9

8 0 0
                                    

Harus bagaimana aku hadapi semua kecelaruan ini? Serasa mahu kubalingkan semua yang ada di depanku ini. Mahu sahaja ku tendang pintu yang terkunci lalu berteriak sekuat hati. Namun semuanya terkumpul dan hanya tergumpal di sini – di jiwa ini!

Harus bagaimana aku berdepan hari esok? Harus mengamuk atau biarkan saja rasa ini menjeruk? Atau haruskah aku berdiam saja, pura-pura kehabisan kata? Air mata ini sudah berjuraian sekian lama, kalaupun terhenti cuma seketika,kemudian berjuraian lagi bagai hujan kembali ke awan. Bosan!

Mahu salahkan siapa? Tuhan? Tidak mungkin! Ternyata akal waras ini terus dipacu mengiyakan saja segala takdir itu. Ternyata hari ini aku masih aku yang sama, yang hanya mampu berlari laju-laju, mencampak jiwa kerdil ini ke katil. Menekup bantal rapat ke muka lalu teresak untuk kesekian kalinya. Sungguh rasa itu terus terkurung dan tidak pernah bebas meski sedayanya aku berhempas pulas. Sudahnya aku juga yang kehabisan tenaga. Lagi-lagi seperti ini, tertiarap keletihan sendirian.

Monolog JiwaWhere stories live. Discover now