l a p a n b e l a s

671 119 63
                                    

SESURPRISSS!!!

Mood Idae baik harini. So, Idae update chapter ni malam ni. Esok pagi masih ada update seperti biasa. Hehe. Enjoy gais😍💜

•••

"Ayah tak payah buat lawak dekat sini! Kebahagiaan Jungkook adalah Junghee, ayah! Jungkook cintakan dia!"

"J-jungkook." Kedengaran panggilan Puteri Junghre mengetuk gegendang telinga milik Jungkook namun Jungkook hanya abaikannya.

Dia terlalu marah dengan sikap ayahnya yang baginya tidak berperikemanusian itu.

"Kamu jangan merepek, Jeon Jungkook. Kamu tak boleh bersama dia, Jungkook!" Balas Tuan Jeon mula meninggi suara kepada Jungkook bercampur dengan rasa marah yang membuak.

"Kenapa?!" Soal Jungkook kembali, bengang dengan jawapan ayahnya terhadap luahan hatinya.

"Sebab kamu adalah jodoh dia! Dan, raja dan pemaisuri sama-sama ingin menghapuskan kamu dari muka bumi ni sebab kamu istimewa."

Balas Tuan Jeon lagi, tidak lagi mahu berdalih daripada memberitahu kebenaran yang baginya terlalu pedih buat Jungkook.

"A-apa yang ayah katakan ni? Ayah jangan menipu Jungkook hanya sebab Jungkook cintakan puteri mahkota tu, anak kepada musuh ayah!" Marah Jungkook sekali lagi dengan suara yang kembali naik tinggi seoktaf.

"Tak, Jungkook. Ayah tak tipu. Mereka menganggap kamu sebagai raksasa. Kerana kamu mampu hidup sampai bila-bila. Tanpa menghadapi kematian. Dan, kuasa yang kamu miliki membuatkan raja merasakan kamu akan membahayakan puteri mahkota dan kerabat diraja yang lain."

Terang Tuan Jeon satu per satu, berharap agar Jungkook mampu menenangkan diri dan memahami tindakan yang diambil olehnya untuk menyelamatkan anaknya daripada dibunuh oleh kerabat diraja.

"Ayah tipu! Mana ada manusia yang boleh hidup sampai bila-bila! Dari haritu ayah cerita! Apa ayah ingat Jungkook bodoh nak percayakan ayah?!"

Dum!

Dentuman guruh dan kilat mula kedengaran semula menandakan Jungkook bakal hilang kawalan kembali apabila sisi hitamnya merasuk dirinya yang diselubungi dengan rasa marah.

"Jeon Jungkook! Sabar! Jangan biar rasa marah mengawal diri kamu!"

Ya, Jeon Jungkook. Seorang manusia istimewa yang dikurniakan kelebihan untuk hidup sampai bila-bila tanpa menghadapi ajal seperti manusia lain. Dia juga, memiliki kuasa yang dikatakan mistik dan luar biasa.

Disebabkan itulah, kebanyakan.meteka yang mengetahui tentang perihal diri Jungkook menggelarnya raksasa dan mahu menjauhinya malah dirinya turut terancam kerana keistimewaan yang dia miliki sejak lahir.

"Arghh!"

Jeritan Jungkook bergema kembali ke seluruh kawasan dan kini, bukan hanya Puteri Junghee dan dayang istana Kim yang menggigil teruk, namun, Tuan Jeon juga menggeletar kerana dia sedia tahu bahawa anaknya apabila marah terlalu menguasai diri, tubuhnya akan dikawal oleh sisi gelapnya dan mampu membunuh sesiapa sahaja yang berada di hadapan matanya.

"J-junghee... L-lari!" Jungkook yang masih lagi dengan sisi sebenarnya mengarahkan Puteri Junghee melarikan diri daripada situ.

Dia benar-benar tidak mahu dirinya yang satu lagi dilihat dan disaksikan oleh gadis yang dicintainya itu.

"T-tapi, Jungkook-" Puteri Junghee mula ingin membantah, takut jika berlaku sesuatu yang tidak diingin terhadap lelaki itu.

"Aku kata lari dari sini- Arghh!" Sekali lagi, tubuh Jungkook mengeluarkan aura kehitaman dan matanya mula berubah menjadi merah bergemerlapan.

|√| Blind Fate - JJKWhere stories live. Discover now