🎭 •BAB 5•

48.4K 3.6K 543
                                    

     "LET me go!" bergetar suara Qhaiyra. Nak menangis pun ada apabila lelaki itu mengheretnya naik ke tingkat dua suite penthouse mewah ini. Kepala pusing menjeling belakang. Tiada lagi susuk tubuh bernama Mark tadi.

Tolong!!!

"Lepaslah!" kalau tak faham bahasa Melayu pun tak tahulah nak cakap apa.

Menggigil rasanya kepala lutut apabila dia diheret masuk dalam satu bilik. Qhaiyra terus merentap tangannya. Kuat. Sakit. Tetapi berjaya kerana terlepas juga pegangan lelaki itu di tangannya.

Cepat-cepat Qhaiyra pusing. Ingin larikan diri. Now or never!

Tapi Tunku Niel terus menangkap bahunya. Tubuhnya ditolak sehingga masuk ke dalam walk-in closet dalam bilik itu.

"You shit!"

Qhaiyra meronta. Namun tubuhnya ditolak sehingga belakang tubuh tersentuh dengan sliding door almari besar itu. Qhaiyra meronta. Tunku Niel terus menggenggam kedua-dua lengan itu. Tidak kuat. Tetapi kejap melilit lengan Qhaiyra.

Qhaiyra terkaku apabila anak matanya bersabung dengan anak mata hijau coklat itu. Dalam panahan mata itu menusuk sehingga ke jantung. Qhaiyra telan liur. Nak bernafas pun tak berani apabila jarak mereka semakin mendekat. Aroma lelaki itu mula mencucuk hidung. Wangi. Tunku Niel nampak leka merenung wajah Qhaiyra.

Qhaiyra yang leka sama terus membulat mata apabila Tunku Niel dekatkan wajahnya. Automatik dia menutup rapat mata dan memusingkan wajahnya. Dadanya dipalu kencang.

Ya Allah! Jangan...

Tunku Niel tarik senyum lucu melihat wajah pucat itu. Perutnya terasa digeletek. Takut sangat kena kiss.

Takutlah bodoh.

Tunku Niel terus menolak sliding door almari baju di belakang Qhaiyra. Tubuhnya ditegakkan menjauhi Qhaiyra.

"Bukalah mata tu. Saya tak kiss awaklah."

Qhaiyra terus buka matanya. Qhaiyra gigit bibir bawahnya melihat Tunku Niel yang seronok gelak tu.

Dan...

Buk!!!

"Aduh!" Tunku Niel menyeringai apabila terasa bahunya dipukul kuat. Sakit weh! Ni tak memain punya pukul ni!

"Awak ingat kelakar ke? Kalau saya mati sebab oksigen tak cukup tadi macam mana? Awak nak bertanggungjawab?" Marah Qhaiyra.

Tunku Niel senyum. Comel wajah memerah itu.

"Saya buat jelah pernafasan mulut ke mulut. Apa susah." selamba. Terus Qhaiyra buat muka.

Bapak pervert!

Tangan diangkat tinggi.

"Ok. Ok tak buat lagi dah." Tunku Niel angkat dua-dua tangan. Gaya surrender. Tak mampu nak kena pukul lagi.

"Kita buat apa kat sini? Saya taknak kena tangkap basah dengan awak." Qhaiyra peluk tubuh. Hilang sudah rasa takutnya tadi. Bertukar jadi rasa sebal pula.

"JAIS takkan rajin nak terbang sampai Itali. Tu belakang ada baju. Pilihlah." Tunku Niel tersengih. Masih terasa lucu dengan Qhaiyra.

"Baju? Buat apa?"

Tunku Niel bersandar elok di dinding. Matanya melorot jatuh pada kesan tompokkan di baju kurung Qhaiyra.

"Baju kurung awak tu basah. Warna krim pula tu. Nampak singlet awak. Seksi. Tak elok kalau orang tengok."

Memerah wajah Qhaiyra mendengarnya. Tangan naik memeluk tubuh. Lebih kepada menutup kesan air tumpah itu.

"Da... dah tu. Ke... kenapa awak tengok?!" tergagap-gagap sudah. Sengal punya Tunku Niel.

✓ TUNKU NIEL NATHANIELजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें