🎭 •BAB 25•

48.5K 3.4K 230
                                    

QHAIYRA rasa berbahang je apabila melihat si tali rafia tu bukan main menggeletis dengan Tunku Niel.

Tunku Niel pun sebenarnya tidak selesa dengan Raffia. Sudahlah seksi dengan baju berkemban ketat macam tu. Rambut berkarat. Eii ya Allah!

Terkejut Tunku Niel apabila Qhaiyra meletakkan kasar dulang dengan jag air dan cawan-cawan itu. Mesti isterinya itu pun bengang dengan Raffia.

"Kau dah dapat kerja kat sini?" Tanya Qhaiyra. Saja berbasa basi.

"Haah. Biasalah. Daripada menganggur lama-lama macam Firuz tu, baik aku kerja. Kan Niel?"

Tunku Niel menjeling wajah bengang isterinya itu sebelum buat-buat ketawa.

"Haa ye. Betullah tu. Kut." Tunku Niel garu kepala yang tidak gatal.

"Dah tu buat apa kau datang rumah aku?" Tanya Qhaiyra tanpa bernada suaranya.

"Saja nak melawat Niel. Besar eh rumah you?" Qhaiyra gigit bibir. Hei. Aku yang tanya kau. Bukan laki aku!

"Bolehlah buat ada-ada. Untuk isteri kesayangan dengan anak-anak nanti." Sempat Tunku Niel mengenyit mata ke arah Qhaiyra.

Memerah wajah Qhaiyra mendengarnya.

Anak-anak ya...

"Ehem! Hmm sakit pula tekak ni." Raffia memegang tekaknya. Wajah sepupunya dijeling tajam.

Qhaiyra dah gelak jahat dalam hati.

Sakit tekak ke sakit hati tuu??

"Tak apalah. Saya naik dulu. Nak buat kerja sedikit." Tunku Niel meminta diri dan terus berlari naik ke atas. Bukannya apa. Dia hendak menjaga hati isterinya. Dan semestinya rasa tak selesa dengan pandangan gatal Nurraffia tu.

Raffia senyum manis. Matanya mengikut sahaja langkah Tunku Niel yang berjalan ke tingkat dua. Jalan pun nampak maskulin.

Qhaiyra menggenggam penumbuk. Amboi duk cuci mata ya...

Ada juga yang aku tolong cucikan terus mata dengan clorox kejap lagi. Tak pun pakai hand sanitizer. Biar mati terus kuman-kuman yang tak nampak! Kasi sucikan sikit mata dan hati tu!

"Okay! Visits time over! Aku rasa kau dah boleh balik kut." Qhaiyra senyum semanis mungkin. Dalam kepala dah terbayang rupa mekap lima inci tu bila kena hempuk dengan dulang ni. Tak pun bila kena simbah dengan fresh orange. Mesti mekap segala jenis tu luntur.

Nurraffia menjeling Qhaiyra. Bukan main angkuh lagi kau ya.

"Ya. Aku nak baliklah ni." Tanpa dijemput. Nurraffia terus bangun dan berlalu ke pintu utama.

Pintu dibuka dan dia terus keluar dari rumah besar itu.

Qhaiyra tersenyum lebar di muka pintu. Balik pun. Cepatlah balik sana. Shuh shuh!

Nurraffia pusingkan tubuh setelah menyarung stilettonya.

"Cakap dekat Niel..."

"Waalaikumsalam!" Qhaiyra terus menutup pintu tanpa sempat sepupu tiga sukunya itu menghabiskan kata-kata.

Fuh lega aku!

Terjengul kepala Tunku Niel di tingkat dua.

"Dia dah balik ke?" Tanya lelaki itu separa berbisik.

Qhaiyra sengih.

"Dah!" Lama-lama kat rumah orang buat apa. Semak je. Dahlah sibuk dok usyar laki aku. Tampar karang!

Tunku Niel menarik sengih lebar sebelum menunjukkan ibu jari. Gaya thumbs up.

Tergelak kecil Qhaiyra melihatnya. Ada-ada je dia ni.




✓ TUNKU NIEL NATHANIELWhere stories live. Discover now