🎭 •BAB 34•

41K 3K 209
                                    

"PUAN QHAIYRA. You good?" Qhaiyra yang sedang berbaring melentok di atas meja terus tegakkan tubuh mendengar suara garau itu.

Dia terus berdiri tegak melihat susuk tubuh Tengku Rafael yang tenang berdiri di muka pintu.

"I'm good, Tengku. Saya okey. Just pening kepala dengan rasa loya sikit." Qhaiyra menarik senyum melihat wajah lelaki itu.

"Awak boleh balik kalau awak nak Qhaiyra. Saya benarkan." Tengku Rafael menarik senyum nipis.

"Tak apalah Tengku. Takkanlah saya nak balik pula."

"No it's okay. Lagipun suami awak yang minta saya tengok-tengokkan awak. Dia sendiri ada minta kebenaran saya untuk mengizinkan awak balik kalau awak betul tak sihat."

Qhaiyra terus buat muka mendengarnya. Ceit. Encik suami dah buat kerja nampaknya ya!

Bukannya apa, dia tidak selesa dilayan sebegitu rupa. Terlalu baik. Orang akan fikir yang Tengku Rafael layan dia macam ni sebab dia isteri Tunku Niel. Walaupun pada hakikatnya, Tengku Rafael melayan semua pekerjanya sama rata tanpa pilih kasih.

Kecuali pada seorang gadis. Entah mengapa dia tidak suka akan gadis comel itu. Padahal gadis itu bukan main baik. Ceria lagi orangnya.

"Sekarang dah pukul tiga petang. Waktu pejabat ada lagi tiga jam lagi. Tak apa. In shaa Allah saya boleh tahan." Ujar Qhaiyra sebelum tersenyum lebar.

Tengku Rafael terus tersengih. Wajahnya yang tampak kacak kelihatan lebih kacak lagi bila tersengih seperti itu.

"That momma-to-be spirit. I like it." Puji Tengku Rafael sebelum meminta diri dan terus keluar dari bilik office milik Qhaiyra Aralyn.

Qhaiyra kembali duduk dan menjatuhkan kepalanya ke atas meja. Rasa penat sangat. Padahal bukannya dia buat kerja berat pun.

Entahlah. Sejak tadi, dadanya asyik berdebar laju. Tidak sedap hati. Macam ada sesuatu akan berlaku.

Abaikanlah!

Mungkin sebab aku penat je kut.

Urgh!

What a tiring day i have!

JASON hanya mampu berdiri dari luar ruang ICU itu. Melalui dinding kaca yang agak besar di hadapannya, terpampang tubuh seseorang yang terbaring tidak sedarkan diri di di atas katil. Dari luar bilik itu sendiri dia sudah dapat mendengar bunyi mesin-mesin di sebelah Jenyna berbunyi nyaring.

Menyakitkan telinga.

Sangat!

Jenyna baru sahaja menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku di kepalanya semalam.

Jason diterpa rasa bersalah. Jenyna diserang sebelum lima belas minit dia pulang. Kalaulah dia balik lebih awal, pasti dia dapat mengajar mereka yang cuba mencederakan wanita itu.

Jason pantas mencempung tubuh kaku itu dan dikejarkan ke hospital. Jenyna kritikal. Hampir empat jam dia menunggu di luar dewan bedah. Dan semalam pula dia baru menjalani pembedahan lagi.

Huh.

Betapa bodohnya Jason. Meninggalkan seorang gadis yang meninggalkan keluarganya demi dia.

Dan Jenyna. Kau pun bodoh. Kenapa kau tetap setia dengan aku walaupun dah berkali-kali aku sakitkan hati kau. Dan sekarang, kau sudah jauh terluka.

Bukti mata dibutai oleh cinta.

"They tried to end yours. And i will end theirs. I promise." Tutur Jason.

✓ TUNKU NIEL NATHANIELWhere stories live. Discover now