AT 1

4.6K 73 18
                                    

Type memeluk tubuh Tharn yang sedang terbaring di atas katil, dari belakang, lalu berkata, "Aku minta maaf, Tharn. Aku minta maaf. Aku betul - betul minta maaf."

Tharn yang pada awalnya sedang menutup mata dengan earpiece terpasang di telinga, perlahan - lahan membuka mata dan mencabut earpiece tersebut. "Kenapa kau minta maaf?" soalnya ringkas.

"Aku tidur dengan Puifai," jawab Type. "Dia bawa aku ke bilik dia. Tiba - tiba, aku teringat apa yang aku cakap dekat kau sebelum ni, yang kau boleh buat sex dengan siapa pun dan semua tu bukan masalah aku. Sebenarnya, apa yang aku cakap tu, dah melukakan diri aku sendiri," sambungnya.

"Kenapa?" soal Tharn mendatar tapi menoleh kebelakang.

"Aku pun tak tahu," katanya sambil menggelengkan kepala. "Bila aku bayangkan kau dengan lelaki lain, otak aku jadi gila. Kenapa Tharn, kenapa? Bila aku peluk badan Puifai yang lembut tadi, aku asyik terfikirkan kau. Bila aku cium dia, apa yang aku fikirkan hanyalah ciuman dari kau. Setiap kali aku bersama dengan dia, hanya kau yang aku fikirkan."

Tharn memusingkan tubuh kebelakang untuk memandang Type. Dengan air mata yang sedikit mengalir, Tharn berkata, "Betul ke kau tidur dengan dia?"

"Aku tak mampu teruskannya, Tharn. Kau dengar tak apa yang aku cakap ni? Aku tak dapat tidur dengan mana - mana wanita lagi."

"Mungkin kau penat."

"Tak, aku tak penat."

"Mungkin, kau tak suka dia."

"Aku tak suka mana - mana perempuan, Tharn."

"Mungkin, kau rasa lelaki lebih menarik berbanding wanita?"

"Kau nak aku bunuh kau ke apa? Aku lelaki. Aku tak nak tidur dengan mana - mana lelaki dekat luar sana. Aku hanya dapat buat benda tu dengan kau."

"Jadi?"

"Hanya kau sorang yang aku boleh bawa tidur bersama. Tolong maafkan aku, Tharn. Maafkan aku sekali lagi."

"Ala, lambatnya diaorang ni nak cium," bebel Aqiem dekat sebelah aku.

"Sabar ah!" marahku pula. 

"Kau dah tahu, yang aku takkan pernah marahkan kau," katanya lalu diam seketika. "Jadi, kau milik aku sekarang," sambung Tharn sambil mengusap kepala Type.

"YAAAAAAYY," jerit aku dan Aqiem serentak. Cringe nyaaaaa.

"Tak, kau milik aku, sebab aku takkan biarkan kau pergi lagi," balas Type.

Tharn tersenyum. "Kau memang tahu yang dari dulu aku memang dah jadi milik kau," kata Tharn dengan suara separuh nafas. Dan mereka mula bercium antara satu sama yang lain.

"YAAAAAAYY," jerit kami berdua lagi. "Sedut lagi sedut... Sedut mulut dia puas - puas, Type, seduuuuuut," kata Aqiem di sebelah ku. Aku hanya memandangnya sekilas. Gatal

Sedang khusyuk kami tengok cerita tiba - tiba, laptop aku tetutup sendiri. "Apuuuu... Battery habis."

"Ala, potong steam betul lah, Sean!!!!"

"Sorry lah..." maafku lalu memasang charger. 

"Hoi, Pisang!" terjah satu suara dari belakang. Kenal sangat aku suara ni. Aku yang sedang duduk di tepi tingkap meja belajarku bersama Aqiem, terus menoleh.

Pisang, pisang. Aku cabut pisang kau kang baru tahu.

Ini, Din. Lelaki kegilaan ramai wanita dekat kampus. Handsome, segak bergaya dan boleh di label 'Terkaya'. Din adalah roommate aku dekat asrama ni. Manakala Aqiem pula adalah bestfriend aku yang tinggal dekat tingkat satu. Tapi Din ni... dia pemalas nak mampus. Harap aku jek yang bersihkan bilik ni setiap minggu. Tak membantu langsung. Ikut hati nak saja aku pindah keluar dari bilik ni, then pergi tidur dengan Aqiem. Tapi malangnya, huhuhu semua bilik dekat asrama ni dah penuh. Jadi.... aku terpaksalah hadap perangai dia ni dua tahun lagi.

Aku Tak... (COMPLETE)Where stories live. Discover now