🎭 •BAB 43•

48.2K 3.2K 109
                                    

TUNKU NIEL tersedar dari lenanya yang indah. Terus tegak duduknya apabila tersedar sesuatu.

Tiada sesiapa pun disisinya. Kosong. Semuanya...

Mimpi?

Tunku Niel terus meraup wajah. Aku mimpi lagi ke?

Semuanya tentang Qhaiyra tinggal kenangan? Semua hanyalah permainan hidup semata-mata?

Ya Allah.

Aku dah gila...

"Abang?"

Laju Tunku Niel angkat kepala apabila ada suara memanggilnya. Lembut. Lunak.

Suara itu!

"Qhaiyra..." Tunku Niel  terus bangkit dari katil. Tubuh wanita itu dipeluk seeratnya. Kejap tangannya melingkari tubuh itu.

"I thought it was a dream. I'm so scared." Tunku Niel mengeratkan lagi pelukannya.

Terasa tangan kecil Qhaiyra naik di belakang tubuh. Membalas pelukannya.

"Don't be scared, abang. I'm no longer your dream."

Tunku Niel terus menjarakkan pelukan mereka. Wajah Qhaiyra ditenung dalam. Tangannya naik. Menyentuh perlahan pipi Qhaiyra.

Qhaiyra senyum manis sebelum dia mencium lembut pucuk hidung Tunku Niel.

"I'm your reality."

Tunku Niel senyum mendengarnya. Terus dia menarik tubuh kecil Qhaiyra ke dakapannya lagi. Rasa tak mahu melepaskan Qhaiyra. Mahu mengunci Qhaiyra di dakapannya buat selama-lamanya. Kunci ketat-ketat. Tak cukup? Dia gari pula Qhaiyra di hatinya.

Selfish!

Ya. Dia nak pentingkan diri sekarang ini. Dia tak akan berkompromi soal Qhaiyra.

Entah berapa lama agaknya mereka berpelukan. Yang pasti Tunku Niel belum puas nak melepas rindu.

"Abang takkan peluk Qhaiyra sampai subuh esok kan?"

Tunku Niel tergelak mendengarnya. Pelukan dileraikan. Namun tangannya menarik lembut bahu Qhaiyra agar mendekatkan sedikit jarak mereka.

Qhaiyra senyum apabila mata coklat-hijau itu merenungnya. Pandangan mata diliarkan memandang sekeliling. Mana-manalah asalkan jangan bersatu dengan pandangan mata cantik tu. Nak gugur jantung aku!

Qhaiyra mengangkat kepala apabila ada jemari kasar memagut dagunya. Memaksa memandang lelaki itu.

Qhaiyra diam saat pandangan matanya bersatu dengan pandangan mata lelaki itu. Tajam. Terus menusuk ke dasar hati.

"Thanks for wonderful imagination Qhaiyra. Everything about you, are so beautiful." Tunku Niel senyum sebelum membongkokkan tubuh dan tunduk mencium lembut ubun-ubun Qhaiyra.

Terus berbahang rasa muka. Qhaiyra rasa macam nak lari ke dalam bilik air pula.

Malu!

"You're emm... most welcome." Malu-malu Qhaiyra berkata.

Tunku Niel ketawa kecil melihat tingkah malu-malu Qhaiyra. Comel.

Alahai isteri.

"Come. I want to hug you again." Tunku Niel mendepakan tangannya. Tanda mahukan sebuah pelukan hangat.

Eh Niel? Kau ingat kau Olaf?

Qhaiyra ketawa kecil sebelum memeluk batang tubuh Tunku Niel. Erat.

Tunku Niel membalas pelukan itu. Hangat terasa.

"I love you." Bisik Tunku Niel di cuping telinga Qhaiyra. Membuatkan Qhaiyra terus menyembamkan muka ke dada bidang itu.

✓ TUNKU NIEL NATHANIELWhere stories live. Discover now