.

PROLOGUE↺

Someone's pov

Aku bahagia bersama keluarga yang tercinta, ketawa riang mereka menjadi muzik yang membuatkan aku tersenyum. Suasana ceria mereka, membuatkan aku dibuai mimpi indah. Tanpa keluarga, mungkin aku tidak dapat teruskan hidup.

Mereka sentiasa ada untuk aku, dan membuatkan aku buang semua perasaan takut dan resah.

Aku selalu berasa takut jika kehilangan mereka, aku takut aku tidak mampu memberikan kebahagiaan, dan aku takut jika suatu hari, aku yang musnahkan hidup mereka.

Setiap hari, aku diselubungi perasaan gentar, resah dan takut, andai 'dia' dapat menangkap aku, musnahlah kebahagian ini.

Tetapi akhirnya, 'dia' dapat menjejak aku, mimpi ngeri yang aku sentiasa elak, akhirnya tiba.

Dunia gelap, bangunan pencakar langit yang hanya tinggal rangka menjadi pemandangan dari sini. Di istana ini, menjadi tempat tinggal mereka. Mereka syaitan yang gilakan pangkat dan ketaatan. Syaitan yang sanggup memusnahkan hidup semua orang demi kebahagiaan diri.

Pelam World | Pulam Ft BtsWhere stories live. Discover now