t u j u h b e l a s

Börja om från början
                                    

Guruh mula berdentum dan kilat mula menyabung. Suasana yang hening hanya dipenuhi dengan dentuman guruh serta kilat.

"Argh!!" Jeritan Jungkook mula menguasai seluruh kawasan.

-

"Aura ni? Jeritan itu?" Tuan Jeon mula memandang langit yang sudah sedia gelap gelita yang mula dipenuhi dengan awan kelabu gelap dan kilat yang tidak berhenti menyabung.

"Cepat! Pergi rumah saya sekarang! Cari Jungkook!" Tuan Jeon mula mengarahkan orang bawahannya apabila dia merasakan peristiwa silam sepertinya bakal berulang kembali.

Tak lama kemudian, orang bawahannya mula kembali semula ke istana dan memberitahu bahawa Jungkook tiada di rumah.

Tuan Jeon mula resah lalu sekali lagi, dia memandang ke langit bagaikan mencari sesuatu yang boleh membawanya kepada anak lelakinya itu.

Tiba-tiba, matanya tertangkap akan aura kehitaman yang bagaikan tersebar ke udara.

"Pergi ke bilik kurungan sekarang!" Arah Tuan Jeon, mula bergegas ke bangunan bilik kurungan dan penjara diraja ddi mana merupakan punca aura kekehitam itu mula merebak ke udara.

"Baik, Tuan Jeon!"

-

Wajah Jungkook dengan pantas terangkat dan kesemua lelaki di situ mula menjauhi Jungkook apabila melihat mata Jungkook mula bertukar kepada warna merah bergemerlapan dan seluruh tubuh Jungkook yang menggigil itu bagaikan mengeluarkan aura kehitaman dan perlahan-lahan tubuhnya terangkat ke udara.

Dengan sepantas kelajuan cahaya, satu per satu lelaki di situ dijatuhkan oleh Jungkook sekelip mata. Pergerakannya terlalu laju dan hanya menampakkan bayang-bayang hitam yang laju sahaja memenggalkan kepala lelaki-lelaki yang berada di situ.

Jungkook kini berhenti di tempat asalnya kembali sebelum kakinya mencecah tanah semula dan tubuhnya tiba-tuba jatuh terjelopok ke tanah.

"Huh, huh,  huh." Nafasnya turun dan naik, dan dia menggeleng kepalanya laju bagi menghilangkan rasa sakit yang bermaharajalela di kepalanya.

Sungguh, sebentar tadi dia merasakan bahawa dirinya dikawal oleh sesuatu persis orang yang dirasuk!

Tanpa membuang masa, terus dia berusaha bangkit dari jatuhnya lalu dia berlari masuk ke dalam bangunan bilik kurungan itu bagi mendapatkan Puteri Junghee kembali.

"J-junghee." Jungkook dengan kudrat yang masih ada menggapai palang dinding kayu bilik kurungan yang menempatkan Puteri Junghee itu.

Memang dari tadi, Puteri Junghee tertanya-tanya, apakah yang berlaku di hadapan bangunan bilik kurungan itu sehinggakan kedengaran suaran jeritan malah dicampuradukkan dengan bunyi dentuman guruh serta kilat.

"B-biar aku lepaskan kau." Jungkook terus menghentakkan mangga kayu yang mengunci bilik kurungan Puteri Junghee iu dengan sekuat yang dia mampu walaupun tubuhnya betul-betul lemah ketika ini.

"Jungkook. Kenapa dikau jadi begini? Apakah tadi jeritan itu datang daripada dikau?" Soal Puteri Junghee, risua melihat keadaan lemah yang ditonjolkan oleh Jungkook itu.

"A-aku okay, Junghee. Jangan risau. Jom lepaskan dayang istana Kim le tu kita keluar dari sini."

Jungkook terus menghentakkan sikunya pada mangga kayu pada bilik kurungan dayang istana Kim lalu Puteri Junghee terus mendapatkan dayang istana Kim itu lalu membantu dayang istana Kim meleraikan ikatan pada tubuhnya.

"Yah, Jeon Jungkook!" Panggilan daripada Tuan Jeon menarik perhatian Jungkook, Puteri Junghee juga dayang istana Kim.

"Junghee. Kau duduk dalam tu dulu. Kejap lagi...erm...aku datang." Ujar Jungkook masih tersekat-sekat percakapannya.

"Apa yang kamu buat ni hah?! Kenapa kamu lepaskan mereka?!" Soal Tuan Jeon agak bengang dengan tindakan ankanya sehingga menggunakan kuasa luar biasanya hanya untuk menumpaskan orang bawahnnya yang menjaga bangunan bilik kurungan dan penjara diraja itu.

"Ayah tu yang kenapa?! Kenapa ayah cuba bunuh orang yang tak bersalah? Apa yang diorang buat sampai ayah bermusuh dengan keluarga diraja ni lagi-lagi Junghee?!"

Soal Jungkook kembali, sungguh dia tak faham apa yang ayahnya dapat bila berbuat sedemikian terhadap keluarga diraja.

"Kamu tak tahu apa-apa, Jungkook. Tolong jangan masuk campur urusan ayah. Ini untuk kebahagiaan dan keselamatan diri kamu."

Balas Tuan Jeon kepada Jungkook mmebuatkan Jungkook tergelak besar dan kemudiannya menjawab.

"Ayah tak payah buat lawak dekat sini! Kebahagiaan Jungkook adalah Junghee, ayah! Jungkook cintakan dia!"

Terkejut Tuan Jeon dan tidak dilupakan juga dengan Puteri Junghee dan dayang istana Kim tatkala Jungkook melepaskan kata-katanya itu.

•••

Itulah diri sebenar Jeon Jungkook. Amacam? Nampak hot tak? Ceyh tiberr😂

Okaylah. Aku tahu ff ni makin lama makin bangang. Sabaq sat nah. Idae akan cuba habiskan ff ni secepat yang mungkin. Hehe😁

Hope korang sanggup tunggu sampai ff ni habis n berpuas hati dengan masa yang korang habiskan untuk menunggu seorang idaekim untuk update pada setiap pagi😂

Okaylah. Do wait for the next update untuk tahu lebih banyak tea yang bakal dispillkan tentang anak Jeon tu. Hehe😍

|√| Blind Fate - JJKDär berättelser lever. Upptäck nu