"Awak yang patut mintak maaf dengan saya. Awak gelakkan saya!"

Darren merenung tajam wajah Delysha sekilas. Minah ni memang degil. Degil! Degil! Degil! Dan menyusahkan!

"Kau nak mintak maaf dengan aku atau... kau nak aku turunkan kau dekat tempat tadi. You choose," ugut Darren sinis.

Delysha berubah cuak. Weh, memang taklah dia nak ke tempat tadi semula. Seram mak! Mahunya kali ini dia pengsan atau menjadi arwah terus.

"Okay, okay saya mintak maaf. Tolong jangan hantar saya tempat tadi. Sumpah seram. Saya takut. Please!" rayu Delysha dan akhirnya dia mengaku kalah. Asalkan Darren tak buat perangai dan meninggalkan dia di tempat gelap seperti tadi.

Darren tersenyum sinis melihat wajah Delysha. Great! Dengar cakap. Tahu takut. Nak kena gertak sikit baru jalan rupanya minah ni. Acah berani sahaja nak melawan dia.

Dia memandang Delysha sekali lagi atas hingga ke bawah. Air liur diteguk berkali-kali. Darren mengeluh kasar lalu hoodie tebal di seat belakang tempat duduk di ambil dan diserahkan dengan kasar kepada gadis itu. Delysha nampak terpinga-pinga tapi dia mengambil juga hoodie tersebut.

"Buat apa ni?"

"Tutup badan kau tu. Jangan sampai perkara yang sama macam tadi terjadi semula. Kau memang suka buat lelaki turn on kan?"

Argh, tidak!

Apakah?

Delysha pantas menutup badannya yang agak terdedah dengan baju hoodie milik lelaki itu. Dia termalu sendiri. Tetapi sempat dia menghidu senyap-senyap baju lelaki itu. Sumpah bau wangi hoodie mamat ni. Delysha tersenyum dalam diam. Mamat tu takut tak boleh kawal dirilah tu. Ejek hati.

"Terima kasih sebab bantu saya. Tapi awak tak jawab lagi soalan saya erm..." Delysha mendengus geram.

"Soalan yang mana?"

"Kita nak pergi mana?"

Soalan dibalas dengan soalan. Delysha mengangkat kening sambil memandang Darren yang fokus memandu. Dia cuba untuk menahan senyum. Memandu kereta pun handsome, payahlah dia nak bernafas macam ni.

"Dinner with me. Kau kena teman aku."

Delysha sudah terkedu. Jam di tangan menjadi tumpuan seketika. Baru pukul 10 malam. Masih awal lagi.

Dia memang tengah lapar. Tapi buat masa sekarang ini, dia tiada duit. Purse dan handphone dia tertinggal di tempat kerja. Harap-haraplah Zara akan membawanya pulang nanti.

"Err, tak apalah. Saya dah kenyang. Awak hantar jelah saya pulang dulu." Delysha menolak dengan lembut. Tapi sebenarnya dia pun tengah lapar sekarang.

"Jangan nak mengada. Kau kena teman aku jugak. Aku tahu kau lapar." Darren bertegas. Dia tahu gadis itu tengah lapar kerana dia terdengar bunyi perut Delysha berbunyi perlahan tadi. Disebabkan itulah dia ajak Delysha teman dia makan.

Tapi Delysha kalau tak degil memang tak boleh ke? Dia memang pantang betul dengan orang yang tidak mendengar kata. Dia tak suka ulang perkara yang sama banyak kali.

"Tapi saya tak ada duit."

Akhirnya Delysha berkata jujur. Walaupun malu untuk berterus-terang tapi dia nak lelaki itu faham. Hiks, sadisnya hidup saya.

Darren senyum simpul. "Aku dah agak, kau lapar jugak kan? Don't worry, aku belanja kau. Kau boleh pakai duit aku dulu. Tapi nanti bayar balik."

Seriously?

Delysha mencebik bibir. Kedekut gila mamat ni! Ingatkan nak belanja terus. Fikir dia hamak sangat ke duit lelaki itu? Dia pun ada duitlah. Cuma sekarang duitnya tertinggal sahaja.

Tolong Jagakan DiaМесто, где живут истории. Откройте их для себя