BAB | 45

8.7K 654 49
                                    

Nurra Danisa memeluk abangnya seperti tidak mahu lepas sahaja. Kalau tadi dia jatuh pengsan disebabkan terhidu sesuatu yang kurang enak ditubuh abang sulungnya itu. Sekarang ini berlainan pula, dia suka bau wangi abangnya itu.

Nyaman.

Mana tak wanginya Isa oi.

Abang kau dah mandi wangi lah.

Hahaha..

"Isa.."seru abangnya.

"Mana tudung princess?"soalnya dengan nada lembut.

"Hah?"Nurra Danis pula yang blur apabila si abang bersuara.

"Tudung? mana tudung? tak pakai ke?"bibirnya dijuih ke rambut adik perempuannya yang terdedah itu.

Nurra Danisa yang menangkap maksud sebenar abangnya itu pantas menyentuh atas kepalanya tersebut.

"Abanggggg.."jeritnya nyaring.

Apalagi dia terus segera masukkan kepalanya ke dalam baju tshirt abangnya itu. Menyebabkan Kane Dennis terdorong ke belakang dan jatuh ke atas sofa. Nurra Danisa tidak mahu melepaskannya. Dia malu kerana terlupa memakai tudung.

Dirumah mereka itu ada tetamu yang bukan mahramnya Leo dan Ian. Kebetulan dua orang jejaka itu turut bersama-sama dengan abangnya turun ke tingkat bawah. Si adik pula tidak menyedarinya memandangkan dia teruja melihat abang sulungnya dihadapan matanya tersebut.

Nurra Danisa seakan mahu menangis. Kepalanya masih tersorok di dalam baju tshirt abangnya itu. Dua jejaka itu mahu tergelak tetapi Kane terlebih dahulu memandang mereka tajam. Tidak pasal-pasal adik perempuannya menangis.

Habislah!

Satu hal pula hendak memujuk kan?

"Leo! kau tolong ambilkan tudung sarung adik aku dalam bilik dia.."Kane bersuara memandang lelaki itu tanpa sebarang senyuman.

What?

"Aku ke?"soalnya jari dituding ke atas mukanya sendiri.

Dasar Kammbingg!

"Kau lah siapa lagi? ada orang lain lagi ke dekat sini babun?"geram pula Kane.

"Apasal pula aku? habis Ian ni bukan orang ke sial?"narah Leo.

Mereka dah mula bertekak mulut Ian hanya menggeleng kecil. Asal je berjumpa mesti bergaduh. Tidak cukup dengan itu mereka berdua akan bertekak mulut. Masing-masing mulut macam puaka. Ini kalau tok papanya dengar Daniell De habis kena libas dengan tongkat orang tua itu.

"Ian tak tahu bilik Isa lah tapir! baik kau pergi ambil sekarang sebelum adik kau aku gunting. Kau nak ke?"ygut Kane Dennis De.

"Suka hati kau je nak gunting aset berharga aku lembu. Habis kalau aku takde aset kau nak dapat anak saudara dekat mana?"balas Leo sambil matanya nakal memandang Nurra Danisa yang memeluk si abang di dalam baju tshirtnya.

Malu punya pasal.

Kahkahkahkah..

Tabahlah Kane dapat adik macam Isa.

"Bangang!"Kane terus membaling bantal kecil ke muka sahabatnya itu.

Bantal itu terkena dimuka Leo.

Ian sudah tergelak kecil melihat perbalahan mereka berdua. Ada-ada sahaja ragam mereka. Terhibur juga dia. Leo yang mendengus kecil itu segera naik ke tingkat atas semula ke bilik gadis tersebut. Ingin mengambil tudung sarung Nurra Danisa.

Dasar cucu mafia yang manja!

Aku cium kang baru kau tau.

Bebel lelaki itu di dalam hati.

Mafia's Girl ©Where stories live. Discover now