BAB | 33

8.3K 688 30
                                    

"Isa.."

"Isa.."

Leo Lev menempuk lembut pipi gadis tersebut.

Agak terkejut dia melihat penampilan gadis itu tidak ubah seperti pesakit gila. Pakaian comot ada kesan darah dan dahi si gadis luka. Wajah Nurra Danisa pula kelihatan agak pucat sekali. Apa yang telah berlaku kepada gadis itu?

Jangan ada sesuatu yang buruk berlaku kepada gadisnya itu Leo tidak akan memaafkan orang yang menganiayai gadisnya tersebut. Dia akan membalas perbuatan orang itu kerana Nurra Danisa sudah mendapat tempat dihatinya.

Dia sayangkan gadis itu.

Nurra Danisa jatuh pengsan dihadapan pintu pagar utama rumah mewah milik keluarganya. Kebetulan pagi itu Leo keluar dari rumah untuk mencari lokasi dimana gadis itu berada. Dia sudah memaklumkan kepada Kane Dennis De.

Mereka yang lain pula akan bergerak kemudian.

Oleh kerana, dia ingin memastikan terlebih dahulu adakah kawasan tersebut merupakan kawasan penculikan adik kepada sahabatnya itu. Kerana itu, dia mengambil risiko untuk bergerak seorang diri dan mengintip siapa dalang sebenar.

Namun, mereka tidak menyangka Nurra Danisa sudah berada dihadapan pintu pagar rumah mewah milik keluarganya seawal 6 pagi. Martin yang menghantar gadis tersebut dan meninggalkan si gadis itu disitu. Selepas ini nasib dia ditangan Tuannya.

Freddy yang sangat kejam dan jahat.

Hidup atau mati itu pilihan dia.

Martin tidak menyesal sama sekali menyelamatkan gadis tersebut kerana dia tahu. Dia sudah banyak melakukan dosa dan ingin membuat kebaikan disaat-saat akhir dia kerana setelah ini dia akan mendapat balasan akibat mengkhianati Freddy.

Lelaki itu akan membunuh dan menyiksanya disebabkan dia membelot Tuannya sendiri. Mereka yang bekerja dibawah lelaki itu tidak akan lari dari hukuman. Hukuman seperti apa mereka sendiri tidak mengetahui kerana Freddy sangat psiko orangnya.

Hukuman yang dilakukan ke atas mereka sangat ngeri dan tiada belas kasihan.

Nurra Danisa membuka matanya perlahan-lahan.

"Kaa.. neee.."matanya agak samar-samar melihat sosok tubuh lelaki itu.

Dia menyangka itu adalah abang kandungnya Kane Dennis De.

Tetapi bukan.

"Isa! bangun.."kejut Leo cemas.

Gadis itu tidak berupaya untuk membuka matanya kerana dia benar-benar keletihan dan tubuhnya agak lemah. Kepalanya juga turut sakit. Dia mahukan rehat yang secukupnya. Dia tidak kuat untuk menjerit meminta tolong.

Kerana pondok pengawal orang suruhan babanya berada jauh di dalam kawasan rumah mewah itu. Dia pula dari luar pagar. Mustahil untuk dia mendapatkan pertolongan dengan pantas kerana batas dirinya jauh dari penghuni rumah keluarganya itu.

Tanpa berlengah lagi Leo mencempung tubuh kecil gadisnya dan dia serta-merta membawa gadis itu ke hospital berdekatan. Nyawa gadis itu perlu diselamatkan terlebih dahulu. Nanti dia akan menghubungi ahli keluarga gadisnya kemudian.

Fikir lelaki itu.

Hospital.

"Leo!"

"Apa jadi? mana adik aku?"Kane Dennis menerpanya sebaik sahaja mereka sekeluarga tiba dihospital.

"Bawa bertenang adik kau masih dekat dalam sedang dirawat. Aku pun tak tahu apa yang jadi. Aku terjumpa adik kau dihadapan pintu pagar kawasan rumah keluarga kau.."jelasnya ringkas.

Mafia's Girl ©Where stories live. Discover now