Hyora turut tersenyum sinis, "Arraseo eomma."

**************

Loceng sekolah berbunyi. Tanda waktu pembelajaran sudah pun tamat. Yunjae meregangkan badan ke kiri dan ke kanan. Lega!

Eunhyuk saem merotan meja beberapa kali, "Yah yah yedeura. Duduk dulu saem ada benda nak cakap."

Semua orang mula merungut.

"Dengar dulu dengar dulu. Diam semua." arah Eunhyuk saem seraya berjalan dengan penuh lagak angkuh kononnya. Tangan disilang ke belakang.

"Kamu semua mesti tak sabar nak dengar. Sekolah kita akan adakan CAMPING! YuhUU!"

Lubang telinga ditutup akibat terlalu riuh. Akhirnya Maple mengadakan aktiviti luar, ianya agak diluar jangkaan. Wajah marah mereka tadi sekelip mata berubah gembira.

"Bila tu saem?! Sumpah tak sabar! Akhirnya pengetua Choi bagi kita pergi tenangkan fikiran!" jerit Kyun Hee si presiden kelas.

Eunhyuk saem tertawa, "Hujung minggu ni. Nanti saem akan hantar list dalam group. So, itu sahaja. Kamu semua boleh bersurai."

Masing masing kelam kabut keluar. Sekarang merupakan waktu aktiviti kelab. Tetapi disebabkan Dream Club mengalami masalah, jadinya jadual Yunjae kosong. Daun beterbangan.

Sowon dan Min Jung pantas menarik kerusi mendekati meja gadis itu.

"Yah, betul ke Dream Club disband?" muncung si cantik Min Jung.

"Hmm, aku dengar pengetua Choi marah betul kita tak nak pergi Seungneung. Tapi pelikkan tiba tiba dia kasi kita pergi camp?" sambung Sowon.

Yunjae mengangguk, "Tapi saya tak sanggup kalau Dream Club disband. Dari sini lah persahabatan kita terjalin. Lagi satu, Soo Ah sunbae mesti sedih teruk kalau tahu benda ni."

"Geuji? Hua eotthoke uri leader." mereka merungut seperti ingin menangis.

Trrt trrt. Telefon pintar Yunjae bergetar sebelum sempat dia membuka bicara. Kening berkerut, ada mesej dari Kim Tae. Langsung dia menekan skrin dengan pantas.

kim ketaem
-yah, sebelum balik bawakkan buku nota bawah meja aku. tertinggal. meonjo gada~

"Cih. Macam macam."

"Dari siapa? Siapa? Siapa?" mereka berdua ingin melihat namun cepat disorok.

"Kim Tae lah. Dia suruh saya amikkan buku. Sekarang dia ada latihan basketball, so yeh better kita balik jom? Boleh tidur." jawabnya.

Sowon menahan lengan Yunjae, "Yah. Kau tak jatuh cinta ke dengan Taehyung?"

"Huh?"

"Selama korang berkawan takkan kau tak ada perasaan dekat dia? Macam mana korang berdua ni? Pelik betullah." omel Min Jung seraya menyeluk tangan ke dalam blazer.

"Ayy, saya dengan dia kan dah kawan lama. Dah lah jangan cakap bukan bukan."

"Mesti salah sorang ada perasaan. Tipu lah tak ada, kan Jung?" ujar Sowon dengan yakin.

"Confirm!" jerit Min Jung kemudian mereka tertawa kuat seraya melarikan diri.

"YAH! Tunggulah!" tergesa gesa Yunjae mengemas beg dan tidak lupa menggapai buku nota Taehyung yang berada di bawah meja yang cuma disebelahnya.

Tiba tiba ada satu kertas kecil yang terjatuh dari dalam buku tersebut. Gadis itu mengambil kemudian membuka kertas tersebut dengan penuh tanda tanya.

'gomawo untuk malam tadi <3' -pjm

Rahangnya jatuh.

The Starry Sky + kthWhere stories live. Discover now