13

6 0 0
                                    

Teman,
sekali dua kau gagal, pujuk hati –
bahawa itulah prosesnya agar semakin
banyak kau sedar mana yang perlu
diperbaiki dan dipelajari.
Sungguh, tiada apa yang perlu dimalu,
dikesal atau disegankan.

Malulah, jika teruji dengan kegagalan...
tapi kau malah memilih berlemah dan
layankan rasa putus asa.
Kasihanilah diri yang mengizinkan
kegagalan menjadikan kau hilang
punca.

Kawan, jadikanlah jatuh ini...
alasan untuk kau bangkit lagi! Biarlah
kembali merangkak, setelah sebelumnya
telah berlari. Masih tak salah untuk
kembali memulakan.
Masih tidak tersakiti orang lain,
hanya kerana kau berkeputusan
untuk menyerlah setelah merasa
sesaknya dada di kala terbenam.

Jika orang lain memandang kau
tiada harapan, maka jadikan itu antara
alasan untuk kau kumpul dan raih
lebih banyak kekuatan!
Jika orang lain mengejek dan hanya
tahu memperolok-olokkan, itu alasannya
untuk lebih fokus dan berserius.
Jadikan saja segala kritik atau tomah –
kalam yang membakar semangat
walau biarlah tujuan ia dihamburkan
sebenarnya untuk melemah.

Kawan, tiada istilah terlambat
dalam memulakan selagi mana
dunia masih bernadi dan nyawamu
masih setia tinggal jauh di dalam
diri.

Pandanglah segala musibah
sebagai satu tanda kasih daripada-Nya.
Kerana cara Dia membahas cinta,
luar biasa dan takkan sama serupa
manusia.

Biar dukamu bernoktah di syurga.

Monolog JiwaWhere stories live. Discover now