🎭 •BAB 26•

44.5K 3.3K 369
                                    

QHAIYRA tersenyum sahaja mendengar celoteh kawan-kawan sepejabatnya. Dia akui yang dia mula selesa bekerja di syarikat milik Tengku Rafael ini. Best. Pekerja-pekerja semua sekepala. Masuk air. Baru seronok nak bekerja. Hehe.

"Kita makan di restoran ni boleh?"

"Haahlah. Aku dengar cerita makanan dia boleh tahan sedap." Sokong Shila.

"Bolehlah. On je. Janji perut tak lapar." Qhaiyra senyum.

"Jom!" Mereka bertiga beriringan masuk ke restoran yang baru di buka pada tiga bulan yang lalu.

Masuk sahaja terus kembang-kempis hidung mereka dengan bau yang enak itu.

Hmm. Bau boleh tahan. Rasanya tak tau lagi.

"Order miss?"

"Saya nak urmm, teh tarik dengan nasi goreng ayam jelah."

"Saya pun nak nasi goreng ayam dengan... fresh orange satu. Kau?" Tanya Dania.

"Hmm. Saya nak jus epal dengan nasi ayam sahaja." Qhaiyra senyum. Menu di tangan terus dihulurkan kepada pelayan itu semula.

"Baik. Tunggu sekejap ya."

Mereka mengangguk sebelum kembali berborak. Sekali-sekala pecah gelak mereka dengan tawa mereka sendiri.

Seketika kemudian makanan yang dipesan pun tiba.

"Wah sedap siut bau!"

"Jangan lupa baca doa makan." Tenang Qhaiyra berkata.

Shila dan Dania yang hampir menyuap terus tersengih. Tangan ditadah untuk membaca doa.

"Aamiin."

"Weh. Tengku Rafael tu still single kan?" Dania yang sedang menyuap terus angkat muka memandang Shila.

"Kenapa kalau dia single?" Soal Dania.

"Kalau dia single bolehlah aku cuba masuk jarum. Ye tak?" Shila menolak bahu Qhaiyra.

Qhaiyra mencebik.

"Dia tu Tengku. Nak ke dia dengan orang macam kita ni?" Saja Qhaiyra berkata. Nak menyedarkan semula Shila dari angan-angannya.

"Nama aku ada Nur tau. Cahaya. Kompom berseri hidup dia kalau kahwin dengan aku nanti. Hahaha!" Shila gelak sendiri. Bercakap merepek memang best.

"Kau ingat nama kau je ada Nur? Nama aku pun adalah. Dania Nur. Lagi cun."

"Heleh nama aku lagi sedap di dengar lah!"

"Ahh tak adanya! Tapi tu lah pasal. Kenapalah kita tak satu floor dengan Tengku? Kalau tak boleh aku usyar dia setiap hari."

Qhaiyra menggeleng kepala dengan dua orang itu. Kecoh betul berdua ni.

Qhaiyra yang sedang ketawa kecil mendengar pertelingkahan Shila dan Dania tersentak apabila terpandangkan seseorang yang duduk di satu penjuru restoran ini. Manusia itu juga memandang ke arahnya sama.

Nurraffia.

Terus beku wajah Qhaiyra. Urgh!

Semak jelah dia ni!

"AKU nak pergi basuh tangan sekejap." Beritahu Qhaiyra. Shila dan Dania mengangguk.

Qhaiyra terus berjalan menuju ke tandas. Tangannya dibasuh dengan sabun yang telah disediakan. Wangi.

"Hey cousin! Sihat?"

Qhaiyra mengetap gigi. Aduh minah ni. Sibuk betul. Tak aman hidup aku.

✓ TUNKU NIEL NATHANIELWhere stories live. Discover now