BAB | 13

13.8K 884 30
                                    

"Macam mana?"jarinya diketuk-ketuk diatas meja kaca itu dengan senyuman tajam dibibir.

"Budak tu makin agresif bos."khabarnya.

"Good, aku nak dia hancur ditangan aku sekali lagi."sengih sinis lelaki itu.

Ya!

Dia yang memusnahkan hidup Nurra Danisa Lee. Dia yang menjadikan gadis itu trauma diatas dendam yang selama ini dia tidak pernah lupakan. Dia mahu gadis itu merana ditangannya dengan perlahan-lahan.

Menderita, itu apa yang dia inginkan. Dia boleh sahaja membunuh Nurra Danisa saat itu tetapi dia mahu gadis itu merasakan derita terlebih dahulu.

"Kau boleh keluar.."katanya.

Sebaik sahaja mendengar arahan lelaki itu, anak buahnya melangkah keluar dari bilik pejabat. Lelaki itu bersandar ke atas sofa. Mata dipejam rapat. Selagi dendamnya belum terbalas dia tidak akan melepaskan gadis remaja itu.

Dia mahu melihat seluruh keluarga mafia terkenal itu porak-peranda. Matanya tajam merenung dinding pejabat. Api dendam tidak akan pernah hilang dihatinya selagi tidak melihat kematian satu-persatu keluarga itu.

Dia ketawa seperti orang gila. Air setan diteguk berulang-kali menandakan dia sudah mabuk.

Specialist hospital.

"Isa nak makan apa?"soal Kane Dennis.

Nurra Danisa memandang wajah kacak abangnya sambil tersenyum. Dia meletak jarinya ke bawah dagu sambal berfikir sejenak. Alahai comelnya adik siapa ni?

"Nak aiskrim, ayam goreng kepci boleh?"pintanya.

Kane Dennis mengangguk, lelaki itu senyum dan mengusap kepala adiknya.

"Bro, kau temankan aku pergi keluar kejap."Kane Dennis berkata kepada Leo.

"Kenapa aku pula? kau bawah je lah tiga ekor malaun tu hah."diamenjuih bibir ke arah tiga orang sahabat mereka.

Rayyan Firdaus, Haikal Khalis dan Ian Vijay hanya buat tidak tahu sahaja. Mereka masing-masing sibuk melayan telefon pintar di tangan. Mereka malas hendak campur tangan urusan kedua sahabat mereka itu.

"Macam lah aku ni orang suruhan dia.."rungut lelaki itu.

Matanya naik menjuling ke atas.

"Kau jangan banyak songeh. jom no excuse.."Kane Dennis mengangkat punggung dari kerusi birai katil adiknya itu.

"Isa tunggu sini, abang Kane pergi beli. Tu abang Ray, abang Kal dan abang Ian temankan Isa duduk sini okey."Pesannya kepada si adik.

Gadis remaja itu mengangguk perlahan.

"Dah, jom babun!"Kane Dennis bersuara kepada sahabatnya Leo.

Lelaki itu melangkah dengan malas membontoti Kane Dennis dari arah belakang. Tak nampak orang senang ada aje mahu mengarahnya hendak ke mana. Sepak sampai kokdiang baru tahu!

Mereka berdua keluar dari wad adiknya menuju ke lobi hospital. Kereta mewah Kane Dennis yang dipakir dikawasan tempat parking kereta itu dihidupkan. Enjin kereta dipanaskan terlebih dahulu sebelum mereka bergerak ke restoran kfc berhampiran.

Dalam perjalanan keduanya senyap sahaja menikmati lagu yang disiarkan dicorong radio kereta mewah Kane Dennis. Sesekali lelaki itu berbual dengannya. Nurra Danisa berbaring diatas katil menunggu abangnya Kane Dennis membeli makanan yang dipinta sebentar tadi.

Perutnya juga turut berbunyi minta di isi. Gadis itu merenung siling wad biliknya. Matanya terkelip-kelip memandang kipas yang berputar perlahan itu. Walaupun di dalam wad tersebut terdapat pengawa dingin tetapi kipas sudah cukup membuat bilik itu terasa sejuk.

Mafia's Girl ©Where stories live. Discover now