🎭 •BAB 45•

44.8K 3K 104
                                    

"SO how Raja? Did you got it?" Tanya Tunku Niel. Sebelah tangan menutup laptop dihadapannya. Telinga difokuskan agar dapat menangkap jelas kata-kata Raja Daiyan Ghazi.

"Of course i get it. Easy peasy. And, nombor telefon itu didaftarkan atas nama Jason Chou. Maksudnya, nombor tu nombor Jason." Terang lelaki di talian itu. Pendek sahaja penerangannya. Habistu takkan dia nak beritahu yang dia godam rangkaian telekomunikasi tu secara terperinci lepastu dia...

No!

Mengundang maut namanya.

"Jason?" Tunku Niel terus tegakkan tubuh mendengarnya. Jason. Bukan ke...

"Tunku yakin ke Jason betul-betul dah mati?"

Tunku Niel diam mendengar soalan itu. Kalau dulu dia yakin. Sangat yakin yang Jason benar-benar sudah meninggal dunia. Tapi tiba-tiba dia rasa sangsi pula.

"I know Chou family. Jason ada adik kan?" Tenang sahaja suara Raja ketika itu.

"Jaiden." Tunku Niel mendengus kasar. Setahu dia, Jaiden bukanlah seorang yang memungkiri janji. Dulu dia sudah berjanji takkan menganggunya dan Qhaiyra lagi. Tapi tidak mustahil jika Jaiden pun gila seperti abangnya. Ada benar juga.

Ish serabut!

"Hmm. Thanks Raja. I owe you. Nak bayaran ke?" Tanya Tunku Niel berbaur gurauan.

"Pfft no it's okay Tunku. No need. Nak bayaran bagai. Macam tak biasa."

Tunku Niel gelak kecik mendengarnya.

"Yalah. And again. Thanks Raja."

"You're welcome. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." Tunku Niel mematikan panggilan. Geram. Telefon bimbitnya dicampak ke atas meja.

"Jason? Jaiden?" Gumam Tunku Niel perlahan.

Nombor tujuh di telekom ditekan kasar.

"Ya Tunku?"

"Naik office aku sekarang."






MARK diam berdiri di tempatnya. Dari jauh, dia dapat rasakan dingin benar aura Tunku Niel. Wajah lelaki itu tegang. Tanda dia tidak punya mood yang baik.

"Kau beritahu aku yang Jason dah mati. Betul ke?"

Mark angkat kepala. Kenapa dengan soalan itu?

"Betul. Saya dapat tahu pun sebab saya dapat berita tu dari dalam penjara sendiri. Kenapa Tunku?" Tanya Mark. Kenapa Tunku Niel tiba-tiba tanya pasal Jason? Mesti ada sesuatu yang tak kena.

Tunku Niel mendengus kasar. Soalan Mark dibiar tidak berjawab. Dia rasa tidak sedap hati tiba-tiba apabila terkenangkan stalker misteri yang selalu memerhatikn isterinya.

"Semalam, someone unknown sent to me pictures of Qhaiyra."

"Stalker?" Teka Mark. Dia terkejut mendengarnya.

"Kind of. Aku dah minta tolong Raja siasat. Dan nombor tu didaftarkan atas nama Jason. Jason Chou." Dingin suara Tunku Niel. Dia masih keliru. Masih tertanya-tanya tentang siapa orang misteri itu. Jika benar Jason sudah mati, jadi nombor itu... siapa yang guna?

Tunku Niel mengeluh. Tak puas hati apa lagi?

Ting! Ting! Ting!

Telefon bimbit di atas meja terus dicapai. Siapa pula hantar whatsapp dekat aku pagi-pagi macam ni.

✓ TUNKU NIEL NATHANIELWhere stories live. Discover now