BAB | 5

16.3K 1.1K 45
                                    

Nurra Danisa turun semula ke tingkat bawah. Dia siap memakai tudung bawal dan di padankan dengan bajunya berlengan panjang. Dia mencari abangnya Kane Dennis. Gadis muda itu ingin bermain game.

Telefon pintar abangnya yang selalu menjadi mangsa untuk dia gunakan bermain game yang dia suka. Sehingga abangnya sendiri sudah pandai bermain game hanya disebabkan dia.

Padahal lelaki itu langsung tidak bermain permainan yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepadanya. Dia tidak melayan itu semua. Nasib baik si adik beria mahu main. Oleh itu dilayankan saja karenah adik perempuan dia itu.

Ada waktunya mereka berdua turut bermain game bersama-sama dan yang paling membuat seisi rumah mereka riuh adalah adik kembar mereka. Suka menempel dan mengganggu mereka bermain game. Kecoh satu rumah dibuatnya.

"Kane.."panggilnya.

Kadang-kala adik perempuan dia itu menggelarkan dirinya dengan panggilan abang dan begitu juga dengan namanya sekali. Kane Dennis berpaling ke sisi. Adik perempuanya sudah terpacak ditepi sofa tersebut.

Dia sedang berbual dengan sahabat baiknya tersebut waktu itu. Sahabat baiknya juga turut memandang wajah putih bersih gadis muda itu. Matanya tidak lari dari terus memandang wajah keanak-anakan gadis tersebut.

Kenapa comel sangat?

Hoho.

Jangan pandang lama-lama.

Bisik hati kecilnya.

"Nak apa?"soal Kane Dennis lembut.

"Tu.."dia menjuih bibirnya ke arah sesuatu diatas meja kaca ruang tamu itu.

"Telefon abang habis bateri lah dik, lain kali eh. Tu mamat ni punya."jawab abangnya sambil memuncung bibir ke arah sahabatnya baiknya itu.

"Alah! Isa nak main game!"gadis muda itu sudah menghentak sebelah kakinya dengan manja.

Sahabat baiknya hanya melihat sahaja adegan dua beradik tersebut. Dia seakan minat melihat adegan seterusnya. Dia tidak menyangka apa yang diceritakan oleh Kane Dennis benar seperti apa yang dikatakan adik perempuan lelaki itu tidak ubah seperti seorang kanak-kanak.

"Nak telefon tu juga Kane bagi lah Isa pinjam kejap, nak main game ni."gadis itu sudah menunjukkan wajah masamnya.

"Tu bukan telefon abang Kane."balasnya.

"Tu phone kawan abang, mana boleh pinjam. Nanti dia nak pakai apa?"jelas abangnya Kane Dennis.

Tanpa menghiraukan lelaki tersebut Nurra Danisa laju sahaja berkata kepada seorang lelaki dihadapan abangnya itu. Dia peduli apa. Keinginannya sekarang ini mesti dipenuhi.

Kalau tidak ada orang meraung jawabnya sekejap lagi. Mana boleh mereka mendengar gadis muda itu menangis. Terdengar sahaja tangisannya seisi rumah datang beramai-ramai memujuknya.

"Abang kacak! nak pinjam boleh?"kata gadis muda itu bersama senyuman manisnya.

Terpukau sesaat lelaki tersebut melihat senyuman manis gadis itu. Dia panggil aku abang kacak pula! Bala apakah ini?

Selamba badak dia saja meminjam iphone lelaki di hadapannya itu. Membulat mata Kane Dennis mendengar panggilan yang dibahas kepada lelaki dihadapan mereka tersebut.

"Kenapa dengan dia Isa panggil abang, habis tu abang Kane ni siapa?"jeling lelaki itu sedikit tajam.

Ada perasaan cemburu terbit dihati abang sulungnya itu.

"Hehe.."

Gadis muda itu hanya tersengih kecil sahaja.

Dia menggaru sedikit kepalanya tidak gatal yang berlapik tudung itu.

Mafia's Girl ©Where stories live. Discover now