BAB | 29

7.5K 529 17
                                    

Bab 9.

"Macam mana kau dah buat kerja kau?"soal seorang lelaki sambil menghisap rokok dengan lagak gaya begitu angkuh sekali.

Kakinya melunjur dan diletakkan diatas meja kaca berhadapan dengan lelaki tua itu.

"Sudah Tuan.."Lelaki tua tersebut membalas ringkas.

"Bagus Khalid.."balasnya sambil tersenyum nipis.

Simon Freddy cucu tunggal kepada mendiang Smith musuh lampau Daniell De Vazquez. Dia tidak akan melupakan kematian datuknya sewaktu dia berusia 11 tahun. Walaupun dia tidak pernah menyaksikan akan kematian datuknya itu bagaimana berlaku.

Tetapi dia pernah melihat mayat datuknya yang sangat menyayat hati keluarganya. Kejadian itu dia tidak akan lupakan sampai bila-bila. Sejak kematian datuknya yang tercinta itu ibunya telah mencuci otak lelaki itu untuk membalas dendam diatas kematian Smith.

Sejak dari hari itu dia diajar untuk membalas dendam dan membenci keturunan lelaki kacukan Itali bernama Daniell De Vazquez. Hari demi hari dalam hidup lelaki itu ibunya menanam perasaan benci dan ibunya mahu dia membalas dendam.

Khalid.

Seorang lelaki yang sudah berusia tua. Dia seorang tentera biasa tetapi atas pertolongan Freddy dia menjadi seorang tentera yang berpengaruh. Lelaki itu tidak pernah berkahwin dan tidak pernah mempunyai anak. Dia mahu hidup kaya dan berharta sahaja.

Dia hanya mahu keseronokan dalam hidupnya tanpa terikat dengan apa-apa hubungan.

Mengenai anaknya Nasrul Haziq pula, remaja lelaki itu hanya anak angkat sahaja. Dia menjadi kambing hitam untuk mencapai segala keinginan Khalid. Remaja lelaki itu ditemui di lorong sejak kanak-kanak lagi dan atas tipu muslihat Freddy dia meminta Khalid.

Iaitu, mengambil remaja lelaki itu untuk dipelihara dan dijadikan anak angkat. Sebagai balasan Khalid diberi kemewahan untuk mencapai misinya membalas dendam suatu hari nanti kepada keturunan Daniell De Vazquez. Freddy juga telah menyiasat secara terperinci.

Latar belakang lelaki Itali itu dan keturunannya. Ternyata lelaki mafia tersebut mempunyai anak dan cucu. Mereka hidup bahagia. Tetapi dia tidak akan sekali-kali membiarkan salah seorang orang kesayangan lelaki itu hidup.

Dia sudah berjanji akan membalas dendam!

Demi datuknya! Smith, dan malangnya orang itu adalah cucu kepada lelaki mafia tersebut yang menjadi target dia bernama Nurra Danisa Lee.

Cucu perempuan tunggal Daniell De.

Bermula saat itu dia mengikuti setiap perkembangan gadis tersebut secara teliti tanpa diketahui oleh sesiapa termasuk datuk gadis tersebut. Dia tahu gadis itu merupakan cucu kesayangan Daniell De Vazquez. Sejak Nurra Danisa Lee berusia 13 tahun.

Freddy sudah tergilakan gadis tersebut.

Entah hantu syaitan apa yang merasukinya.

Membuatkan Freddy semakin menginginkan si gadis. Tidak kira dengan cara apa sekalipun dia akan dapatkan. Orang terdekat dengan gadis itu juga akan menjadi mangsanya. Dia tidak berhati perut sedikitpun. Orang itu turut menjadi sasaran dia.

Pada waktu yang sama dia tertarik dengan gadis cantik dan comel itu. Dia meminati gadis itu dalam diam. Dia mahukan gadis itu berada dalam sangkarnya. Dia bertukar menjadi seorang psiko dan sangat menakutkan. Dia begitu gilakan Nurra Danisa Lee.

Sejak usia gadis itu remaja lagi.

Dia melihat gadis itu sebagai pasangannya. Bukan atas dasar cinta semata-mata tetapi tuntutan nafsunya yang mahukan gadis itu. Niatnya hanya satu ingin melihat gadis itu hancur sehancur-hancurnya. Disebabkan dendam yang sudah tertanam di dalam hatinya.

Mafia's Girl ©Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu